Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERGAS

Bentuk generasi asatizah pakar

Bertujuan bimbing umat Islam Singapura
Apr 30, 2021 | 05:30 AM



DALAM Surah Al-Maaidah, ayat ke-55 dan ke-56, Allah telah berfirman bermaksud:



"Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan Rasul-Nya, serta orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang."



Ayat itu menjelaskan dengan tegas tentang kepimpinan Islam dan tiga golongan yang wajib mereka turuti iaitu Allah swt, Rasulullah saw dan ulamak atau orang yang beriman.



Ternyata, ulamak adalah warisan Rasulullah saw. Oleh itu, amat penting bagi umat Islam memastikan warisan ini kekal dan dijaga serta diperkasa supaya kalangan pemimpin seperti asatizah kita sentiasa diberi sumber yang cukup untuk membimbing umat Islam hari ini.



Mengikut Hamka, "Ulamak adalah pemimpin rohani umat".



Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) merupakan badan yang mendokong matlamat ini untuk memperkasa asatizah dengan menyediakan peluang dan platform bagi meningkatkan kemahiran asatizh masa kini dan mempersiap asatizah masa depan bagi membimbing dan memenuhi keperluan masyrakat Islam dengan kepakaran yang relevan.



Selain itu, Pergas juga memberi biasiswa Pascasiswazah Pergas bagi membentuk asatizah pakar dalam pelbagai bidang ilmu untuk berkhidmat dan menyumbang kembali kepada masyarakat Islam Singapura.



Seseorang itu perlu mempunyai ilmu yang mendalam bagi membimbing masyarakat Islam.



Justeru, Pergas menubuhkan Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan yang mengupas isu-isu semasa dan menyokong karya penulisan hasil sumbangan asatizah dan cendekiawan di blog Pergas, majalah Ar-Risalah dan Jurnal Dakwah.



Antara buku yang diterbitkan Pergas dengan kerjasama asatizah tempatan umpamanya Beacons of the Ummah, atau Obor Ummah; Countering Islamic State Ideology; Rahsia di sebalik Surah Al-Ikhlas; Warisan Karya Sepanjang 100 Tahun dan banyak lagi karya penulisan asatizah setempat yang diterbitkan oleh Pergas.



Bagi melestarikan kepimpinan dan pembangunan asatizah, Dana Pergas Endowmen Legasi Ulama, atau singkatannya PERLU, yang bercirikan wakaf dibentuk khas bagi memapankan sumber dana Pergas jangka panjang.



Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid, salah seorang ahli Anggota Majlis Tertinggi Pergas, berkata:



"Saya percaya PERLU adalah sebuah dana endowmen yang dibentuk untuk menyokong semua keperluan Pergas dengan lebih baik.



"Bersama sokongan masyarakat, ia dapat menjangkau jauh agar asatizah dapat menyumbang tenaga dan ilmu dengan lebih lagi."



Disebabkan dana ini bercirikan wakaf, maka anda akan mendapat ganjaran pahala yang berterusan, selagi kegiatan Pergas masih dijalankan.



Antara aset yang telah dikenal pasti sebagai pelaburan jangka panjang dan juga sebagai mauquf (modal dana ini adalah bangunan Paradise@Pergas di 168 Changi Road.



Pergas turut meletakkan aset berbentuk saham dalam syarikat atau produk yang patuh syariah.



Pelbagai cara telah dianjurkan untuk masyarakat ikut serta dalam membuat amal pada bulan Ramadan ini, antaranya beriani amal, bubur amal dan kurma amal.



Kesemua pulangan akan disalurkan kepada dana PERLU.



Sumbangan juga boleh dilakukan melalui wasiat iaitu membuat penama PERLU sebagai benefisiari.



Ayuh rebut peluang Ramadan yang mulia ini untuk melipatgandakan pahala dengan bersedekah jariah.




"Saya percaya PERLU adalah sebuah dana endowmen yang dibentuk untuk menyokong semua keperluan Pergas dengan lebih baik.

Bersama sokongan masyarakat, ia dapat menjangkau jauh agar asatizah dapat menyumbang tenaga dan ilmu dengan lebih lagi."

- Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid, salah seorang ahli Anggota Majlis Tertinggi Pergas.




BERSEDEKAH / BERWAKAF



Anda boleh bersedekah / berwakaf dengan membuat sumbangan anda kepada dana "PERLU" melalui cara berikut:



  • Lungsuri perlu.pergas.org.sg

  • Pemindahan wang kepada akaun OCBC 515086387001

  • PayNow ke nombor UEN S57SS0012G002

  • Cek berpalang PERLU

  • Penama di dalam Wasiat / Giro

  • Telefon 6904-8374

  • Emel: perlu@pergas. org.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >