Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat Ops 995 berdenyut 24 jam

Pusat Operasi (Ops) 995 Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sentiasa sibuk. Empat pasukan yang dianggotai 35-40 pegawai, termasuk jururawat, bersilih ganti mengendali Pusat Ops itu mengikut syif 12 jam. Tugas mereka merangkumi menjawab panggilan, mengatur dan memperuntuk sumber kecemasan serta memberi nasihat perubatan. Tahun lalu, Pusat Ops SCDF menerima lebih 300,000 panggilan, atau lebih 800 panggilan setiap hari. Dua pertiga daripada panggilan ini berhubung kecemasan perubatan - penyakit atau kecederaan yang boleh menyebabkan kematian atau komplikasi teruk jika tidak dirawat dengan segera. Serangan sakit jantung, misalnya dianggap sebagai satu kecemasan perubatan. Salah seorang petugas di Pusat Ops ialah Spesialis Operasi Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMS) Kanan, Pegawai Waran 2 (WO2) Parminder Kaur d/o Gill Piara Singh. Beliau, 44 tahun, telah berkhidmat sebagai paramedik dengan SCDF sejak 2000 dan dikerah ke Pusat Ops tiga tahun lalu.
Sep 24, 2022 | 05:30 AM



APABILA pusat itu menerima sebarang panggilan, antara butiran utama yang perlu diperolehi oleh pegawai bertugas ialah lokasi kejadian serta nombor telefon dan nombor kad pengenalan pesakit (jika ada), katanya.



Ini supaya SCDF dapat menghubungi semula pemanggil sekiranya panggilan terputus.



Kedua, pegawai tersebut akan bertanya beberapa soalan penting berkenaan kondisi pesakit.



"Ini sangat penting sebab ia menjamin betapa serius atau teruk kecemasan itu dan akan mempengaruhi keputusan yang boleh diambil berhubung kes itu," kata WO2 Kaur.



Ketiga, pegawai Pusat Ops akan mengisi butiran yang diterimanya itu dalam sistem triage - di mana beliau akan menyalurkan sesebuah kes ke kategori-kategori yang ada, berdasarkan tahap keseriusannya dan sama ada ia perlu diutamakan.



Proses itu penting, kerana ia memperuntuk aset dan sumber yang dikerah ke tempat kejadian, seperti ambulans dan kenderaan melawan api.



Keempat, WO2 Kaur berkata pegawai dari Pusat Ops akan memberi arahan lanjut atau nasihat perubatan kepada pemanggil, bergantung dengan kes, sementara beliau menanti ketibaan SCDF ke tempat kejadian.



"Misalnya jika kami dapat mengenal pasti panggilan itu sebagai kes serangan jantung, kami boleh membantu pemanggil memulakan proses pemampatan dada," tambahnya.



WO2 Kaur berkata, Pusat Ops disokongi pegawai berpengalaman daripada ahli bomba, paramedik kepada jururawat, dan boleh bertutur dalam pelbagai bahasa. Mereka mahir mengendali dan menawarkan nasihat terhadap pelbagai jenis kecemasan, tambahnya.



APA YANG BERLAKU APABILA SCDF TIBA DI TEMPAT KEJADIAN?



Jika kru ambulans telah memeriksa keadaan pesakit dan mendapati mereka perlu rawatan lanjut, SCDF akan menghantar pesakit itu ke hospital yang mereka boleh tiba paling cepat dan sesuai mengikut sistem. Pihak awam tidak dibenarkan memilih hospital yang mereka ingin tujui.



Jika pesakit mengalami kecederaan tertentu, seperti kelecuran misalnya, SCDF akan menghantar mereka ke pusat pakar.



Jika paramedik mendapati keadaan pesakit bukan satu kecemasan, seperti demam, sakit gigi atau simptom ringan lain, SCDF akan merawatnya di tempat kejadian dan dinasihatkan supaya pergi ke doctor terdekat bagi rawatan. Ambulans tidak akan dikerah ke hospital.



APA ITU NON-DISPATCH?



SCDF, sejak 2017, menerapkan rangka kerja respons EMS bertahap yang membezakan panggilan kecemasan 995 berdasarkan keadaan pesakit, yang diperhalusi menerusi proses triage.



Sumber yang dikerah dan kepantasan respons bergantung pada tahap genting sesuatu kes.



Tahun depan, SCDF akan beralih ke model 'non-dispatch' di mana ambulans tidak akan dihantar bagi kes bukan cemas dalam usaha memperuntuk sepenuh sumbernya bagi keadaan cemas sahaja.



SCDF berkomited mengendali semua panggilan kecemasan, tetapi bukan semua kes adalah keadaan yang mengancam nyawa.



CABARAN DIHADAPI DI PUSAT OPS 995



Justeru, WO2 Kaur menegaskan ia penting untuk orang ramai mematuhi dan menjawab soalan pegawai ketika membuat panggilan 995.



"Kami pun tak mahu kes yang benar-benar satu kecemasan dianggap kurang serius," katanya.



Beliau juga berharap pihak awam tidak membuat panggilan 995 bagi keadaan bukan cemas atau mengganggu urusan kerja SCDF.



Bagi keadaan bukan cemas, panggilan ambulans boleh dibuat menerusi talian 1777.



Terdapat juga panggilan jenis gangguan atau gurauan, namun WO2 Kaur berkata ia tidak sering berlaku.



Meskipun kerjanya sibuk, WO2 Kaur tetap bangga dan puas hati dapat berkhidmat di titik hubungan pertama antara SCDF dengan orang umum dan menyumbang kepada tunggak di balik kerja SCDF.



"Sewaktu saya bekerja di barisan depan, saya tahu kepuasan yang dirasai selepas kami membantu seseorang.Kini di barisan belakang pula, perasaan itu tetap sama sebab kami tahu apa yang berlaku di luar sana.



"Kami adalah sumber perhubungan pertama dengan pihak awam dan pihak paling penting sebelum sumber SCDF sampai ke tempat kejadian. Dan kami sentiasa sudi dan bersedia membantu," katanya lagi




APA YANG BERLAKU APABILA SESEORANG MENGHUBUNGI 995



Menyifatkannya sebagai sebuah tempat yang sentiasa sibuk, WO2 Kaur, berkongsi apa yang berlaku di balik tabir apabila seseorang menghubungi 995.




CONTOH KES BUKAN KECEMASAN:



- Sakit gigi

- Sakit perut ringan seperti gastrik

- Demam ringan, batuk dan selesema

- Sakit badan kronik

- Kecederaan ringan seperti lebam ringan, luka atau kulit pecah

- Kelecuran kecil

- Muntah-muntah ringan, cirit-birit dan sembelit

- Rawatan perubatan lanjut atau rawatan susulan di hospital

- Pening atau sakit kepala ringan

- Keletihan ringan



Bagi situasi tidak mengancam nyawa, harap merujuk ke klinik terdekat atau menghubungi talian 1777 bagi ambulans bukan cemas. Tahun depan, untuk memperuntuk sepenuhnya sumber bagi kecemasan, SCDF akan beralih ke model 'non-dispatch' di mana ambulans tidak akan dihantar bagi kes bukan cemas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >