Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

MEMBANGUN POTENSI ANAK

Apabila keyakinan diri dikait dengan jumlah 'Like' di media sosial...

Jul 12, 2021 | 05:30 AM



Dulu, mereka yang paling popular di sekolah ialah kapten bola sepak atau ketua pengawas.



Bagi mereka yang bersekolah zaman ini pula, mereka yang paling popular kemungkinan mereka yang mempunyai jumlah pengikut paling ramai di media sosial.



Nombor ini yang menentukan hierarki sosial baharu ini.



Seperti kata pelajar politeknik, Encik Danil Salem, 17 tahun:



"Sudah sampai pada tahap jika anda mempunyai kurang daripada 1,000 pengikut di Instagram, anda tidak dianggap popular. Jika anda mempunyai 1,000 hingga 5,000 pengikut, anda boleh dianggap 'kurang popular'. Pada angka 5,000 hingga 10,000, anda di 'tahap pertengahan'. Mereka yang 'amat popular' ialah mereka yang mempunyai lebih daripada 10,000 pengikut."



Sejak Mei, Facebook dan Instagram telah memberikan pilihan kepada pengguna menyembunyikan jumlah 'like' orang ramai di pos mereka.



Langkah itu menunjukkan cara media sosial telah mengubah cara populariti ditentukan hampir sepenuhnya di ruang siber.



Ramai warga Singapura, yang menggunakan media sosial sejak lewat 2000-an, merupakan sebahagian daripada gerakan global lebih besar yang mengejar 'like' sebagai simbol status, kata pakar.



Cik Annelise Lai, 29 tahun, ahli psikologi klinikal berdaftar dan ketua publisiti Persatuan Psikologi Singapura, berkata penggunaan di media sosial dan identiti dalam kehidupan sebenar semakin saling berkait.



Sudah menjadi kebiasaan untuk menyamakan harga diri dengan populariti seseorang di media sosial.



Menjadi kebiasaan juga untuk membanding populariti seseorang dengan orang lain di pelbagai wadah media sosial, katanya, lapor akhbar The Straits Times.



Tetapi, ini kemungkinannya lebih membawa tekanan dan merosakkan harga diri seseorang, berbanding dengan zaman dulu di mana perbandingan dilakukan dalam kehidupan sebenar, secara lisan.



Ini kerana media sosial membawa lebih banyak pendedahan kepada orang ramai dan berlaku 24/7 sehari, yang boleh menyebabkan seseorang rasa sentiasa terdedah kepada penelitian, tambahnya.



Cik Sophia Goh, kaunselor utama di Klinik Sofia Wellness, memerhatikan bahawa mencari pengesahan daripada orang lain menerusi media sosial "amat tersebar luas." Ini lebih-lebih lagi dalam kalangan Generasi Z, yang dilahirkan antara 1997 dengan 2012 dan telah membesar dengan media sosial.



"Untuk diterima adalah keperluan asas manusia dan media sosial mungkin cara paling biasa bagi generasi ini memenuhi keperluan ini," katanya.



Fungsi 'like' dan 'follow' untuk kebanyakan wadah media sosial juga disesuaikan untuk membolehkan pengguna mengesahkan pengalaman dan kehidupan satu sama lain, kata beliau.



"Hari ini, media sosial penting dalam 'permainan' populariti dan kumpulan sosial tidak lagi terbatas kepada masyarakat atau lingkungan terdekat; ia merangkumi masyarakat lebih luas," kata Cik Goh.



Dia memberikan amaran bahawa menunjukkan jumlah pengikut dan 'like' seseorang memberikan tanggapan bahawa angka ini adalah penilaian objektif tentang keadaan realiti seseorang.



"Mengaitkan harga diri kita dengan pengesahan warga dalam talian tidak sihat. Ini bermakna, harga diri seseorang bergantung kepada jumlah 'like' atau jumlah pengikut seseorang," katanya.



Menurutnya, ini boleh mengabur pandangan remaja yang sedang meneroka identiti mereka dan mungkin boleh mendatangkan tekanan kepada mereka untuk mengubah sikap berdasarkan apa yang dianggap sebagai popular.



"Ini juga boleh membawa kepada jangkaan tidak realistik atau tekanan agar untuk kelihatan sempurna. Ini boleh membawa kepada kegelisahan dan kemurungan," tambahnya.



Dr Wang Yue, ketua program Doktor Pentadbiran Perniagaan di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), berkata ia penting untuk memahami pesaing utama permainan media sosial dan apa yang menggalakkan mereka.



Wadah media sosial ingin menarik dan mengekalkan pengguna aktif, dan justeru akan menggalakkan pencipta baharu untuk memuat naik lebih foto dan video, katanya.



Pencipta kandungan menggunakan wadah ini untuk meraih status sosial dan populariti, dan kadangkala wang menerusi tajaan atau produk pemasaran.



Pengguna yang merujuk kandungan ini pula menggunakannya untuk membuat keputusan jika apa yang dihidangkan menarik dan menepati keinginannya, tambahnya.



Dia berkata bahawa dalam era yang terdapat terlalu banyak maklumat, lebih mudah untuk hanya membaca dan mengikut trend dan hantaran paling popular daripada melalui kandungan dengan sendiri.



Tetapi, bahayanya muncul apabila pencipta memuat naik kandungan yang disesuaikan untuk menarik perhatian dan 'like' disebabkan insentif.



Beliau merujuk kepada episod 1 (2016) siri Black Mirror, yang memaparkan kadar populariti orang ramai bergantung pada kadar keseluruhan yang diterimanya dan ini menjejaskan status sosioekonomi.



"Jika keadaan menjadi ekstrem seperti dalam episod itu, ini boleh membawa kesan berbahaya," ujarnya.



Encik Adam Mosseri, Ketua Instagram, berkata bahawa episod itu memberinya inspirasi untuk menguji fungsi menyembunyikan 'like' di wadahnya, menurut laporan yang diterbitkan tahun lalu.



Dalam apa jua kes, Dr Wang tidak yakin bahawa langkah Facebook dan Instagram baru-baru ini untuk menyembunyikan jumlah 'like' akan mempunyai sebarang kesan besar terhadap sikap pengguna.



"Berkemungkinan besar pencipta kandungan yang mengejar populariti dan status sosial akan tetap memilih untuk menunjukkan jumlah 'like' pada hantaran mereka, lebih-lebih lagi jika pencipta ini yakin hantarannya akan meraih banyak 'like'," ujarnya.




"Mengaitkan harga diri kita dengan pengesahan warga dalam talian tidak sihat. Ini bermakna, harga diri seseorang bergantung kepada jumlah 'like' atau jumlah pengikut seseorang... Ini juga boleh membawa kepada jangkaan tidak realistik atau tekanan agar untuk kelihatan sempurna. Ini boleh membawa kepada kegelisahan dan kemurungan."
- Cik Sophia Goh, kaunselor utama di Klinik Sofia Wellness.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >