Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Bapa juga manusia biasa

Penulis tidak segan minta maaf kepada anak-anak, yakin ia juga pengajaran hidup berharga bagi mereka
Sep 06, 2021 | 05:30 AM



RABU lalu, gerakan Bapa Sepanjang Hayat telah membuka tirai siri kegiatan dan program bagi menyambut Bulan Kebapaan khas untuk masyarakat Melayu Singapura.



Setiap tahun, September diperuntuk sebagai bulan meraikan bapa dalam masyarakat kita.



Dan sambutan bagi program yang dianjurkan - bukan sepanjang Bulan Kebapaan sahaja, malah sepanjang tahun - amat menggalakkan.



Akhbar ini pernah melaporkan pada 2019, sekitar 1,250 bapa mengambil bahagian dalam kegiatan yang dianjurkan Bapa Sepanjang Hayat sepanjang Bulan Kebapaan.



Meskipun penularan Covid-19 membataskan kegiatan fizikal yang boleh dianjurkan pusat itu, peralihan programnya ke wadah dalam talian menarik penyertaan lebih tinggi - sekitar 125,000 bapa Melayu mengikuti program gerakan itu sepanjang tahun lalu.



Sementara itu, antara program utamanya, Bengkel Kebapaan, pula berkembang daripada hanya satu pada 2016, kepada 66 pada 2019.



Secara keseluruhan, sekitar 1,250 bapa telah menghadiri bengkel itu.



Perangkaan ini amat menggalakkan kerana antara tujuan Bapa Sepanjang Hayat, yang beroperasi di bawah naungan Centre for Fathering, ialah menyokong kaum Adam dalam perjalanan mereka mengharungi dunia kebapaan.



Kurangnya kehadiran seorang bapa dalam keluarga dikenal pasti gerakan tersebut sebagai antara punca pelbagai masalah yang merundung masyarakat Melayu.



Ini termasuk bapa tidak hadir secara fizikal - antaranya kerana sedang menjalani hukuman penjara - atau tidak hadir secara emosional dalam kehidupan anak-anak.



Saya bapa tiga anak.



Anak sulung saya seorang putera berusia 10 tahun. Dia seorang anak autisme dan sedang menuntut di darjah tiga di Sekolah Pathlight, sebuah sekolah Pendidikan Khas (SPED).



Anak kedua saya juga lelaki, berusia tujuh tahun. Dia seorang kanak-kanak neuro-tipikal yang kini bersekolah di darjah satu.



Anak bongsu saya pula seorang perempuan, usianya baru 18 bulan.



Saya rasa bukan saya sahaja yang berasa sebagai seorang bapa, saya tidak menghabiskan masa yang mencukupi bersama anak-anak saya kerana terlalu sibuk dengan kerja.



Setiap hari, tuntutan kerja mungkin berterusan hingga 8 malam dan selepas itu saya mempunyai masa yang begitu singkat bersama anak-anak.



Justeru, membahagikan masa antara tiga anak - setiap seorang mempunyai keperluan berbeza - merupakan satu cabaran besar, yang hampir mustahil.



Hujung minggu, jika tidak bertugas, adalah masa yang dapat saya habiskan bersama mereka, melakukan perkara yang kami gemar sebagai sebuah keluarga, meskipun Covid-19 bermakna kegiatan di luar terpaksa kami kurangkan.



Justeru, dengan masa terhad bersama anak-anak, bagi saya setiap detik bersama mereka begitu penting.



Tingkah laku, setiap perbuatan dan percakapan saya sepanjang bersama mereka mencerminkan diri saya sebagai seorang bapa.



Saya dibesarkan dalam keluarga di mana ibu dan ayah saya mendidik kami adik-beradik dengan cara 'lebih banyak buat daripada bercakap'.



Seingat saya, ibu dan ayah saya tidak pernah berbual panjang lebar mengenai perkara betul atau salah, apa yang harus dan tidak harus saya lakukan.



Saya belajar mengenai betul dan salah dengan memerhatikan tingkah laku dan percakapan mereka.



Pengalaman ini membentuk diri saya apabila dewasa.



Dan kini sebagai bapa, itulah strategi yang saya amalkan bersama anak-anak.



Ia menjadi lebih penting lagi dengan waktu yang dihabiskan bersama mereka begitu berharga kerana ia amat terbatas, terlalu sedikit daripada yang saya mahukan.



Lantaran itulah, apabila saya melakukan sesuatu yang tidak sesuai dengan apa yang saya mahu paparkan kepada anak-anak, saya berasa begitu bersalah.



Ia seolah-olah saya telah membazirkan masa berharga bersama mereka.



Contohnya mungkin dalam bentuk sesuatu yang kecil, iaitu saya tidak dapat memberikan tumpuan pada mereka pada saat mereka mahukan perhatian saya kerana sedang sibuk membalas e-mel penting di telefon bijak.



Beberapa saat kemudian, saya kembali memberikan mereka perhatian, namun detik penting itu sudah berlalu buat selama-lamanya.



Keadaan seperti ini agak sering berlaku.



Kini, saya cuba sedaya upaya untuk lebih sedar bahawa detik-detik kecil itu penting. E-mel tadi boleh tunggu sebelum dibalas.



Namun saya akur, terdapat masa-masa tertentu apabila azam saya lemah, saya tertewas dek pelbagai gangguan. Perasaan kecewa dan bersalah kembali menyelinap.



Sebagai bapa, kita harus menyedari bahawa kita juga manusia biasa, tidak lepas daripada kesilapan.



Apabila keadaan sedemikian berlaku, bagi saya, saya tidak segan meminta maaf.



Ini juga satu pengajaran kehidupan penting bagi mereka, bahawa tidak semua di dunia ini akan berlaku seperti yang kita rancang, jangka atau mahu.




"Sebagai bapa, kita harus menyedari bahawa kita juga manusia biasa, tidak lepas daripada kesilapan. Apabila keadaan sedemikian (tidak memberi perhatian pada anak) berlaku, bagi saya, saya tidak segan meminta maaf. Ini juga satu pengajaran kehidupan penting bagi mereka, bahawa tidak semua di dunia ini akan berlaku seperti yang kita rancang, jangka atau mahu.
- Penulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >