Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Bekas jururawat Vietnam kuasai muzik dunia

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Artis keturunan Asia tembusi pasaran jagat

Bekas jururawat Vietnam kuasai muzik dunia

Membina nama dan kerjaya dalam pasaran muzik Barat dan di peringkat antarabangsa tidak semudah mana buat dua penyanyi dan penggubah lagu muda berketurunan Asia ini. Meskipun mereka dilahirkan di Amerika Syarikat, masih terdapat pengalaman dibeza-bezakan kerana warna kulit yang mereka hadapi.Namun, mereka tetap tidak mudah berputus asa dalam perjuangan seni mereka. BERITA HARIAN melaporkan.
Dec 08, 2021 | 05:30 AM

DARIPADA tugas sebagai jururawat pesakit barah di Pusat Perubatan Texas yang perlu membahagi-bahagikan masa untuk muzik, penggubah lagu dan penyanyi Vietnam, Casey Luong atau keshi kini adalah seniman sepenuh masa.

Tidak mudah bagi keshi, 27 tahun, memecah pasaran muzik Barat antarabangsa meskipun beliau dilahirkan di Houston, Texas, di Amerika Syarikat pada 4 November 1994.

Beliau perlu melipatgandakan usahanya sebagai pemuzik yang datang daripada keluarga penghijrah Asia agar mampu berdiri sama tinggi dengan pemuzik kulit putih di Amerika. keshi dibesarkan di kejiranan yang mempunyai ramai penduduk Asia khususnya kaum Cina.

Nama pentas keshi itu sesuatu yang berharga buatnya kerana ia nama yang diberi ibu bapa tunangnya buatnya sejak mereka kecil dan berkenalan di bangku sekolah.

Sepanjang dirinya dewasa, keshi kadangkala rasa janggal dan terpisah daripada warisannya sebagai pemuda Vietnam.

Muzik bagaimanapun bak penawar apabila pada usia 13 tahun, keshi belajar gitar daripada datuknya dengan berpandukan sebuah buku muzik berbahasa Vietnam.

Dengan kerajinannya meneroka sendiri pembikinan muzik secara digital, anak seni yang dikenali kerana vokal 'falsetto' dan kehebatannya menjana muzik instrumental ini mampu mengharumkan nama karyawan muzik keturunan Asia.

Beliau gigih menggunakan jentera pencari Google untuk tinjau fungsi sofwe muzik digital atau kemudahan lain yang dapat membangun kemahiran seninya.

Hingga ke hari ini, keshi diingati kerana lagu-lagunya seperti like i need you, 2 soon dan right here, secara keseluruhannya distrim sebanyak 700 juta kali oleh pendengar dunia.

Baru-baru ini, dalam satu sidang media serantau yang turut disertai Berita Harian, keshi berkongsi pula tentang lagu terbarunya, SOMEBODY yang sudah distrim lebih 11 juta kali di gedung muzik Spotify.

Lagu ini bakal dimuatkan dalam album akan datangnya.

Ikuti wawancara bersama keshi menerusi Zoom yang diselaraskan label rakaman Universal Music.

Soalan (S): Apakah perasaan anda apabila lagu anda diminati banyak kumpulan K-Pop yang bukan calang-calang?

keshi: Saya rasa perasaannya ibarat dalam mimpi sebab diterima baik artis K-Pop yang terkenal.

Lagi pun, apa yang menakjubkan adalah saya mendendangkan lagu Inggeris. Muzik yang baik dapat memecahkan sempadan bahasa dan negara.

Walau kami terpisah dari segi jarak, mereka memberi saya jaminan saya sudah bersedia untuk mengadakan konsert jelajah dunia saya.

S: Ceritakan tentang 'SOMEBODY'. Mengapa ia lagu pertama dalam album yang anda perdengarkan buat umum?

keshi: Ia adalah lagu yang mengisahkan percintaan manis. Saya lebih tertarik pada eksperimen mengubahsuai bunyian lagu ini.

Ia persis saya menghasilkan lagu daripada wadah perkongsian muzik SoundCloud. Saya enggan tersepit dengan lagu-lagu tak ada 'mood' dan suram yang pernah saya hasilkan.

SOMEBODY memberi harapan bahawa peminat saya mempunyai pelbagai cita rasa dan tidak tertumpu pada satu jenis muzik.

S: Apakah prinsip hidup anda tentang cinta? Bagaimana pastikan daripada 'NOBODY' (anda bukan siapa-siapa yang penting), anda mampu jadi 'SOMEBODY' (seseorang yang penting)?

keshi: Saya percaya pada prinsip kita mencari cinta untuk buat orang lain gembira. Kebiasaannya, orang mencari seseorang untuk buat dirinya bahagia. Tapi jangkaan sedemikian akan buat diri kita kecewa kerana payah mencari orang sebegitu. Justeru, kita harus jadi orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain terlebih dahulu. Barulah, cinta sejati akan muncul dalam hidup kita.

S: Selepas dua tahun bergelar jururawat, anda menjadi karyawan muzik sepenuh masa. Bagaimana keadaannya kini?

keshi: Dahulu, saya hanya bikin muzik ketika ada masa lapang kerana sibuk bertugas sebagai jururawat.

Kini, saya ada banyak masa terluang dan boleh menanti inspirasi datang bagi mencipta lagu.

Cuma, apabila di studio, saya serius dan fokus. Lebih tenang jiwa saya, lebih mencurah ilham datang untuk hasilkan lagu yang baik.

S: Rindukah anda pada Asia?

keshi: Pastinya...saya ke Vietnam ketika berusia 13 tahun. Saya ke Jepun dua kali sebab keluarga tunang saya di sana. Saya pernah ke Singapura untuk bercuti dan ke Korea bagi satu festival muzik di Seoul. Harapan saya dapat kembali ke Asia untuk bertemu pengikut muzik saya.

S: Apakah pandangan anda tentang pengiktirafan yang diberi buat artis keturunan Asia di peringkat dunia kini?

keshi: Saya rasa penemuan baru dalam industri muzik dunia yang memberi pengiktirafan buat artis keturunan Asia sangat dialu-alukan.

Sambutan berleluasa buat K-pop memang menarik tetapi lebih menarik adalah potensi besar artis keturunan Asia yang menetap di Amerika selepas datuk moyang mereka berhijrah ke negara ini.

Kami memiliki pengalaman unik sebagai kaum pendatang yang terpisah daripada negara kami. Lebih menarik adalah apabila kami bangkit untuk menarik minat dunia.

Saya harus berterima kasih kepada syarikat muzik berbilang negara di Amerika, 88rising. Ia banyak membantu artis keturunan Asia di merata dunia untuk kuasai pasaran dunia. Misalnya, bakat Indonesia, Niki. Saya dan tunang saya makan malam bersamanya dan banyak idea tentang muzik yang dapat kami kongsi bersama.

Ketika terlibat dalam acara bersama artis 88rising, saya terasa bagai mimpi apabila saya menyanyi di pentas dengan 25,000 penonton memancarkan cahaya daripada telefon bimbit mereka. Ibarat di alam fantasi.


"Saya rasa penemuan baru dalam industri muzik dunia yang memberi pengiktirafan buat artis keturunan Asia sangat dialu-alukan. Sambutan berleluasa buat K-pop memang menarik tetapi lebih menarik adalah potensi besar artis keturunan Asia yang menetap di Amerika selepas datuk moyang mereka berhijrah ke negara ini. Kami memiliki pengalaman unik sebagai kaum pendatang yang terpisah daripada negara kami. Lebih menarik adalah apabila kami bangkit untuk menarik minat dunia."
-Penggubah lagu dan penyanyi Vietnam, Casey Luong atau keshi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3