Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

UNDANG-UNDANG & ANDA

Antara intai, cabul, dedah kemaluan dan hukumannya

Lakukan kesalahan seksual guna teknologi boleh undang hukuman lebih berat
Mar 28, 2021 | 05:30 AM



Mangsa kesalahan seksual sering mengalami kesan sampingan trauma, baik dari segi fizikal mahupun mental. Oleh itu, kesedaran masyarakat tentang kesalahan seksual adalah penting, terutamanya kerana kesalahan ini dilakukan lebih kerap sejak kebelakangan ini. Di Singapura, terdapat banyak kesalahan seksual yang diakui undang-undang. Setiap kesalahan mempunyai unsur-unsurnya sendiri dan dikenakan tahap hukuman berbeza-beza, bergantung pada darjah kejahatannya.




BEBERAPA CONTOH KESALAHAN SEKSUAL



Peruntukan bagi kesalahan seksual boleh didapati dalam Kanun Keseksaan, di Seksyen 375 - 377D, dan Akta Perlindungan daripada Gangguan.



Berikut beberapa kesalahan yang lebih ketara dilakukan sejak beberapa tahun kebelakangan:



- Kesalahan: Voyeurism atau perbuatan intai



Undang-Undang: Seksyen 377BB

Kanun Keseksaan

Hukuman: Denda, sebatan dan/atau penjara hingga dua tahun



- Kesalahan: Pendedahan seksual



Undang-Undang: Seksyen 377BF

Kanun Keseksaan

Hukuman: Denda dan/atau penjara hingga satu tahun



- Kesalahan: Mencabul



Undang-Undang: Seksyen 354

Kanun Keseksaan

Hukuman: Sebat, denda dan/atau penjara hingga dua tahun (boleh berubah)



- Kesalahan: Rogol atau serangan seksual



Undang-Undang: Seksyen 375/376

Kanun Keseksaan

Hukuman: Penjara hingga 20 tahun dan denda atau sebat



- Kesalahan: Gangguan seksual bukan fizikal



Undang-Undang: Seksyen 3/4 Akta

Perlindungan daripada Gangguan

Hukuman: Denda dan/atau penjara hingga 6 bulan



- Kesalahan: Stalking, atau perbuatan mengekori seseorang



Undang-Undang: Seksyen 7 Akta

Perlindungan daripada Gangguan

Hukuman: Denda dan/atau penjara hingga 12 bulan



VOYEURISME (PERBUATAN INTAI)



Voyeurisme difahami sebagai seseorang secara sengaja atau sewenang-wenangnya mengganggu privasi orang lain.



Ini termasuk perbuatan seperti memerhatikan mangsa melakukan perbuatan peribadi atau menggunakan telefon bimbit untuk merakam mangsa melakukan perbuatan peribadi.



Contoh umum ialah mengintai (peeping Tom) atau mengambil video dalam skirt (upskirt).



Mahkamah Singapura telah menyatakan bahawa bagi kes melibatkan voyeurisme, pertimbangan hukuman utama ialah pencegahan umum.



Ini kerana mahkamah ingin memberi isyarat jelas untuk mencegah calon pesalah.



Faktor penting yang mempengaruhi hukuman pesalah merangkumi



(i) tahap pencerobohan,

(ii) jumlah mangsa,

(iii) usia mangsa,

(iv) penggunaan teknologi rakaman dan

(iv) sebarang rancangan



Sebagai tambahan, mahkamah juga telah menyatakan hukuman tahanan adalah pasti apabila alat rakaman digunakan bersama salah satu faktor di atas.



Hukuman tahanan, atau custodial, merujuk kepada hukuman melibatkan penjara.



Ini adalah kejadian sangat biasa kerana akses dan penggunaan telefon pintar yang mempunyai kamera meluas.



Peningkatan baru-baru ini kesalahan melakukan video upskirt adalah contoh jelas, di mana pelaku bukan merakam mangsa sahaja, bahkan melakukannya dengan sejumlah besar video dan memuat naik video itu dalam talian.



Oleh itu, dalam kes kesalahan sebegitu, kemungkinan besar pesalah dikenakan hukuman penjara.



Selain itu, terdapat banyak kesalahan berkaitan voyeurisme. Ini termasuk memiliki atau mempunyai akses kepada kandungan voyeuristik dan tindakan menyebarkan kandungan voyeuristik.



Kesalahan berkaitan ini akan dikenakan hukuman serupa.



(Perlu dimaklmumkan bahawa hingga ke hari ini, tidak ada hukuman yang dilaporkan bagi menjelaskan bagaimana seseorang yang disabitkan dengan kesalahan voyeurisme di bawah Seksyen 377BB akan dijatuhi hukuman, kerana ia adalah peruntukan baru dalam Kanun Keseksaan.



Pertimbangan hukuman di atas diambil daripada kes yang diputuskan pada Mac 2021 di Mahkamah Majistret, di mana tertuduh disabitkan mencabul kehormatan seorang wanita (di bawah Seksyen 509).



Sebelum diperkenalkan peruntukan baru itu, kesalahan voyeurisme didakwa di bawah seksyen ini.



Dengan pengenalan kesalahan voyeurisme pada Januari 2020, kesalahan mencabul kehormatan itu telah dimansuhkan.



(Walaupun peruntukannya berbeza, kemungkinan pertimbangannya serupa kesalahan mencabul kehormatan dilaksana bagi kesalahan voyeurisme.)



APAKAH PENDEDAHAN SEKSUAL?



Pendedahan seksual merujuk kepada tindakan mendedahkan kemaluan seseorang kepada orang lain. Ia sering disebut sebagai flashing.



Kesalahan tersebut bukan merangkumi tindakan flashing secara fizikal sahaja, bahkan cyber-flashing - iaitu pelaku menghantar gambar kemaluan, tanpa diminta, kepada orang lain melalui media elektronik.



Dengan kemajuan teknologi, kejadian begini kerap berlaku.



APAKAH MENCABUL KEHORMATAN?



Mencabul kehormatan lebih dikenali sebagai molest.



Di bawah peruntukan Kanun Keseksaan, seorang pesalah mestilah telah menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa, dan berniat mencabul kehormatan mangsa, atau setidak-tidaknya mengetahui bahawa akibat seperti itu akan terjadi.



Di sini, kekerasan jenayah bermaksud menggunakan kekerasan secara sengaja terhadap seseorang tanpa persetujuan orang itu, hingga mengakibatkan kecederaan, ketakutan atau gangguan terhadap orang itu.



Kes cabul biasanya melibatkan sentuhan di kawasan 'sensitif' mangsa.



Bagaimanapun, mengikut definisi di atas, ada kemungkinan sembarang sentuhan tanpa persetujuan boleh menjadi kekerasan jenayah yang mencabul kehormatan.



Nilai ambang (threshold) untuk kekerasan jenayah sangat rendah, dan pesalah terdahulu telah disabitkan dengan hanya menyentuh paha mangsa.



Mahkamah Singapura telah menetapkan kerangka hukuman bagi kesalahan mencabul kehormatan. Titik permulaannya ialah mengenal pasti kesalahan tersebut termasuk dalam kumpulan mana.



Untuk melakukannya, mahkamah akan melihat faktor 'kesalahan khusus' berkaitan keadaan kesalahan tersebut.



Ini termasuk bahaya yang ditimbulkan, peranan khusus yang dimainkan oleh pelaku, terdapat kekerasan, kerentanan mangsa atau wujudnya perancangan. Ini adalah senarai faktor yang tidak menyeluruh.



Berdasarkan faktor-faktor ini, mahkamah akan memastikan kumpulan relatif yang menjadi kes. Kumpulannya adalah seperti berikut:



- Kumpulan 1

*Kurang daripada penjara satu tahun

*0 hingga satu faktor khusus kesalahan



- Kumpulan 2

*Penjara satu hingga tiga tahun

*Dua atau lebih faktor khusus kesalahan



- Kumpulan 3

* Penjara tiga hingga lima tahun

* Kes sangat serius



Setelah memutuskan kumpulan, mahkamah akan menentukan hukuman bergantung pada faktor-faktor yang memberatkan atau meringankan - biasanya berkaitan keadaan peribadi pesalah.



Ini disebut sebagai faktor 'khusus pesalah' dan merangkumi faktor seperti apakah pesalah mempunyai kesalahan sebelum ini, apakah pesalah menyesal, atau apakah pesalah adalah pesalah remaja.



Mahkamah kemudian memutuskan hukuman tertentu dengan menimbangkan semua faktor itu.



  • Penulis peguam dan pemilik firma guaman A. Rohim Noor Lila LLP. Antara bidang undang-undang yang beliau amalkan ialah unsur pemindahan Hak, Undang-Undang Komersial dan Litigasi, Undang-Undang Korporat, Wasiat, Probet dan Pentadbiran Estet, Undang-Undang Keluarga, Adopsi dan Syariah, Surat Kuasa Wakil bagi flat HDB dan lain-lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >