Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Kian ramai naik taraf dari flat HDB ke rumah privet

Hampir 70,000 pemilik flat HDB beli hartanah privet sepanjang 10 tahun lalu
Apr 06, 2021 | 05:30 AM



PASARAN perumahan awam Singapura mencatat kelakonan cemerlang tahun lalu. Terdapat lebih 25,000 transaksi flat jual semula, dan ini merupakan jumlah jualan tertinggi yang dicatat dalam lapan tahun.



Harga flat jualan semula melonjak ke paras baru di banyak lokasi, dengan indeks harga keseluruhan meningkat 5 peratus tahun lalu.



Sentimen pasaran yang kian baik dan kenaikan harga jualan semula flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) membuat keadaan lebih memudahkan bagi sebahagian pemilik flat menaiki tangga hartanah.



Hasilnnya, bilangan warga Singapura yang memiliki rumah privet bertambah dengan banyak.



Menurut Jabatan Statistik Singapura, bilangan keluarga yang tinggal di rumah privet (kondominium, apartmen, dan hartanah berhalaman) melonjak 46.5 peratus daripada 196,900 unit pada 2010 kepada 288,500 unit pada 2020.



Pada tahun lalu, 21 peratus keluarga tinggal di rumah privet, bertambah daripada 17.2 peratus pada 2010.



Dengan lebih ramai pemilik flat mungkin naik taraf ke hartanah privet atau kondominium eksekutif (EC), kita meninjau jenis hartanah privet yang golongan naik taraf pemilik flat HDB ini beli dan teroka lokasi paling popular dalam kalangan mereka.



KONDOMINIUM LUAR BANDAR DAN PINGGIR BANDAR BARU



Penghuni HDB yang naik taraf rumah mendorong harga dan permintaan bagi kondominium baru meningkat.



Data Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) menunjukkan pembeli yang beralamat flat HDB membeli lebih 68,000 rumah privet baru, termasuk EC, sepanjang 10 tahun lalu (2011 hingga 2020).



Daripada jumlah itu, sekitar 50,000 unit, atau 73.6 peratus, bukan EC. Angka ini mungkin lebih tinggi kerana 14,354 kaveat tidak mencatat alamat pembeli.



Sepanjang dekad lalu, kebanyakan pemilik flat naik taraf membeli rumah privet di kawasan luar bandar. Sekitar 70 peratus daripada jualan kondominium baru adalah rumah pasar awam di Luar Kawasan Tengah (OCR).



Namun, semakin ramai pemilik flat naik taraf berpindah ke Baki Kawasan Tengah (RCR) sejak beberapa tahun lalu.



Dari 2011 hingga 2019, sekitar 26.7 peratus pemilik HDB naik taraf membeli kondominium baru dalam RCR. Peratusan ini meningkat kepada 37.3 peratus tahun lalu.



Kemampuan perumahan pemilik flat HDB yang naik taraf bertambah sejak bertahun. Dari 2011 hingga 2019, harga median yang dibayar pemilik flat HDB bagi sebuah kondominium luar bandar baru ialah $1,152 setiap kaki persegi (psf) dan $1,534 psf bagi sebuah kondominium di pinggir bandar.



Harga itu masing-masing meningkat kepada $1,522 psf dan S$1,783 psf tahun lalu.



Lokasi popular kondominium baru pemilik flat HDB naik taraf ialah Tampines, Clementi, Geylang, Serangoon, Bukit Timah dan Hougang.



Kondominium luar bandar baru paling popular dalam kalangan pemilik flat HDB yang naik taraf ialah Treasure at Tampines (266 unit), The Garden Residences (152 unit), The Florence Residences (126 unit), Clavon (115 unit) dan Parc Clematis (113 unit).



Kondominium baru pinggir bandar paling popular ialah JadeScape (117 unit), Penrose (115 unit), Parc Esta (95 unit), Stirling Residences (72 unit) dan Daintree Residence (56 unit).



KONDOMINIUM JUALAN SEMULA



Lebih ramai pemilik flat HDB naik taraf berpaling ke pasaran jualan semula memandangkan harga rumah baru kekal kukuh walaupun di tengah-tengah pandemik Covid-19.



Tambahan pula, terdapat kurang pelancaran besar-besaran dalam segmen pasaran awam dan banyak projek yang dilancarkan telah mengurangkan stok yang tidak terjual.



Oleh itu, sesetengah pembeli mungkin tidak menemui unit sesuai dan berpaling ke pasaran jualan semula.



Tahun lalu, 4,486 rumah privet jualan semula dibeli pemilik flat HDB naik taraf, atau 42.7 peratus lebih tinggi daripada bilangan yang dijual pada 2019.



Daripada jumlah itu, 18.5 peratus merupakan EC jualan semula.



Berbanding kondominium baru, harga kondominium jualan semula meningkat sedikit demi sedikit. Pemilik flat flat HDB naik taraf membayar harga median $1,157 psf bagi kondominium jualan semula tahun lalu, lebih tinggi daripada $1,040 psf yang dicatat dari 2011 hingga 2019.



Pada masa ini, jurang harga antara kondominium baru dengan jualan semula kekal luas. Perbezaan harga itu menandakan potensi baik bagi banyak kondominium jualan semula, dan sebahagiannya berada di "bawah nilai" buat masa ini.



Kondominium jualan semula paling popular dalam kalangan pemilik flat HDB naik taraf tahun lalu ialah High Park Residences ($1,232 psf), The Minton ($1,060 psf), Parc Rosewood ($1,068 psf), Sims Urban Oasis ($1,554 psf) dan Ripple Bay ($1,000 psf).



EC jualan semula paling popular ialah Twin Waterfalls,Blossom Residences,The Rainforest dan 1 Canberra.



KONDOMINIUM MEWAH



Meskipun kurang pemilik flat naik taraf membeli kondominium mewah, tidak dinafikan terdapat trend meningkat.



Tahun lalu, sekitar 7.8 peratus daripada mereka membeli rumah privet di Kawasan Tengah Utama (CCR), bertambah daripada 5.9 peratus pada 2019 dan 6.3 peratus pada 2018.



Tahun ini, 8.1 peratus golongan naik taraf membeli hartanah sedemikian sejauh ini.



Pemilik flat HDB naik taraf tahun lalu membeli 94 unit di The M, pada harga median $1.3 juta, disusuli oleh Marina One Residences (30 unit, $1.8 juta), Kopar at Newton (20 unit, $1.6 juta) dan Fourth Avenue Residences (18 unit, $1.5 juta).



Sebahagian daripadanya ialah projek baru dilancarkan yang terletak dalam lokasi baik dan menawarkan potensi pulangan jangka panjang baik.



Tahun lalu, 35 kondominium dibeli golongan pemilik flat HDB naik taraf pada harga lebih $3 juta, dengan enam daripadanya berharga $5 juta ke atas.



Secara anekdot, pembeli ini terdiri daripada golongan eksekutif yang bekerja dalam sector perbankan, perundangan, perubatan dan industri teknologi tinggi dan sekarang tinggal bersama ibu bapa mereka di flat HDB.



Pembeli ini sedikit demi sedikit menaiki tangga pendapatan dan sosial sedang kekayaan mereka telah melebihi apa yang dimiliki ibu bapa mereka.



Pembeli lain terdiri daripada pasangan telah berkahwin dan mempunyai anak kecil atau keluarga dengan pendapatan pertengahan dan mempunyai anak meningkat dewasa.



HARTANAH BERHALAMAN



Bilangan hartanah berhalaman dibeli pembeli yang beralamat flat HDB melonjak hampir seganda tahun lalu.



Golongan pemilik flat HDB naik taraf membeli 448 hartanah berhalaman, atau 7.3 peratus daripada pembelian rumah privet tahun lalu.



Ini 53.4 peratus lebih banyak daripada 292 unit pada 2019.



Tahun lalu, kebanyakan hartanah berhalaman yang dibeli pemilik flat HDB naik taraf merupakan rumah teres (75.7 peratus, 339 unit), yang dijual pada harga median $2.4 juta, disusuli rumah kembar (96 unit), pada harga median $3.3 juta, dan rumah sebandung (13 unit) pada harga median $6 juta.



Kawasan paling popular ialah Serangoon (97 unit, $3.1 juta), Hougang (55 unit, $2.7 juta), Bedok (50 unit, $2.6 juta) dan Pasir Ris (32 unit, $1.7 juta).



Sepanjang beberapa tahun, kian ramai pemilik flat HDB naik taraf membeli hartanah berhalaman pegangan pajak, yang biasanya lebih dimampui berbanding hartanah pegangan kekal.



Tahun lalu, 31.9 peratus, atau 143 hartanah berhalaman, merupakan pegangan pajak, dan jumlah itu adalah jualan hartanah berhalaman pegangan pajak tertinggi dicatat sejak 2012.



Kebanyakan hartanah berhalaman pegangan pajak ini merupakan rumah berkelompok.



Harga median hartanah pegangan pajak sekitar $1.7 juta tahun lalu, sementara hartanah pegangan kekal sekitar $2.9 juta.



Sedang tanah semakin terbatas, kita boleh menjangka lebih ramai warga Singapura membeli hartanah berhalaman pada tahun-tahun mendatang.



  • Penulis naik presiden kanan kajian dan analitik di OrangeTee & Tie.


ANGKA BERBICARA



288,500

Bilangan keluarga tinggal di rumah privet (kondominium, apartmen, dan hartanah berhalaman) melonjak 46.5 peratus kepada 288,500 unit pada 2020, daripada 196,900 unit pada 2010.



21%

Ttahun lalu, 21% keluarga tinggal di rumah privet, berbanding 17.2% pada 2010.



68,000

Pembeli beralamat flat HDB beli lebih 68,000 rumah privet baru, termasuk EC, sepanjang 2011 hingga 2020. Sekitar 50,000 unit, atau 73.6 peratus, bukan EC. Angka ini mungkin lebih tinggi kerana 14,354 kaveat tidak mencatat alamat pembeli.



4,486

Tahun lalu, 4,486 rumah privet jualan semula dibeli pemilik flat HDB naik taraf, atau 42.7 peratus lebih tinggi daripada 2019. Daripada jumlah itu, 18.5 peratus merupakan EC jualan semula.



7.8%

Tahun lalu, 7.8% peratus pemilik flat naik taraf beli kondominium mewah di Kawasan Tengah Utama (CCR), bertambah daripada 5.9% pada 2019 dan 6.3% pada 2018. Tahun ini, 8.1% golongan naik taraf membeli hartanah sedemikian sejauh ini.



$5 juta

Tahun lalu, enam daripada 35 kondominium yang dibeli pemilik flat HDB naik taraf berharga $5 juta ke atas, manakala bakinya ber harga lebih $3 juta.



448

Pemilik flat HDB naik taraf beli 448 hartanah berhalaman, atau 7.3 peratus daripada pembelian rumah privet, tahun lalu. Ini 53.4 peratus lebih banyak daripada 292 unit pada 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >