Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSATUAN MUHAMMADIYAH

Bakal agih barang dapur kepada 700 keluarga

Mar 25, 2022 | 05:30 AM



MASYARAKAT Islam tidak lama lagi bakal menyambut bulan suci Ramadan pada April ini. Menyusuli berita baik tentang tidak perlunya jarak selamat di masjid apabila jemaah memakai pelitup sewaktu solat jemaah dan kegiatan lain, Persatuan Muhammadiyah percaya ini akan meningkatkan semangat kita mahu menunaikan ibadah semasa Ramadan ini, terutama mengerjakan solat tarawih danturut serta dalam ceramah agama.



Persatuan Muhammadiyah telah menyediakan tazkirah harian dan ceramah mingguan yang akan diadakan sebelum atau selepas solat tarawih, dengan peserta boleh hadiri secara fizikal atau menonton secara langsung melalui wadah media sosial seperti Facebook dan YouTube, muhammadiyahSG.



Bertemakan 'Menghayati Keindahan Bersujud Kepada Tuhan', yang berpandukan Surah Asy-Syuara ayat 217-220, Persatuan Muhammadiyah mengharapkan tazkirah harian dan ceramah mingguan semasa Ramadan ini dapat menyampaikan mesej kepada masyarakat Islam bahawa tidak kira apa pun keadaan yang kita hadapi, kita harus tetap cekal dan tabah dalam mengharungi ujian dan terus bersabar dalam menghayati keindahan sujud kepada Tuhan dengan tekun dan pengharapan demi memperolehi rahmat daripada Allah swt.



Menjelang Ramadan ini, Persatuan Muhammadiyah juga merancang menyalurkan lebih banyak lagi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Berdasarkan jumlah permohonan bantuan tahun ini, Persatuan Muhammadiyah mendapati jumlah keluarga berkeperluan tinggi (keluarga besar dengan pendapatan per kapita lebih rendah) meningkat. Mereka terdiri daripada 20 peratus daripada benefisiari persatuan ini.



Ada merupakan pemohon baru, manakala ada pemohon sedia ada. Mereka yang termasuk dalam kategori ini disebabkan pelbagai faktor seperti kehilangan pekerjaan atau menghidapi penyakit.



"Bagi golongan keluarga berkeperluan tinggi ini, mereka mungkin memerlukan bantuan dalam jangka lebih lama. Persatuan Muhammadiyah akan membantu mereka berupa baucar barangan dan kewangan untuk tempoh yang ditetapkan bagi meringankan sedikit tanggungan bulanan mereka. Namun, bantuan sebegini berdasarkan setiap keadaan keluarga," kata Encik Shamsul Bahri Talib, Eksekutif Kanan, Jabatan Kebajikan Persatuan Muhammadiyah.



Persatuan ini juga bekerjasama dengan Pusat Khidmat Keluarga (FSC) bagi beberapa kes kritikal misalnya, mereka yang tiada tempat tinggal, agar bantuan selanjutnya yang mereka perlukan dapat diberi.



Justeru, sempena bulan puasa ini, Persatuan Muhammadiyah merancang mengagih barangan dapur, kuih Raya, baju kurung dan baucar wang tunai kepada 700 keluarga. Pengagihan akan dibuat dua kali, sebelum Ramadan dan sebelum Syawal.



Usaha membantu benefisiari berkeperluan tinggi tersebut akan diteruskan selepas Ramadan, dengan mereka akan menerima agihan hidangan panas secara mingguan, agihan daging korban semasa Hari Raya Haji dan sebagainya.



Usaha dakwah dan kebajikan yang bakal dijalankan Persatuan Muhammadiyah pada Ramadan ini adalah hasil pengumpulan zakat serta daya usaha mengumpul dana seperti jualan kurma Ajwa Amal Muhammadiyah.



Jualan kurma Ajwa Amal Muhammadiyah adalah satu daya usaha mengumpul dana buat usaha kebajikan dan dakwah persatuan ini untuk masyarakat, terutama semasa Ramadan, dengan masyarakat boleh mendapatkan 1.6 kilogram kurma Ajwa Madeenah dengan penghantaran percuma pada harga $70 sahaja termasuk Cukai barangan dan perkhidmatan (GST).




INFAK ATAU ZAKAT HARTA



Sumbangan boleh dibuat dengan mudah melalui:



  • PayNow: Imbas kod QR di bawah atau kirimkan ke nombor UEN S58SS0020C.

Ref: Infaq/ZakatNombor HP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >