Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Bayi baru 2 minggu dah ada akaun Instagram...

Media sosial dijadikan wadah buat kenangan dan rakam detik penting pembangunan
Aug 27, 2020 | 05:30 AM



BARU dilahirkan dua minggu, Aden Hafiy sudah pun mempunyai akaun Instagram!



Malah, ibu bapanya, Cik Nurul Humairah Kamaruzaman dan Encik Muhammad 'Alawi Ahmad Shamsuddin, memang sudah pun merancang membuka akaun tersebut sebelum kelahirannya untuk merakam detik penting pembangunannya.



Kini Aden sudah pun berusia tiga bulan dan antara pos yang telah dirakamkan melalui akaun Instagram (IG) tersebut termasuk detik-detik awal selepas kelahirannya serta kunjungan pertamanya ke 'Baby Spa'.



Menurut Encik 'Alawi, 27 tahun, akaun yang dimulakan itu bertujuan untuk dijadikan wadah untuk menyimpan kenangan.



"Ini sama seperti album foto yang ibu bapa kita simpan dulu, tapi perbezaannya adalah semuanya boleh dilakukan dalam talian sekarang.



"Apabila dia lihat semula apa yang telah dirakamkan, kami ingin dia ingat betapa kami sayang kepadanya apabila melihat detik-detik penting yang dirakamkan sepanjang dia membesar," katanya.



Selain akaun khas untuk anak mereka, pasangan tersebut juga memuat naik gambar dan video menerusi akaun media sosial mereka sendiri.



Namun, Cik Humairah akui langkah-langkah tertentu perlu dipertimbangkan untuk memastikan bahan-bahan yang dimuat naik tidak disalah guna.



"Memang kami pastikan elak daripada mendedahkan sebarang maklumat sensitif tentang anak kami di wadah media sosial.



"Kami juga pastikan hanya keluarga dan kenalan rapat saja yang boleh melihat pos dan IG story kami," katanya.



Menurut tinjauan Kajian Pew baru-baru ini, 82 peratus daripada ibu bapa yang menggunakan media sosial telah memuat naik bahan berkaitan anak-anak mereka dalam talian.



'Newsfeed' (ruangan di mana pos media sosial dimuat naik) media sosial ibu bapa zaman sekarang juga merupakan 'saksi' utama dalam perkembangan anak-anak mereka... dari detik kelahiran, langkah pertama hinggalah pencapaian mereka di sekolah.



Ini terutama sekali dalam era di mana jarak sosial membuatkannya lebih sukar bagi semua anggota keluarga dan rakan-rakan berkumpul, justeru update melalui media sosial sahaja!



Ibu bapa anak-anak di bawah usia 18 tahun merupakan golongan pertama untuk membesarkan anak-anak melalui media sosial.



Namun, pakar menasihati supaya berjaga-jaga sebelum memuat naik semua pos kerana masih terdapat risiko yang perlu dipertimbangkan.



Peguam, Encik Faizal Wahyuni, berkata walaupun buat masa sekarang tidak ada sebarang undang-undang yang menentukan apa yang ibu bapa boleh memuat naik di media sosial, mereka masih perlu berhati-hati.



Menurutnya, antara risiko perkongsian yang tidak terbatas termasuk kes mencuri identiti, membuli dalam talian, dan juga mengubahsuai gambar yang diperolehi dalam talian.



Selain mempertimbangkan apa yang dimuat naik ibu bapa dalam talian, mereka juga perlu memikirkan tentang pendedahan anak-anak mereka kepada media sosial.



"Pertama sekali ibu bapa perlu tahu apa yang dilakukan anak-anak mereka de media sosial, dan duduk berbincang dengan mereka tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan," katanya.



Tambahnya, ibu bapa perlu memastikan anak-anak berada pada usia yang cukup matang apabila mula menggunakan media sosial.



Walaupun tetap memuatnaik gambar anak-anaknya, suri rumah Cik Nurhuda Mohd Nor, 40 tahun, akan pastikan wajah-wajah mereka tidak dapat dilihat.



"Saya memang jarang muatnaik gambar anak-anak tapi apabila berbuat demikian, saya akan pastikan pos tersebut amat general dan tak boleh dijejak kepada mereka," kata ibu tiga anak perempuan berusia antara tiga dengan tujuh tahun.



Bagi Encik 'Alawi pula, mempunyai akaun media sosial pada masa hadapan merupakan sesuatu yang mungkin tidak dapat dielakkan dengan teknologi yang semakin pesat berkembang.



Walaupun beliau dan isteri tidak akan melarang anak mereka daripada mempunyai akaun media sosial, pasangan tersebut akan tetap pantau dan pastikan usia dan syarat-syarat yang sesuai dipertimbangkan.




"Ini sama seperti album foto yang ibu bapa kita simpan dulu, tapi perbezaannya adalah semuanya boleh dilakukan dalam talian sekarang. Apabila dia lihat semula apa yang telah dirakamkan, kami ingin dia ingat betapa kami sayang kepadanya apabila melihat detik-detik penting yang dirakamkan sepanjang dia membesar."
- Encik Muhammad 'Alawi Ahmad Shamsuddin, mengenai akaun IG bagi bayinya.



"Pertama sekali ibu bapa perlu tahu apa yang dilakukan anak-anak mereka di media sosial, dan duduk berbincang dengan mereka tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan."
- Peguam, Encik Faizal Wahyuni, memberi nasihat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >