Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Banduan ikuti Program Berasaskan Masyarakat naik 42%

Oct 27, 2021 | 05:30 AM



LEBIH ramai banduan akan ditempatkan di bawah Program Berasaskan Masyarakat (CBP), memandangkan ia berupaya membantu pemulihan seseorang pesalah dengan lebih baik, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Sehingga akhir 2020, terdapat seramai 3,426 banduan yang mengikuti CBP - kenaikan 42 peratus berbanding 2,413 pada penghujung 2019.



Jumlah ini bagaimanapun merangkumi semua banduan tanpa mengira kaum.



"Kajian menunjukkan pemulihan lebih berkesan dalam keadaan dunia sebenar, kerana ia membenarkan pesalah menangani isu-isu nyata dalam keadaan sebenar. Pesalah yang menjalani CBP dilihat menangani keadaan lebih baik berbanding mereka yang tidak mengikuti program tersebut," katanya.



Secara purata, kadar residivisme bekas pesalah dari kohort yang dibebaskan antara 2016 hingga 2018 dan ditempatkan di bawah CPB adalah sekitar 16 peratus berbanding kira-kira 26 peratus bagi bekas pesalah yang tidak ditempatkan dalam program ini.



"Kami menjangkakan lebih ramai pesalah akan ditempatkan dalam CBP untuk tahun-tahun mendatang," katanya lagi.



Kadar residivisme secara keseluruhan tahun lalu merosot ke paras terendah sejak 1990, dengan 22.1 peratus banduan yang dibebaskan pada 2018 kembali ke penjara, berbanding 24 peratus tahun sebelumnya.



Ditanya bagaimana Perkhidmatan Penjara (SPS) mencapai hasil positif ini, Dr Muhammad Faishal berkata, ia disebabkan oleh sokongan masyarakat.



Menurutnya, pihaknya bekerja rapat dengan pelbagai rakan masyarakat bagi meningkatkan kesedaran antidadah, selain menyampaikan program pemulihan kepada banduan di penjara, dan program reintegrasi penjagaan lanjutan untuk pesalah yang telah dibebaskan.



Usaha dan sokongan ini disediakan oleh masyarakat Melayu/Islam, sukarelawan, Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), Biro Narkotik Pusat (CNB), Reben Kuning Singapura (YRSG), M Kuasa Tiga (M³), keluarga dan pelbagai rakan masyarakat dan pemimpin sejak bertahun-tahun telah menyumbang kepada usaha peningkatan ini.



"Kita bagaimanapun tidak boleh leka dan mesti terus mengurangkan lagi jumlah ini. Semangat masyarakat kita adalah kekuatan kita dan kita mesti terus bekerja bersama," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >