Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID AL-AMIN

Batalkah puasa kerana Covid-19?

Apr 08, 2022 | 05:30 AM



IBADAH puasa semestinya menjadi satu perkara yang perlu ditegaskan kerana ia menjadi kewajipan seorang Muslim.



Namun, bolehkah seseorang itu tidak berpuasa ketika dijangkiti Covid-19? Pandangan ini dibincangkan oleh Ustazah Shameem Sultanah Abdul Gaffoor yang menjadi asatizah undangan dalam program bual bicara online, 'Cakap Masjid Bersama Fiza O'.



Program kolaborasi antara YouTuber terkenal, Cik Fiza O dan Masjid Al-Amin, yang bertujuan mengumpul dana Masjid Al-Amin, akan membicarakan topik bertajuk 'Covid Membatalkan Puasa?'



BOLEHKAH BERPUASA KETIKA POSITIF COVID-19?



Menurut Ustazah Shameem, jawapan soalan ini bergantung kepada tahap kesihatan individu.



Sekiranya seseorang itu rasa mampu berpuasa kerana hanya mengalami simptom ringan, maka wajib teruskan puasa. Tetapi, sekiranya dia menghadapi gejala teruk sehingga memudaratkan jika berpuasa, maka dibenarkan untuk tidak berpuasa pada hari tersebut.



Seperti mana yang difirmankan oleh Allah swt dalam sebahagian ayat ke-184 dalam surah Al-Baqarah: "(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain."



Ustazah Shameem menambah: "Kadang-kadang, mungkin rasa bersalah kerana tidak puasa pada bulan Ramadan akibat sakit. Tetapi, ia hanyalah berdosa bagi sesiapa yang sengaja meninggalkan puasa tanpa sebab yang kukuh.



"Kalau kita sakit, hamil atau dijangkiti Covid-19 sehingga sesak nafas, tetapi masih berpuasa sehingga memudaratkan diri, ia seakan-akan mencerminkan Islam itu agama kejam.



"Padahal, Allah swt sendiri telah memberi keizinan untuk kita berpuasa pada hari lain. Oleh itu, manfaatkan ajaran Al-Quran yang benar agar orang sekeliling kita juga mendapat mesej tentang keindahan agama Islam.



"Bagaimanapun, jangan ambil mudah terhadap keringanan ini. Sekiranya betul-betul sakit atau uzur sahaja, barulah boleh berbuka puasa."



DOA SEBELUM KELUAR RUMAH



Ketika musim Covid-19 ini, ramai yang bimbang untuk keluar rumah kerana khuatir dengan keadaan sekeliling, yang mungkin membahayakan kesihatan. Namun, Ustazah Shameem mengingatkan agar menyebut "Bismillah", sebelum melakukan apa-apa pekerjaan dan baca doa keluar rumah seperti berikut:



"Bismillahi tawakkaltu alallahi la hawla wala quwwata illa billah"



Maksudnya: "Dengan Nama Allah, Aku berserah diri kepada-Nya, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan Pertolongan-Nya."



Beliau menambah, dengan membacakan doa di atas, pasti Allah swt akan melindungi seseorang daripada sebarang bahaya atau keburukan, khususnya di musim Covid-19 ini.



"Bacaan 'bismillah' dan doa keluar rumah ini mengingatkan bahawa Allah swt sentiasa bersama kita. Tiada apa yang mustahil dengan kekuasaan Allah swt. Maka, bacaan ini menjadi semangat untuk seseorang melakukan sesuatu perkara.



"Oleh itu, tidak perlu takut-takut dengan keadaan di luar sana. Sebaiknya, letakkan kepercayaan kepada Allah. Apa yang Allah berikan, itulah yang terbaik," jelas Ustazah Shameem.



SERTAI PELBAGAI PROGRAM MASJID



Pada kesempatan ini, Ketua Unit Pembelajaran Islam Masjid Al-Amin, Ustaz Muhammad Syafiee Mohamed Hassan, turut mengajak masyarakat Islam untuk bersama-sama memeriahkan program Masjid Al-Amin yang dianjurkan di sepanjang bulan Ramadan.



Beliau berkata: "Selain program 'Cakap Masjid Bersama Fiza O' yang membicarakan pelbagai isu keluarga, Masjid Al-Amin turut menyediakan pelbagai program lain seperti Kuliah dan Talaqqi dari 4 April hingga 29 April (Isnin-Jumaat) bersama para asatizah secara fizikal di Masjid Al-Amin serta online di Facebook Masjid Al-Amin SG.



"Dengan penuh rasa rendah hati, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua dermawan yang telah menyumbang kepada Masjid Al-Amin. Semoga kami mendapat sokongan untuk mencukupkan keseluruhan baki dana pada Ramadan ini.



"Semoga Allah swt memberi ganjaran amal jariah yang berkekalan dan syurga kepada anda sekeluarga yang telah menderma untuk Masjid Al-Amin. Akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa."




"Bacaan 'bismillah' dan doa keluar rumah ini mengingatkan bahawa Allah swt sentiasa bersama kita. Tiada apa yang mustahil dengan kekuasaan Allah swt. Maka, bacaan ini menjadi semangat untuk seseorang melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, tidak perlu takut-takut dengan keadaan di luar sana. Sebaiknya, letakkan kepercayaan kepada Allah. Apa yang Allah berikan, itulah yang terbaik."
- Ustazah Shameem Sultanah.




CARA MENYUMBANG



- Pemindahan wang ke akaun semasa DBS bernombor 012-009859-6 atau PayNow UEN No: S91MQ0008B001 (Masjid Al-Amin).



- Derma secara langsung ke masjid (waktu pejabat) atau dari rumah dengan menghubungi 62725309.



- Lungsuri https://alaminmosque.mimbar.sg/organization/168?p=infaq untuk infak atau wakaf anda ke Masjid Al-Amin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >