Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SENTUHAN RAMADAN

Antara wadah yang dianjurkan untuk pelajari Al-Quran

Apr 23, 2021 | 05:30 AM



TERDAPAT banyak kelas Al-Quran seperti kelas asas membaca Al-Quran, kelas tajwid dan kelas taranum yang telah ditawarkan secara dalam talian.



Begitu juga kelas penghayatan seperti kelas tafsir, semuanya boleh didapati menerusi dalam talian.



Ketua Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Masyarakat, Masjid Al-Islah, Ustaz Mohamed Asysallehan Mohamed Ali, berkata:



"Tadarus secara beramai-ramai bersama jemaah masjid yang biasa dilakukan selepas solat tarawih, kini juga telah beralih ke ruang alam maya yang dikendalikan para asatizah menerusi platform seperti Zoom untuk mengajak masyarakat kita membacanya bersama-sama.



"Apa yang lebih penting adalah kita menghidupkan amalan membaca Al-Quran di dalam rumah kita bersama seisi keluarga, demi melahirkan inidividu pencinta Al-Quran."



Niatkan dalam hati tentang tujuan kita membaca Al-Quran adalah untuk meraih kasih sayang Allah, ujar Ustaz Mohamed Asysallehan.



Ayat-ayat Al-Quran adalah ayat-ayat cinta daripada Allah sebagai penenang jiwa, di kala gundah dan memberi motivasi kehidupan buat jiwa yang mendambakan rahmat dan kasih sayang-Nya, tambahnya.



Selain itu, muat turun aplikasi Al-Quran dalam telefon pintar masing-masing agar mudah dibaca.



"Tidak kira di mana kita berada, kita boleh membacanya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja atau pada waktu rehat.



"Buka alunan bacaan Al-Quran daripada para qari antarabangsa di rumah ataupun di telefon pintar dengan menggunakan fon telinga.



"Perkara ini akan menghidupkan suasana dan semangat untuk membaca dan menghafal, sekali gus mempelajari cara bacaan yang betul.



"Dalam pada masa yang sama, baca terjemahan Al-Quran. Selepas membaca, ambil sedikit masa untuk melihat terjemahannya.



"Moga ia menjadi batu loncatan untuk kita mempelajari tafsir Al-Quran dan menghayati lebih mendalam tentang maksud daripada ayat- ayat Allah swt,'' ujar Ustaz Mohamed Asysallehan.




PROGRAM MENARIK



- Program tadarus bersama asatizah, pegawai pembangunan belia, pada hari biasa (dari 9.30 malam hingga 10.30 malam) di IG Live, platform IG belia di masjid-masjid Singapura.



- Lihat juga program-program tersedia di setiap platform Facebook masjid-masjid Singapura yang dikendalikan oleh para pegawai dakwah masjid masing-masing.



- Sertai Quran Hour pada 28 April (10 malam) yang akan bersiaran langsung di Facebook SalamSG TV.



- Tilawah dan tadabbur surah Ar-Rahman bersama pentadabbur dan moderator Ustaz Khairil Amri, dan tiga qari tempatan iaitu Ustaz Zahil Zakaria, Ustaz Fahmi Hamdan dan Ustaz Muhammad Mustafa.



(Mengajak para penonton untuk membaca bersama atau mendengarkan bacaan mereka sambil menghayati maksud pada ayat-ayat yang dibacakan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >