PENYANYI dan pelakon Ayda Jebat naik berang setelah seorang pengguna Instagram meninggalkan komen yang biadap mengenai dirinya dan suami, Nabil Mahir, semasa memberi komen kepada catatan selebriti itu di media sosial.
Pengguna media sosial itu telah mengkritik pilihan Ayda melahirkan dengan kaedah pembedahan sambil memberi andaian bahawa artis tersebut melakukan demikian untuk memelihara tubuhnya demi suami, sambil menyindir suaminya.