Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TABUNG AMAL AIDILFITRI (TAA)

Bantuan buat penerima habuan 'tidak rasa sepi'

taa
Apr 08, 2022 | 05:30 AM



BIARPUN Cik Norseyah Imam Shah, 65 tahun, tinggal sendirian di rumah flat dua bilik di kawasan MacPherson, beliau tidak menganggap kehidupannya sepi.



Ini kerana, walaupun dalam keadaannya yang kurang sihat, beliau bersyukur kerana masih ada yang prihatin dan sedia memberinya bantuan.



Cik Norseyah adalah antara penerima habuan Tabung Amal Aidilfitri (TAA) yang telah menerima bantuan TAA lebih 10 tahun.



Kata Cik Norseyah: "Saya amat berterima kasih kepada penderma-penderma TAA kerana mereka telah banyak tolong saya. Pegawai-pegawai TAA juga selalu tanya khabar saya. Saya amat bersyukur dan mendoakan agar para penderma TAA sihat dan dimurahkan rezeki."



Pegawai yang Cik Norseyah maksudkan adalah Pengurus Besar TAA, Encik Mohd Yahya Zakaria, dan Pengurus Kanan, Encik Didicazli Ismail.



Menurut Cik Norseyah, menerusi bantuan TAA, beliau pernah dihadiahkan sebuah peti sejuk dan kipas angin, habuan makanan dan juga wang tunai menjelang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.



Dalam pada itu, Cik Norseyah juga tidak berasa sunyi kerana beliau membantu 'menjaga' seorang adik ipar yang berusia dalam lingkungan 70-an tahun.



'Menjaga' di sini, menurut Cik Norseyah, bermaksud membantu adik iparnya membayarkan bil air dan elektrik atau membelikan barang dapur untuk beliau dengan menggunakan wang yang adik iparnya terima daripada Pejabat Khidmat Sosial Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



"Selepas arwah adik saya meninggal dunia, adik ipar saya tinggal sendirian di rumah sewa. Dia tidak ada saudara-mara lain. Jadi, selagi saya ada daya, saya boleh bergerak dengan alat mobiliti, saya tolong dia," kata Cik Norseyah.



Selain itu, Cik Norseyah kini juga belajar mengaji melalui panggilan video WhatsApp, dengan seorang asatizah dari Masjid Wak Tanjong.



"Dahulu, saya aktif pergi kelas agama di masjid sebelum pandemik Covid-19," ujar Cik Norseyah.



Beliau, seorang ibu tunggal kepada empat anak, tetapi kini hanya berhubungan dengan anak bongsunya, membuat permohonan bantuan kepada TAA lebih 10 tahun lalu tatkala beliau mengalami masalah berkenaan rumahnya.



Beliau yang pernah bertugas sebagai tukang masak dan pekerja pembersihan serta mengambil tempahan kuih-muih dari rumah, terpaksa berhenti bekerja apabila keadaannya semakin lemah.



Menurut Cik Norseyah yang kini bergerak di luar rumah dengan menggunakan alat mobiliti, beliau memang sudah lama mengalami penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, masalah kolesterol, masalah jantung dan sakit tulang.



Masalah penyakit kronik beliau menjadi lebih rumit apabila beliau terpaksa menjalani pembedahan di bahagian kaki kirinya yang berpunca daripada masalah ulser sekitar dua tahun lalu.



Baru-baru ini, Cik Norseyah mengalami sedikit kecederaan di kededua bahagian kaki.



"Saya tidak sedar alat mobiliti saya bergerak sendiri semasa saya berada di stesen MRT kerana saya mungkin rasa mabuk ketika itu.



"Akibatnya, kaki kanan saya luka, manakala kulit di kaki kiri saya terkoyak. Tetapi, saya tidak mahu jumpa doktor. Biarlah saya sapu ubat yang ada di rumah," kata Cik Norseyah.



Sempena Ramadan ini, Cik Norseyah berharap beliau akan kekal sihat supaya beliau dapat mengaji dan menunaikan ibadah.



"Saya juga berharap agar masyarakat akan terus menderma kepada TAA supaya mereka dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik seperti saya. Moga penderma mendapat pahala dan dimurahkan rezeki," kata Cik Nor-seyah.




HULURKAN SUMBANGAN



Lungsuri www.TAA.sg untuk derma ikhlas anda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >