Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Jawatankuasa fatwa punya pengalaman, kepakaran luas

Oct 24, 2021 | 05:30 AM



JAWATANKUASA Fatwa Singapura dibentuk oleh pemimpin agama dan golongan cendekiawan Muslim setempat dengan pengalaman dan kepakaran yang luas.



Jawatankuasa itu terdiri daripada lima anggota penuh termasuk Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir sebagai pengerusi.



Anggota penuh lain ialah Ustaz Ali Mohamed, Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, Ustaz Fathurrahman M Dawoed dan Ustazah Dr Rohana Ithnin.



Jawatankuasa itu turut merangkumi anggota bersekutu - termasuk Timbalan Mufti Ustaz Mohd Murat Md Aris dan Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan serta Ustaz Dr Badrul Fata Muhd Ridwan, Ustaz Dr Firdaus Yahya, Ustaz Dr Mohamed Ali, Ustaz Dr Mohammad Rizhan Leman, Ustazah Dr Sakinah Saptu, Ustaz Dr Shaik Ahmad Syed Buhari, Ustaz Ahmad Haris Suhaimi, Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy, Ustaz Kamaruzaman Afandi, Ustaz Mahmoud Mathlub Sidek, Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Mohd Yusoff, Ustaz Mohd Kamal Mokhtar, Ustaz Muhammad Ma'az Sallim, Ustaz Muhammad Saiful 'Adli Ayob, Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid, Ustazah Nadia Hanim Abdul Rahman dan Ustazah Siti Nur 'Alaniah Abdul Wahid.



Menurut laman Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Jawatankuasa Fatwa membantu Mufti dalam proses pertimbangan fatwa dan memastikan ia dipertimbangkan dengan menyeluruh.



Kesemua anggota jawatankuasa itu dilantik oleh Presiden Singapura.



Anggota jawatankuasa itu sekarang berkhidmat bagi tempoh tiga tahun dari 2019 hingga 2022.



Dalam satu wawancara dengan akhbar ini baru-baru ini, Dr Nazirudin berkata anggota Jawatankuasa Fatwa itu sama-sama bergerak dalam memikirkan isu yang dihadapi.



"Mereka adalah asatizah dan cendekiawan yang terlatih dalam bidang agama dan pembahasan syariah.



"Mereka memberikan maklum balas dan perspektif bukan sahaja dari segi teori dan pengajian mereka tetapi juga pengalaman mereka dengan masyarakat.



"Ini membawa perspektif yang sangat kritikal untuk kita benar-benar menggarap sesuatu isu itu dengan sesempurna mungkin agar panduan yang diberikan itu bertepatan dengan cabaran ataupun masalah yang dihadapi," ujarnya.



Dr Nazirudin berkata Jawatankuasa Fatwa membincangkan isu yang dihadapi dengan mendalam dan merujuk kepada pakar dalam bidang tersebut dan kemudian mencapai satu keputusan dari segi panduan yang dikeluarkan.



Mereka kemudian berbincang dengan asatizah yang bukan sebahagian Jawatankuasa Fatwa untuk berkongsi tentang panduan dalam bentuk fatwa yang ingin dikeluarkan dan meminta maklum balas daripada mereka agar dapat sama-sama bergerak mendidik masyarakat.



Meskipun keputusan yang dibuat itu merupakan tanggungjawab Jawatankuasa Fatwa, usaha membentangkannya kepada masyarakat dan mendidik masyarakat itu memerlukan usaha sama asatizah lain, ujar Dr Nazirudin.



"Oleh itu, berlaku banyak... perbincangan bersama mereka agar kami dapat bertukar pandangan dan mendapat maklum balas bagaimana untuk memperkukuh proses pendidikan awam apabila fatwa itu dikeluarkan," tambahnya.




ANTARA FATWA



FATWA BERKAITAN PENCEGAHAN COVID-19



  • Pihak masjid bertanggungjawab meminta serta melarang jemaah yang mempunyai tanda sakit agar tidak masuk ke kawasan masjid

  • Penutupan masjid dalam keadaan darurat, ataupun penggantungan solat berjemaah serta solat Jumaat sepanjang tempoh penutupan tersebut, adalah diharuskan

  • Masyarakat Islam Singapura harus menitikberat daya tahan kerohanian serta memperkukuh keimanan; terus bersatu dan memainkan tanggungjawab bersama dengan seluruh warga Singapura untuk memelihara keselamatan bersama

FATWA BERKAITAN SOLAT JUMAAT SEMASA COVID-19



  • Jurang selamat yang wujud untuk mengelakkan risiko jangkitan wabak COVID-19 tidak menjejas sahnya solat berjemaah, bahkan adalah diperlukan

  • Golongan yang berhalangan melaksana solat Jumaat (warga emas, pesakit kronik dan mereka yang khuatir akan dijangkiti penyakit ke atas dirinya atau ahli keluarganya) diberi keringanan untuk tidak menunai solat Jumaat

  • Terdapat keperluan pada masa ini untuk melaksana solat Jumaat berulang kali di masjid, mengambil kira keterbatasan ruang di dalam masjid

  • Mulakan solat Jumaat lebih awal dari waktu zuhur sekiranya perlu

FATWA BERKAITAN BANK SUSU



  • Bayi pramatang daripada keluarga Muslim di Singapura boleh memanfaatkan susu yang diproses bank susu

  • Tidak timbulkan pertalian mahramiyah kerana gabungan beberapa faktor dan keraguan yang berlaku padanya

FATWA BERKAITAN PEMILIKAN BERSAMA RUMAH (JOINT TENANCY)



Nasihat jawatankuasa fatwa



  • Pemilikan bersama biasanya pilihan lebih baik kerana lindungi keluarga terdekat

  • Namun, bagi sesetengah keluarga tenancy-in-common mungkin lebih sesuai

Pemilikan bersama (joint tenancy)



  • Setiap pemilik berkongsi bahagian sama pada aset, 50%-50%

  • Rumah yang dimiliki bersama akan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang hidup selepas kematian salah seorang pemilik

  • Bahagian si mati akan gugur susuli kematiannya

  • Pemilik tidak perlu buat sebarang dokumen tambahan nuzriah ataupun hibah

Hak milik terpisah yang ditentukan kadarnya (tenancy-in-common)



  • Setiap pemilik ada bahagian masing-masing yang jelas

  • Bahagian si mati boleh dibahagi secara faraid selepas kematiannya

FATWA BERKAITAN SURAT KUASA BERKEKALAN (LPA)



  • Suatu bentuk perancangan yang dibenarkan oleh syarak kerana selari dengan objektifnya

  • Sejajar dengan prinsip agama yang menganjurkan agar seorang Muslim itu membuat perancangan dan persediaan bagi hadapi cabaran masa depan


INFOGRAFIK: JAWATANKUASA FATWA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >