Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:16
Isyak
8:25

Bantu anak fahami, pegang pada prinsip kesetaraan jantina

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana
33
0

CATATAN WARTAWAN: MEMBANGUN POTENSI ANAK

Bantu anak fahami, pegang pada prinsip kesetaraan jantina

Nov 29, 2021 | 05:30 AM

SAYA agak terkejut dengan kenyataan teman saya baru-baru ini.

"Aku nak besarkan anak-anak lelaki aku untuk jadi 'feminist'," katanya.

Apabila ditanya apa yang beliau maksudkan, teman saya menjelaskan beliau ingin membentuk pemahaman yang berbeza tentang maskuliniti - ubah persepsi tentang sifat, tingkah laku dan peranan yang berkaitan dengan lelaki.

Saya menghela nafas lega - ingatkan beliau nak 'drill' teori dan konsep feminisme dalam minda anak-anak kecil beliau tu!

Tentu sekali saya sokong keputusannya, kerana ia memberikan saya harapan bahawa pilihan seperti ini yang dibuat ibu bapa zaman sekarang mampu membentuk dunia yang lebih baik bagi anak-anak kita apabila mereka dewasa kelak.

"Jadi, apa yang kau lakukan selepas itu?" tanya saya lagi, ingin tahu lebih lanjut apa yang diajarkan teman saya ini kepada anak-anaknya.

Jawapannya cukup ringkas: Antara perkara paling penting adalah memberitahu anak-anaknya bahawa mereka perlu menangis kalau mereka sedih dan perbuatan itu tidak membuat mereka 'lemah'.

Meskipun langkah tersebut kelihatan mudah, ia membentuk asas yang penting dalam menghentikan stereotaip budaya dan sosial yang masih wujud sekarang berkaitan konsep maskuliniti.

Tambahnya lagi, langkah tersebut turut membantu anak-anaknya memahami dan berpegang pada prinsip kesetaraan jantina, atau 'gender equality', dan menghormati kaum wanita serta tidak melihat mereka sebagai golongan yang 'lebih lemah'.

Memang sebagai ibu bapa, bohonglah jika tak pernah terlintas dalam fikiran tentang keadaan dunia yang perlu mereka harungi dan bagaimana ia akan membentuk keperibadian mereka.

Jika anda pernah terfikir: "Adakah anak lelaki saya ni akan terus hormat kaum wanita?" atau "Adakah anak perempuan saya akan terus berani bersuara?", sebaiknya anda terus berusaha ke arah penerapan sifat atau sikap tersebut dalam diri anak-anak.

Ibu bapa juga perlu ingat, kesetaraan serta rasa hormat antara jantina ini bermula di rumah kerana keluarga merupakan pencetus perubahan paling utama.

Bagi generasi seterusnya, contoh yang mereka lihat di rumah - dari ibu bapa, penjaga dan juga anggota keluarga lain - membentuk pemahaman mereka tentang peranan lelaki dan perempuan.

Ini memerlukan komitmen berterusan, dan yang lebih penting supaya ibu bapa juga menghapuskan sebarang stereotaip yang mungkin masih wujud dalam amalan, perbualan atau pemikiran mereka.

Komunikasi tetap menjadi 'senjata' paling penting untuk ibu bapa, dan mereka boleh membincangkan isu-isu seperti keseteraan jantina dengan anak-anak serta apa yang perlu dilakukan untuk mencapai ideal tersebut.

Selain itu, antara cara terbaik yang digalakkan pakar adalah melibatkan anak-anak dalam melakukan kerja-kerja rumah, tanpa membezakan kerja rumah untuk lelaki ataupun perempuan daripada usia kecil lagi.

Menurut penulis buku Pink Brain, Blue Brain, Lis Eliot, kanak-kanak mula sedar akan perbezaan jantina pada usia dua setengah tahun.

Di tadika pula, kanak-kanak akan mula 'marah' teman mereka apabila mendapati mereka melanggar 'peraturan' jantina mereka, contohnya jika kanak-kanak lelaki bermain dengan anak patung.

Ibu bapa boleh memainkan peranan untuk menghapuskan cara pemikiran itu dengan menjelaskan kepada anak-anak mereka bahawa semua kanak-kanak bebas membuat pilihan mereka sendiri.

Pada masa yang sama, antara langkah penting yang boleh dilakukan ibu bapa adalah cuba memberikan layanan serta perhatian yang sama kepada anak lelaki dan perempuan.

Satu kajian oleh Jurnal Psikologi Pembangunan Britain mendapati perbualan antara ibu dengan anak perempuan mereka yang berusia empat tahun mengandungi kata-kata serta kandungan yang menunjukkan emosi yang lebih tinggi berbanding perbualan mereka dengan anak-anak lelaki.

Amalan ini dikatakan mengukuhkan lagi stereotaip jantina terhadap kanak-kanak dan boleh membentuk tahap kecerdasan emosi yang lebih tinggi bagi kanak-kanak perempuan berbanding kanak-kanak lelaki.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3