Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengetahuan keluarga tiri berguna jika ingin kahwin semula

Mar 07, 2021 | 05:30 AM



MEMPUNYAI pengetahuan tentang keluarga tiri amat digalakkan seandainya seorang duda atau janda ingin mendirikan rumah tangga semula dengan pasangan baru.



Ini kerana dengan adanya pengetahuan, pasangan yang bakal atau sudah mendirikan rumah tangga boleh mengurus jangkaan satu sama lain dari segi kewangan dan emosi.



Dalam pada itu, duda atau janda itu juga harus bersedia memikul tanggung jawab daripada perkahwinannya yang lalu.



"Ada pelbagai sebab mengapa seseorang itu hendak berkahwin semula, antaranya kerana cinta, inginkan teman hidup, inginkan anak menikmati kasih sayang seorang ibu atau bapa atau sudah bersedia berkahwin semula," kata Cik Siti Najibah Satar, 31 tahun, pegawai di pusat Vista Sakinah kendalian Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS).



Beliau telah menghasilkan kandungan bagi pelbagai program Vista Sakinah termasuk program di dalam talian pada tahun lalu dan berpengalaman bekerjasama dengan pelbagai keluarga dan kanak-kanak.



PPIS Vista Sakinah adalah pusat sokongan khusus bagi perkahwinan semula dan keluarga tiri di Singapura.



Ia bekerjasama dengan pasangan dan keluarga untuk membina keluarga tiri yang kukuh dan berdaya tahan bagi memelihara ketenangan dalam kehidupan keluarga tiri.



Menurut Cik Siti Najibah, pusat sokongan ini menawarkan khidmat yang membantu mempersiapkan perjalanan perkahwinan pasangan, keluarga tiri yang mencari pengayaan untuk kehidupan keluarga tiri, perundingan peribadi untuk pasangan dan menyokong anak-anak dengan penyesuaian dalam kehidupan keluarga tiri.



"Pasangan yang bakal atau sudah berkahwin semula harus sedar bahawa pasangan mereka kini berbeza daripada pasangan lama mereka. Mereka tidak harus membandingkan pasangan mereka kini dengan pasangan lama. Ia juga tidak bermakna selepas bercerai, mereka melepaskan tanggung jawab mereka terhadap perkahwinan yang lalu, terutama sekali terhadap anak-anak," kata Cik Siti Najibah.



Bagi mempersiap atau memperkasakan pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga semula dan membina keluarga tiri, program-program PPIS Vista Sakinah boleh membantu.



Misalnya, program pengayaan Fitrah membolehkan peserta menyertai pelbagai acara seperti bengkel, turut serta dalam kumpulan sokongan ibu dan bapa buat keluarga tiri atau perjumpaan Hari Raya di kalangan keluarga tiri.



Sesi kaunseling juga disediakan buat golongan dewasa atau kanak-kanak yang bakal mengharungi kehidupan keluarga tiri.



Kata Cik Siti Najibah yang telah berkhidmat di Vista Sakinah melebihi enam tahun, setiap individu mempunyai kebimbangan berbeza dalam keluarga tiri.



"Jika mereka bujang dan bakal berkahwin dengan duda atau janda, mereka khuatir akan dibandingkan dengan pasangan lama; si duda atau janda pula khuatir tentang penerimaan keluarga pasangan mereka terhadap dirinya; dan mereka yang mempunyai anak khuatir tentang penerimaan anak-anak terhadap pasangan mereka dan bagaimana mereka akan menubuhkan keluarga baru bersama," kata Cik Siti Najibah.




BENGKEL KELUARGA X'TRA



Anak-anak memerlukan perhatian supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan keluarga tiri yang baru. PPIS Vista Sakinah berusaha untuk menyokong anak-anak dalam keluarga tiri melalui perkhidmatannya untuk kanak-kanak, Bunayya.



Di bawah perkhidmatan ini, PPIS Vista Sakinah mengadakan Bengkel Keluarga X'tra untuk kanak-kanak.



Apakah kandungan bengkel ini?



Bengkel Keluarga X'tra menyediakan anak-anak untuk perkahwinan semula ibu bapa mereka. Ini memberi peluang untuk kanak-kanak membincangkan perubahan yang mereka hadapi dalam kehidupan keluarga tiri baru mereka dan mengajar cara-cara untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru ini.



Siapa yang digalakkan menghadiri bengkel ini?



Bengkel ini adalah untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 16 tahun.



Apa yang akan dipelajari dalam bengkel tersebut?



Topik yang dibincangkan merangkumi:



1. Memahami kebimbangan menyusuli perkahwinan semula ibu bapa.



2. Mengenal pasti perubahan sekitaran dan perasaan dalam diri mereka.



3. Belajar menyesuaikan diri dengan perubahan baru dalam kehidupan keluarga tiri.



Pusat PPIS Vista Sakinah ditubuhkan pada 2011 khusus dalam menyiapkan dan mengukuhkan perkahwinan semula.



Perkhidmatan PPIS Vista Sakinah ditujukan kepada pasangan yang menyiapkan perjalanan perkahwinan semula mereka menerusi runding cara peribadi, program pengayaan dan sokongan untuk keluarga tiri.




FAKTA PPIS VISTA SAKINAH



PPIS Vista Sakinah juga menyediakan latihan bagi para profesional dan perkerja-pekerja sosial untuk menolong mereka dalam berkomunikasi dengan keluarga tiri secara lebih berkesan.



ALAMAT



PPIS Vista Sakinah



Blk 549 Woodlands Drive 44



#01-86, Singapura 730549



WAKTU PEJABAT



Isnin - Jumaat: 9 pagi hingga 5 petang




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >