Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Beramal dan berwakaf '7 dalam 1'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

DARUL ULUM EL-AJYAL

Beramal dan berwakaf '7 dalam 1'

Jun 18, 2021 | 05:30 AM

PUSAT Pendidikan Darul Ajyal & Services (Darul Ulum El-Ajyal) menawarkan pakej eksklusif, ibadah korban '7 dalam 1' termasuk wakaf dan amal, bagi mereka yang ingin menjalankan ibadah korban pada tahun ini di Indonesia atau Kemboja.

Tempahan pakej '7 dalam 1' ini merangkumi kambing atau lembu yang ditempah, termasuk peruntukan wakaf pembangunan, jamuan untuk fakir miskin, wakaf Al-Quran, beras dua kilogram, tiga keping gambar dan sijil secara 'softcopy' yang akan diserahkan melalui Whatsapp atau e-mel kepada para penempah ibadah korban tahun ini.

Pakej '7 dalam 1'; bagi tempahan kambing buat ibadah korban, akikah atau nazar berharga hanya $200 kambing Indonesia dan $300 kambing Kemboja.

Manakala pakej sama bagi tempahan lembu berharga $1,200 di Indonesia atau $1,100 di Kemboja.

Semua daging kambing atau lembu bagi ibadah korban ini akan diagihkan pada golongan memerlukan seperti golongan fakir miskin, anak-anak yatim dan ibu tunggal yang tinggal di kawasan pedalaman dan perkampungan di Indonesia dan Kemboja.

Pengarah Darul Ajyal & Services, Ustaz Ismail Ahmat El-Ajyali, yang berpengalaman 20 tahun melakukan ibadah korban di luar negara, berkata beliau berharap agar masyarakat Muslim di sini prihatin dan memberikan sokongan kuat akan usaha ini.

"Dalam keadaan pandemik Covid-19 ini, masyarakat Islam di Indonesia dan Kemboja lebih memerlukan sokongan dan bantuan anda seperti tahun-tahun yang sudah.

"Kehidupan mereka lebih sempit dan melarat dan pada saat ini yg tanpa mendapat bantuan secukupnya kewangan dari sumber lain, mereka sentiasa memerlukan ihsan dari masyarakat Islam Singapura."

Akibat musim Covid-19 ini, golongan memerlukan di Indonesia dan Kemboja tidak boleh keluar dari kawasan kediaman mereka untuk mengambil daging korban.

Lantas, pihaknya yang menguruskan ibadah korban di kedua-dua dua negara ini akan menghantar sendiri daging korban itu ke rumah atau tempat kediaman mereka yg merupakan golongan memerlukan atau mereka akan dikumpulkan di lapangan untuk mengagihkannya secara berkumpulan.

Ustaz Ismail menambah bahawa golongan memerlukan itu akan memanfaatkan keseluruhan bahagian daging kambing atau lembu korban sekaligus tidak akan ada pembaziran sama sekali daripada haiwan korban tersebut.

Menurut Ustaz Ismail, sumbangan lain juga boleh disalurkan jika seandainya masyarakat Islam di sini tidak mahu menjalankan ibadah korban.

Ia boleh dilakukan dengan amal jariah sampingan - menyumbang pada Wakaf Kebajikan Pusat Pendidikan El-Ajyal ($100) yang sentiasa mengadakan kelas pengajian harian secara beryuran dan percuma kepada warga emas dan masyarakat Islam setempat.

Ia juga untuk mereka yang kurang berkemampuan untuk mendalami pengajian Islam di pusat pengajiannya di Centropod Di Changi Road.

Selain daripada itu Wakaf Ubah Elok Pembangunan Pesantren dan Musola serta Pembangunan Pusat Tahfiz serta Wakaf Tanah Perkuburan di dua negara tersebut ($100).

Wakaf senaskhah Al-Quran untuk di hadiahkan ke masjid-masjid dan musola serta pusat-pusat tahfiz ($30); wakaf tempat mandi/perigi ($600) di Kemboja dan Indonesia; fidyah puasa sehari ($2); tahlil arwah dengan satu nama arwah ($5); dan jamuan satu set buat fakir miskin ($50); Sumbangan Ihsan Palestin $50 satu nama.

Pusat Darul Ajyal & Services juga menganjurkan kuliah dan kursus imam dan muadzzin efektif dan beberapa pengajian Islam di masjid-masjid Singapura dan luar negara.

Khidmat perundingan serta sedekah dan wakaf serta khidmat rawatan rukyah turut disediakan di Singapura dan luar negara serta khidmat pengurusan jenazah setempat.


BUTIRAN

  • Pejabat Darul Ajyal & Services terletak di 80 Changi Road, #05-06, Centropod, Singapore 419715.
  • Sila hubungi talian 6822-7964 atau 9784-7964 untuk membuat tempahan pakej '7 dalam 1' bagi ibadah korban, wakaf dan amal atau sumbangan lain.
  • Anda juga boleh menghubungi wakil-wakil lain: Ustaz Md Yazid (9637-7591); Ustazah Nisha (9338-0533); Haji Masri (9639-0313); Cik Fazlinah (9457-1390); Encik Safri (9621-1965) atau Encik Fazli (8686-5279).
  • Bayaran melalui PayNow: 9784-7964 atau pemindahan wang melalui bank, POSB Saving: 024-50506-5 atau UOB Current Account: 3643 0432 52 atau melalui cek atas nama: Darul Ajyal & Services dan butirannya melalui WhatsApp.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3