Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Artis SG sebar mesej 'cinta toksik' menerusi lagu

Lagu duet 'Percaya' ruang Zalelo, Yul bicara soal penderaan dan penipuan yang jerat pasangan kekasih
rap
Sep 11, 2020 | 05:30 AM



Kehidupan nyata tidak seindah alam fantasi yang kerapkali dibayangkan dalam sesetengah lagu cinta malar segar.Jika lagu cinta penyanyi duet silam selalu berbunga-bunga dengan lirik kasih sayang atau perit dengan seni kata patah hati, trend duet cinta masa kini pula menyelongkar masalah lebih genting dalam hubungan. BERITA HARIAN melaporkan tentang isu hubungan toksik dan situasi kewangan belum stabil tapi dipaksa kahwin yang menjadi tema lagu duet masa kini.




USAH biarkan diri terjerat dalam hubungan cinta toksik yang tidak sudah-sudah membawa pada sakit hati dek didera secara fizikal, diperdaya atau diselingkuhi.



Inilah pesanan tegas yang ingin disampaikan penyanyi muda yang kian meningkat namanya, Zalelo dan rakan duetnya Yul Elias menerusi 'single' terkini mereka, Percaya.



Ketika dihubungi, Zalelo, 22 tahun, yang nama sebenarnya, Afrah Athasha Aman Shah, menjelaskan:



"Kami ingin paparkan situasi di mana wujud lingkaran musibah dalam hubungan sepasang kekasih yang diulit dengan masalah penderaan fizikal dan perselingkuhan.



"Ada banyak lagu dalam pasaran yang menyentuh tentang penipuan atau perselingkuhan sang kekasih tetapi tidak banyak lagu dalam pasaran muzik Melayu khususnya yang berani mengupas isu penderaan dalam hubungan.



"Namun, jangan salah sangka. Kami tidak menggalakkan sebarang bentuk penderaan. Sebaliknya, kami ingin memberi pencerahan tentang isu penderaan dalam hubungan dua insan yang bercinta.



"Kami menggalakkan sesiapa yang terjerat dalam hubungan toksik sebegini agar segera melepas bebaskan diri daripada perangkap hubungan yang lebih menyeksa daripada menggembirakan"



Melalui video muzik Percaya, Zalelo dan Yul, 28 tahun, tekankan tentang perlunya mengambil langkah berani mengetengahkan isu penderaan dalam hubungan cinta.



Mereka malah menguar-uarkan tanda pagar ('hashtag') agar sesiapa yang mengalami perihal sebegini tinggalkan sahaja hubungan cinta yang tiada kebahagiaan itu.



Bagaimana respons ramai terhadap Percaya yang merupakan karya ciptaan Yul?



Zalelo berkongsi:



"Kebanyakan pendengar kami mampu mengaitkan diri mereka dengan lagu ini. Sememangnya sukar nak mempercayai orang lain, lebih-lebih lagi dalam era di mana media sosial berkuasa."



Awalnya, Yul mencipta lagu ini buat Zalelo dendangkan secara solo. Namun setelah mendengar keratan demo lagu yang kedengarannya suram dengan lirik berulang ini, Zalelo meminta Yul berduet dengannya bagi memberi perspektif berbeza sebagai seorang jejaka.



Zalelo dan Yul bertemu dua tahun lalu dalam satu acara buat bakat muda Singapura mempersembahkan lagu ciptaan mereka sendiri.



"Saya tak tahu Yul boleh menyanyi kerana beliau sibuk menguruskan aspek teknikal pencahayaan bagi acara tersebut.



"Apabila beliau berkongsi beberapa demo lagu yang dicipta, saya khususnya tertarik pada Percaya.



"Saya rasa ramai yang boleh kaitkan diri mereka dengan lirik yang kami hasilkan berdasarkan pengamatan kami tentang situasi sekeliling mahupun pengalaman peribadi," ujar Zalelo lagi.



Sewaktu ditanya tentang pengertian kekata 'percaya' buatnya, Yul berkata:



"Anda mempercayai seseorang bukan sahaja daripada tindakannya tetapi emosinya juga.



"Kadangkala ada orang meluahkan rasa cinta mereka kepada anda tetapi mereka sebenarnya tidak merasakan ketulusan cinta itu.



"Anda perlu membina hubungan cinta itu dan kepercayaan yang datang bersamanya. Kalau tidak, ia akan perlahan-lahan menjadi perasaan benci.



"Sewajarnya, kepercayaan itu harus dijana bagi jangka panjang dan bukan buat sementara waktu sahaja. Hari demi hari, anda harus perbaiki diri dan jadikan kepercayaan itu sebagai sandaran dalam cinta."



Buat masa ini, sedang Singapura bertarung dengan krisis kesihatan Covid-19 yang banyak menjejas anak seni, Yul berharap akan ada usaha mengumpul dana khusus buat bakat tempatan berseni lagi pada tempoh pascakoronavirus.



"Kita perlu lebih banyak usaha mengumpul dana buat penakatan bakat setempat dan ruang mereka berseni. Mudah-mudahan selepas Covid-19 reda, akan ada usaha mengadakan pesta yang dapat memperkenalkan lautan artis setempat lantas boleh dinikmati warga Singapura. Biar ramai lebih dapat menghargai muzik tempatan dan rela hati membeli tiket bagi menyokong kesenian anak watan," katanya.



Sependapat dengannya, Zalelo berkata:



"Kalau kita tidak mulakan sekarang, bila lagi? Masyarakat seni kita kecil sahaja. Orang awam bagaimanapun tidak mengenali kita. Justeru, mereka pun tidak mendengar karya kita kerana mereka tidak tahu siapa kita.



"Dengan lebih banyak wadah mendedahkan muzik bakat setempat, persada seni kita akan lebih bersemarak bukan sahaja dalam genre pop dan R&B tetapi rap, metal dan jaz juga.



"Ada ramai lagi artis 'underground' yang amat berbakat tetapi tidak mendapat sokongan atau liputan media.



"Singapura mempunyai ramai artis tetapi suara kami biasanya tidak atau kurang kedengaran. Kalau ada pelantar membuat persembahan tetapi tiada sokongan atau penghargaan pun, tak ke mana muzik kita."




BIODATA



ZALELO

- Nama sebenar: Afrah Athasha Aman Shah

- Usia: 22 tahun

- Anak penyanyi dan pelakon 1980-an, Aman Shah (kini di Malaysia) dan bekas anggota kumpulan The Queens, Farah Diba Abdul Aziz (kini seorang pendidik)

- Pengertian lagu Percaya: Kepercayaan itu amat penting kerana ia asas bagi semua hubungan bukan sahaja antara kekasih tetapi keluarga, sahabat dan rakan sekerja. Ia ibarat jambatan menyatukan manusia. Kalau diabai dan disalah guna akan membawa binasa.

- Tiga perkara yang dipercayai akan membawa manfaat: Menghormati orang lain, semai cinta seluruh hati, bangunkan nyala rasa dalam setiap perkara yang dilakukan.



YUL ELIAS

- Usia: 28 tahun

- Pernah membuka acara pertemuan peminat Singapura dengan artis Malaysia seperti Ayda Jebat, Aiman Hakim dan Zara Zya.

- Kepercayaan hidup: Keluarga adalah landasan dan asas kukuh. Dalam perkahwinan, harus ada kepercayaan terhadap satu sama lain. Jangan biarkan buah mulut orang mengganggu hubungan.

- Perkara yang tidak dipercayai akan membawa manfaat: Penderaan fizikal kepada pasangan, dibutakan oleh wang sehingga ketelusan tidak diamalkan dan menjejas komunikasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >