Subuh
5:57
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:41
Maghrib
7:21
Isyak
8:33

Anugerah Fitrahnya

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
3

CERPEN

Anugerah Fitrahnya

Karya Nurul-Ain Hj Kudsi
May 07, 2014 | 04:32 PM

SEJURUS selepas menetas ia mula memakan kulit telurnya. Kemudian menikmati daun-daun di sekeliling untuk mendapatkan bekalan tenaga. Tubuhnya semakin membesar dan licin. Ia harus berhati-hati untuk bergerak dan berpaut di ranting. Ketika inilah beluncas mengeluarkan cairan manisan yang merupakan sifat alaminya dan sangat digemari oleh sang semut. Beberapa ekor semut berusaha mengawal, melindungi dan menjadikannya seperti anak angkat.

Lembut lentok pergerakannya yang menggoda meniti ranting pohon telah menarik perhatian semut-semut yang berkeliaran mengiringinya seperti pengawal peribadi. Lenggok engsotnya sengaja dighairahkan. Beberapa ekor semut merah terkesima dipanah pesona dek aksinya. Paling kuat terkena semberani asmara beluncas ialah sang semut askar Dinoponera Grandis yang gagah tubuhnya berukuran sebesar 2.5 sentimeter (membuat ada antara semut-semut yang lain gerun dan mengalah kepadanya).

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3