Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENARIK DI THE BM SHOW MINGGU INI

Bahasa senam Asnida suntik semangat, inspirasi

Nov 13, 2021 | 05:30 AM



Episod pertama berlalu sudah. Esok 'The BM Show' musim keempat kembali dengan episod kedua. Setelah mendalami isi hati peserta Miss Universe Singapura 2021, Nur Kalynskye Mohamed Adrian, minggu lalu, minggu ini kami mengajak anda mengenali pendidik selebriti setempat, Cik Asnida Daud. Personaliti bagi segmen Gah! itu akan berkongsi kisah di sebalik 'kegilaannya' bersenam 'zumba', selain usaha berterusan beliau memperjuangkan bahasa dan budaya. Dalam segmen Singapura pula, kami membawa penonton mengenali perjuangan individu dalam memelihara alam sekitar. Encik Syaiful Hakim Muslim mahu mendidik orang ramai mengenai peranan penting pokok dalam menyumbang kepada biodiversiti alam sekitar, dan peranan pokok dalam menyelamatkan bumi, bersempena gerakan OneMillionTrees, atau usaha menanam sejuta pokok. Usah terlepas menyaksikan 'The BM Show' episod kedua, mulai 10 pagi esok di Facebook dan Instagram Berita Harian Singapura.



BAK kata mutiara bertindak itu lebih kuat daripada setakat berkata-kata, begitu juga dengan cara kita menyampaikan mesej termasuk mengenai penjagaan kesihatan.



Tak guna jika hanya membaca risalah cara-cara menjaga kesihatan, tetapi kita masih memeluk bantal atau bersandar di kerusi empuk.



Itulah sebabnya pendidik yang juga personaliti kesenian, Cik Asnida Daud, memilih untuk bertindak dan berkomunikasi mengenai gaya hidup dengan tidak sahaja bersenam secara konsisten, bahkan berkongsi diari aktiviti senamannya di media sosial hampir setiap minggu.



Bahasa senaman yang menggambarkan kegigihan beliau, memang sampai tepat terus kepada yang melihat.



Kita nampak kesungguhan beliau. Kita lihat perubahan fizikalnya jika dibandingkan dengan sebelum mula bersenam.



Kita juga dapat sama-sama terasa 'percikan' semangat positif yang dipancarkan Cik Asnida.



"Sebagai guru, memang kita kena tunjukkan contoh. Bukan setakat bercakap sahaja, tetapi bertindak," kata beliau. Bahasa "bertindak" yang beliau lakukan, ternyata lebih jelas dan menyuntik rangsangan.



Perkongsian video beliau di InstaStory (kisah Instagram) inspirasi dengan kegigihannya bersenaman zumba seiring pergerakan cukup lasak dan intensif memberi inspirasi.



Memang terhibur melihat gelagat Cik Asnida bersenam sambil berceloteh.



Menariknya, Cik Asnida selamba mengakui "tak kisah" kunyah kuih tart @matrockbaker yang disiapkan sendiri suaminya, Encik Jeffrey Zauhari, seorang pemuzik dan juga pensyarah media di Politeknik Ngee Ann, kerana yakin "dengan rajin bersenam, akan terbakar segala lemak di badan biarpun makan kuih tart setiap hari."



Tetapi apakah sebenarnya yang mendorong beliau aktif bersenam?



Berikut lima rahsia bahasa motivasi beliau dalam aspek menjaga kesihatan badan.



BERTAHAN SEBELUM SAKIT



Buat sebelum sakit. Semuanya bermula kerana kesedaran bahawa jika tidak melakukan sesuatu, saya akan jatuh sakit kerana sudah ada tanda sengal badan dan sebagainya.



Saya kalau dah commit, saya tak pandang belakang... Sejak bermula sebelum Covid-19 pada 2019 sampailah sekarang saya tetap kekal bersenam".



DAG DIG DUG JANTUNG DENGAN BERZUMBA



Saya pilih senam zumba sebab saya tak boleh duduk diam... suka melompat-lompat.



Jadi suka bergerak, suka menari, suka apa, suka macam 'gini. Suka dengar muzik. Tak janggal untuk saya ikuti. Bagi rentaknya, untuk dapatkan sasaran degupan jantung setiap minit (BPM) tidak terlalu teruklah untuk orang-orang warga emas seperti saya. Saya dah warga emas (hmmm... sebenarnya baru 48 tahun).



BIAR RINGKAS ASAL "ISTIQAMAH" (KONSISTEN)



Saya suka penggunaan kata istiqamah kerana itu menjangkau lebih lagi.



Kita buat ini kerana kita sedar bahawa kita nak kuat untuk beribadah, yang kedua kita ada disiplin. Disiplin itu tak boleh main-main.



Kita tak boleh macam "oh nak ke tidak, nak ke tidak"... disiplin sangat kuat.



Dan lagi satu lagi ialah saya soal diet kita iaitu pemakanan. Kita buat macam mana pun, tapi kalau pemakanan kita tak jaga, habislah. Tak payahlah kirim salam, bye, bye sudah.



Sukatan makanan itu sangat penting. Jadi saya tak melampaui batas. Banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kita mesti ada target itu. Ada target. Itu yang penting.



SERONOK DENGAN PROSES



Ingat bahawa proses yang kita lalui adalah untuk buat kita bahagia. Kita kena enjoy dengan proses itu. Kita mahukan hasilnya.



Bila orang tengok kata rasa mereka pun nak buat macam itu, gembira kalau saya dapat memberi inspirasi kepada orang.



BERSATU TEGUH, SALING MENYOKONG



Sebagai isteri, ibu dan wanita bekerja, memang kadangkala dilanda perasaan malas.



Ada masa, mesti mengantuk tapi bila kita dah komited dan dah kita ada kawan-kawan yang sama-sama turun bersenam, pasti akan saling mengingatkan "eh jangan lupa eh ah petang ini, malam ini kita akan berzumba dan sebagainya."



Jadi kita akan terus rasa okey, kita harus pergi. Saya harus pergi ke kelas yang berbayar. Jadi saya tahu saya akan komited. Itu, itu, itu yang saya lakukan.




 • Ikuti temu bual penulis dengan Cik Asnida Daud dalam 'The BM Show' musim keempat episod kedua, esok.




SAJIAN 'THE BM SHOW' MUSIM 4 MINGGU INI



SEGMEN SINGAPURA



Dengan pemanasan bumi akibat perubahan iklim, hos Cik Irma Kamarudin meninjau bagaimana gerakan OneMillionTrees, atau menanam sejuta pokok, kendalian Lembaga Taman Negara (NParks) membantu tangani krisis ini. Temui pengarah kanan projek masyarakat NParks, Dr Adrian Loo, dan penggiat menanam pokok, Encik Syaiful Hakim Muslim



SEGMEN KHAS



Bagaimana transformasi asatizah di pusat pendidikan Islam Andalus dalam meneruskan pembelajaran pelajar di tengah-tengah pandemik? Ikuti wawancara pelajar Hadi Irfan bersama Ustaz Hosni Mubarak di pusat Andalus di Marsiling



SEGMEN GAH!



Guru dan aktivis seni Cik Asnida Daud ajak hos Cik Hanim Mohd Saleh lakukan tari 'zumba' di D'trio Dance Studio di Waterloo Centre.



Cik Asnida turut berkongsi panduan dan motivasi dalam amalkan gaya hidup sihat meskipun sibuk mengajar dan terlibat dalam pelbagai kegiatan seni



 • Saksikan episod kedua musim terbaru 'The BM Show' esok mulai 10 pagi, di laman web www.BH.sg atau melalui media sosial akhbar ini - di Facebook dan Instagram Berita Harian Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >