Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Keluaran Khas Maulidur Rasul SAW 1443H

Beraneka program pertingkat cinta kepada Rasulullah

Oct 22, 2021 | 05:30 AM



MASJID AL-AMIN



MEMBAWAKAN tema 'Semarak Cinta Rasul Cinta Masjid', Masjid Al-Amin menganjurkan pelbagai program menarik untuk meningkatkan rasa cinta umat Islam terhadap pemimpin agung sepanjang zaman ini iaitu Nabi Muhammad saw.



Ketua Unit Pembelajaran Islam Masjid Al-Amin, Ustaz Muhammad Syafiee Mohamed Hassan menjelaskan, sempena dengan kelahiran Baginda ini, pihak masjid ingin menjemput lebih ramai lagi jemaah untuk makmurkan lagi masjid.



Selain itu, banyak lagi program menarik yang telah disediakan untuk orang ramai mengikutinya.



Antaranya adalah acara High Tea Amal Virtual dan majlis deklamasi sajak.



"Acara High Tea Amal Virtual adalah forum untuk Muslimah yang bakal berlangsung secara dalam talian. Program ini bertujuan menekankan bahawa Rasulullah turut memberi perhatian kepada kaum wanita dalam pembangunan umatnya dan bagaimana masjid juga dijadikan sebagai platform komunikasi dengan wanita.



"Terdapat juga aktiviti seperti kuiz, majlis deklamasi sajak dan siri kuliah yang berkaitan dengan Maulidur Rasul. Kami turut mengadakan webinar berkenaan strategi Rasulullah menangani krisis ekonomi dan banyak lagi. Semua aktiviti yang dianjurkan bukan saja untuk menyemarakkan cinta kepada Rasul, tetapi juga untuk mengajak orang ramai ke masjid, walaupun secara maya," kata Ustaz Muhammad Syafiee.



Acara gah High Tea Amal Virtual ini akan menampilkan dua ahli panel forum iaitu Ustazah Dr Sakinah Saptu dan Ustazah Liyana Musfirah. Acara ini juga akan dipengerusikan oleh mantan pengacara televisyen setempat, Cik Ainah Embit.



Menurut Cik Ainah, program menjadi moderator dan mengambil bahagian bagi acara dalam maya merupakan pengalaman baru baginya.



"Ini adalah kali pertama saya menjadi moderator bagi program minum petang secara maya. Tetapi, ia dilihat sebagai satu inisiatif masjid yang sangat baik di musim pandemik ini. Demi kebaikan dan manfaat bersama, saya sangat berbesar hati untuk terlibat dalam program High Tea Amal Virtual ini.



"Program ini akan membincangkan tajuk 'Kelembutan Yang Menggegarkan Dunia'. Kami ingin mengajak Muslimah untuk memanfaatkan nikmat yang diberi oleh Allah swt kepada kaum wanita, yang tidak diberikan kepada kaum lelaki. Nikmat ini mencorak dan mampu menggegarkan dunia. Nikmat apa? Jom, sertai High Tea Amal Virtual untuk mendengar kupasan lanjut tentang nikmat tersebut.



"Program ini pasti memberi manfaat ilmu dan kesan positif kepada peserta. Sebaik sahaja anda mempunyai ilmu, insya-Allah, anda boleh menguruskan cabaran hidup dengan baik kerana anda adalah tangan yang menggoncangkan dunia," jelas Cik Ainah.



Program High Tea ini juga merupakan peluang terbaik untuk para Muslimah menyumbang kepada Masjid Al-Amin secara santai.



"Sebagai Muslimah, kita juga mempunyai peranan untuk menyokong aktiviti masjid. Tambahan pula, masjid memerlukan suntikan dana untuk membaik pulih serta meningkatkan keperluannya. Justeru, ayuhlah bersama-sama mengumpul saham akhirat dan tinggalkan yang terbaik untuk generasi masa hadapan," sambung Cik Ainah lagi.



High Tea Amal Virtual akan berlangsung melalui Zoom pada 30 Oktober ini dari 3 hingga 5 petang. Acara terhad untuk 100 peserta Muslimah sahaja. Sumbangan sebanyak $50 dikenakan kepada setiap seorang. Ia termasuk jamuan istimewa yang akan dihantar ke rumah peserta.




“Kami ingin mengajak Muslimah untuk memanfaatkan nikmat yang diberi oleh Allah swt kepada kaum wanita, yang tidak diberikan kepada kaum lelaki. Nikmat ini mencorak dan mampu menggegarkan dunia. Nikmat apa? Jom, sertai High Tea Amal Virtual untuk mendengar kupasan lanjut tentang nikmat tersebut. Program ini pasti memberi manfaat ilmu dan kesan positif kepada peserta. Sebaik sahaja anda mempunyai ilmu, insya-Allah, anda boleh menguruskan cabaran hidup dengan baik kerana anda adalah tangan yang menggoncangkan dunia.’’
– Cik Ainah Embit.




CARA MENYUMBANG



- Derma boleh dilakukan melalui pemindahan wang ke akaun semasa DBS dengan nombor 012-009859-6 atau Paynow UEN No: S91MQ0008B001.



- Masyarakat juga boleh menyampaikan derma secara langsung ke masjid (waktu pejabat) atau dari rumah dengan menghubungi 6272-5309.



- Sila lungsuri https://alaminmosque.mimbar.sg/organization/168?p=infaq untuk menghulurkan infaq atau wakaf anda ke Masjid Al-Amin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >