Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

UNDANG-UNDANG DAN ANDA

Antara organisasi sediakan khidmat bantuan guaman

Jan 10, 2021 | 05:30 AM



NASIHAT GUAMAN



Klinik Komuniti Guaman



  • Dijalankan setiap minggu di Woodlands, Paya Lebar, Jurong East dan Toa Payoh (kini melalui persidangan video kerana langkah pengurusan selamat Covid-19).

  • Hanya melalui temu janji sahaja (tertakluk kepada syarat tertentu termasuk kewarganegaraan dan ujian pendapatan atau means test).

Klinik Guaman Universiti Pengurusan Singapura (SMU)



  • Dijalankan oleh Pusat Pro Bono SMU setiap Jumaat malam.

  • Tertakluk kepada syarat-syarat tertentu (terutama ujian means test dan mengikut syarat mestilah urusan perniagaan, korporat atau pelaburan.

Bagaimanapun, tiada pengecualian berdasarkan kewarganegaraan.



Skim Nasihat Guaman Di Lokasi



  • Dijalankan setiap hari di Mahkamah Negara berdasarkan yang dahulu didahulukan.

  • Untuk perkara berkaitan dengan kebankrapan, klinik berasingan disediakan di Mahkamah Agung setiap Isnin dari 2.30 hingga 5.00 petang dan setiap Khamis dari 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari dan dari 2.30 petang hingga 5.00 petang.

Lain-lain klinik guaman bagi nasihat undang-undang



Layari laman:



www.lawsocprobono.org/Pages/Legal-Clinic-Locator-List.aspx



- singaporelegaladvice.com/law-articles/free-legal-clinics/



- https://legalclinics.sg



PERWAKILAN UNDANG-UNDANG: JENAYAH



Skim Bantuan Guaman Jenayah



  • Hanya untuk kesalahan di bawah:

    Akta Senjata & Bahan Letupan

    Akta Kesalahan Senjata

    Akta Penyalahgunaan Komputer

    Akta Bahan Hakis & Bahan

    Letupan dan Senjata Berbahaya

    Akta Bahan Letupan Berbahaya

    Akta Pendaftaran (Enlistment)

    Akta Filem

    Akta Pelbagai Kesalahan (Ketenteraman Awam dan Gangguan)

    Akta Penyalahgunaan Dadah

    Akta Pemiutang Wang (Seksyen 14 & 28)

    Kanun Keseksaan

    Akta Pencegahan Rasuah Akta Penerbitan Tidak Senonoh

    Akta Vandalisme

    Piagam Wanita (Seksyen 65 (8) dan 140 (1) (i))

    - Tertakluk kepada keperluan.

    - Penerima mungkin diminta membayar sejumlah wang.

Skim Bantuan Guaman Untuk Hukuman Mati



Diberikan secara automatik kepada mereka yang didakwa dengan kesalahan di mana hukumannya boleh dihukum mati.



PERWAKILAN UNDANG-UNDANG: SIVIL



Perwakilan melalui Biro Bantuan Guaman



  • Tertakluk pada syarat-syarat tertentu yang disediakan oleh Biro Bantuan Guaman dari semasa ke semasa.

  • Tiada kena mengena dengan prosiding yang melibatkan:

    Fitnah;

    Pelanggaran perjanjian perkahwinan;

    Pasangan yang ingin berpisah atau tinggal berasingan.

Tindakan relator (pemaklum)



Permohonan di bawah Akta Pilihan Raya Parlimen atau Akta Pilihan Raya Presiden



Di Mahkamah Keluarga atau Mahkamah Negara, untuk prosiding atau kesan dari keputusan saman penghakiman, dan dalam kes defendan, prosiding di mana satu-satunya pertanyaan yang harus diajukan ke mahkamah adalah mengenai waktu atau cara pembayaran hutang (termasuk ganti rugi yang dilikuidasi) dan kos.



Pelbagai skim bantuan undang-undang untuk pekerja asing



Layari laman:



singaporelegaladvice.com/law-articles/legal-aid-court-cases/



Skim Ad-hoc Bantuan Pro-Bono



Ia bukan mengenai program itu sendiri, tetapi khidmat yang diberikan oleh Pejabat Perkhidmatan Pro-Bono dari Persatuan Guaman untuk menyaring penerima yang mungkin sesuai dengan sifat pekerjaan pro bono oleh firma undang-undang yang bersedia memberikan khidmat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >