Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Barista pamer lukisan minyak 'Modern Membawang'

Oct 28, 2021 | 05:30 AM



SEKIAN lama dalam kehidupannya Cik Sarah Nadia Aidil Tamzil mencari arah tuju dan nyala rasanya yang sebenar.



Beliau bermula sebagai pelajar Sekolah Sukan Singapura pada usia belasan tahun yang gigih berlari dalam sukan pecut di balapan.



Kemudian Cik Sarah, yang kini 23 tahun, beralih ke Politeknik Republic (RP) bagi mengambil kursus Diploma Sains Bioperubatan.



Namun, hanya sepenggal menelaah kursus itu, beliau merasakan ia bukan kecenderungannya, lantas mengambil keputusan ke Maktab Seni Lasalle untuk mengambil Diploma Seni Halus pula.



Di situlah, Cik Sarah, yang menggunakan nama gelaran 'Sarah N Bat', jatuh cinta dengan seni lukisan minyak. Setelah tamat pengajian dan kini bertugas sepenuh masa sebagai barista atau pembancuh kopi di kafe, beliau mencari ruang mengetengahkan lukisan minyaknya.



Bak peribahasa 'pucuk dicita, ulam mendatang', beliau diajak seorang sahabat sebaya yang juga mempunyai pertalian keluarga dengannya agar menyertai pameran Angkatan Pelukis Aneka Daya (Apad), 'Rewang'.



Karyanya secara unik bertajuk 'Modern Membawang' dan merupakan lukisan minyak tentang rewang di dapur kafe di mana pekerja bergurau senda, saling membantu dan sempat bergosip.



Ia persis 'membawang' ketika saudara-mara dan warga emas rewang di majlis kahwin, sesuatu yang jarang ditemui kini.



Sebulan lalu, beliau turut menyertai Apad kerana tertarik dengan pelbagai kegiatan seni yang dirancang jawatankuasa pengurusannya yang disifatkan sebagai proaktif dan bersemangat.



Sebagaimana jelas Cik Sarah, yang ditemui di Maya Gallery baru-baru ini: "Baru sebulan lalu saya tergerak menyertai Apad untuk membakar semula semangat saya dalam bidang lukisan.



"Memandangkan saya bekerja sepenuh masa sebagai barista, saya perlukan dorongan agar meluangkan sedikit masa buat lukisan.



"Apad dengan pengalaman hampir 60 tahun dan rangkaian pelukis pelbagai generasi memberi saya dorongan agar terus berkarya walau sesibuk mana pun.



"Saya berterima kasih kepada presiden Apad, Cik Fajrina Razak, kerana dapat terlibat dalam pameran 'Rewang'. Ini adalah pameran pertama saya dan saya harap dapat terus meraih ilmu seni melalui kegiatan yang bakal diadakan."



Sewaktu menghadiri acara pembukaan 'Rewang' pada Jumaat lalu, beliau berpeluang berinteraksi dengan beberapa pelukis Melayu mapan.



Baginya, beliau bangga dapat mengamati budaya Melayu dalam setiap kerja seni yang dipamerkan di samping mencedok ilmu hasil perbualan santai dengan golongan ini.



"Saya mencari matlamat hidup dan merasakan seni lukis akan memberi saya kepuasan untuk berkongsi pandangan saya tentang sesuatu isu.



"Sebelum ini, saya memang beralih dari satu bidang ke bidang lain demi mencari minat saya sebenar. Melukis asalnya hanya hobi biasa. Dari sukan pecut, saya ke bidang sains. Akhirnya, saya ke Lasalle dan suka dengan seni lukis serta seni pemasangan menggunakan kayu," kongsinya.



Beliau memilih tugas barista kerana seronok ditemani rakan sekerja yang baik hati dan suka membantu.



"Memanglah tugas ideal adalah sebagai pelukis sepenuh masa yang rasa tenang setiap kali berkarya.



"Anak muda seperti saya mengharapkan bimbingan daripada yang lebih berpengalaman.



"Kerana itu, saya merebut peluang menyertai Apad walaupun pada awalnya saya tidak yakin apakah saya layak berkongsi galeri dengan pelukis mapan dan bolehkah lukisan saya ini laku dijual?" tambahnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >