Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ANUGERAH BINTANG POPULAR BHM

Sumbangan penulis lirik Habsah Hassan diiktiraf

Nov 16, 2021 | 05:30 AM



LIRIK hasil penanya menyentuh hati, kadangkala tepat menggambarkan kehidupan sebenar sang penyanyi.



Setiap bait kata-kata yang dirangkaikan tersusun rapi.



Berkat sumbangannya pada industri muzik Malaysia, penulis lirik kelahiran Singapura, Datuk Habsah Hassan, dipilih sebagai pemenang Anugerah Sepanjang Hayat pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (Malaysia) ke-34 (ABPBH34), Sabtu lalu.



Habsah, 72 tahun, atau lebih mesra dengan panggilan Kak Chah dipilih sebagai penerima anugerah istimewa itu berdasarkan bakti dan sumbangannya dalam bidang penulisan lirik.



Sehingga kini, beliau telah menghasilkan lebih daripada 1,000 lirik lagu.



Laman Kosmo! Online melaporkan, Habsah menganggap penganugerahan yang diberikan kepadanya adalah sesuatu di luar jangkaan.



"Alhamdulillah. Anugerah ini di luar jangkaan saya. Terima kasih kepada TV3. Terima kasih kepada semua individu, setiap organisasi sama ada secara langsung mahupun tidak yang telah memberikan sokongan terhadap saya," ucapnya.



Habsah turut berharap agar lebih ramai dalam kalangan generasi baru dapat meneruskan kerjaya penulisan lirik dengan ikhlas sehingga meninggalkan kesan kepada warisan akan datang.



"Saya berharap agar lebih ramai generasi baru dapat dilahirkan dalam bidang penulisan sebagai warisan kepada anak-anak kita yang akan datang," katanya.



Habsah sememangnya cukup dikenali dalam kalangan orang-orang industri seni kerana sentuhan lirik lagu yang dihasilkannya diibaratkan 'magis' dengan susunan kata yang indah.



Antara lirik lagu yang pernah dihasilkan Habsah adalah Salam Terakhir dan Merisik Khabar dendangan Allahyarham Sudirman, Menaruh Harapan (Zaiton Sameon), Cinta Beralih Arah (Aishah) dan Usah Diragui (Datuk Seri Siti Nurhaliza).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >