Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Berani buka kafe baru walau sedar Covid-19 ancam niaga

Sep 19, 2021 | 05:30 AM



Covid-19 tidak mematahkan semangat beberapa pemilik syarikat makanan dan minuman (F&B) untuk meluaskan cawangan mereka kerana mereka masih melihat peluang perniagaan. Meskipun demikian, ketidaktentuan yang disebabkan wabak ini juga memaksa beberapa peniaga tutup kedai. Apa yang mendorong mereka mengambil keputusan itu? BERITA MINGGU melaporkan.



APABILA beberapa kafe dan restoran ditutup akibat pandemik Covid-19, pemilik kafe Royz Et Vous, Cik Widyanty Mohd Yusope, memberanikan diri untuk membuka sebuah kafe baru yang dikhususkan menjual pankek.



Sebanyak $250,000 dilaburkan dalam Pancake Place by Royz Et Vous, yang merupakan kafe keempat milik beliau, yang baru dibuka awal bulan ini.



Seorang lagi peniaga, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Singapore Hospitality Group, Encik Ali Abbas, membuka restoran baru Royal Palm Meat & Dine di Village Hotel Bugis dengan pelaburan $100,000.



Sedang sebilangan perniagaan makanan dan minuman (F&B) yang lain 'ikat perut' bagi menampung tempoh sukar semasa wabak ini, para peniaga ini menghidu peluang perniagaan dan mengorak langkah memperkenalkan konsep perniagaan baru.



Perangkaan Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra) menunjukkan sebanyak 44,317 entiti baru dibentuk antara Januari dengan Ogos tahun lalu.



Ia lebih banyak berbanding 33,230 entiti yang ditutup bagi tempoh yang sama.



Malah, satu laporan firma runding cara hartanah Knight Frank menunjukkan sekurang-kurangnya 1,000 perniagaan F&B dibuka setiap bulan secara purata dari Jun tahun lalu hingga Jun tahun ini.



"Kita di Singapura beruntung mempunyai pemerintah yang dapat menguruskan pandemik dengan cemerlang dan mempunyai kadar suntikan vaksin yang antara yang tertinggi di dunia.



"Kami memutuskan membuka kafe baru kerana kami mempunyai keyakinan penuh pemerintah dalam menguruskan krisis pandemik ini serta galakan melalui skim-skim sokongan perniagaan seperti Skim Bantuan Pekerjaan (JSS), skim Sokongan Pertumbuhan Pekerjaan dan Pelepasan Sewa setiap kali langkah mengetatkan langkah keselamatan Covid-19 dilaksanakan.



"Tambahan pula, kami merasakan terdapat ruang bagi mempunyai kafe menjual pankek halal yang kreatif di Singapura,'' kata Cik Widyanty mengenai kafe terbarunya yang terletak di 56 Kandahar Street di Kampong Glam.



Beliau menjual 14 jenis pankek yang disasarkan bagi pelanggan umum.



Tiga lagi kafe beliau merupakan kafe menjual makanan Barat Royz Et Voud di 137 Telok Ayer Street dan 37 Sultan Gate, serta IndoBowl di 39 Sultan Gate.



Dengan sekatan langkah jarak selamat, tempat duduk di kafe terbaru boleh menampung hanya 35 orang secara maksimum, berbanding 50 jika tiada sekatan dikenakan.



Menurut Cik Widyanty, beliau bersyukur mempunyai pasukan yang baik dan tidak banyak isu dengan pekerjanya.



"Kami rasa perlu mewujudkan sekitaran niaga yang gembira yang memberikan kelonggaran dan membayar kadar gaji mengikut pasaran yang sewajarnya untuk kekalkan pekerja,'' tambahnya.



Berdasarkan pengalamannya, tiga kos utama ialah kos gaji pekerja, kos bahan makanan dan sewa.



Beliau akur kebanyakan F&B terjejas dengan pendapatan penjualan yang turun mendadak akibat sekatan dikenakan kerana wabak seperti bilangan pelanggan yang menjamu selera yang terhad.



Kos bahan makanan harus merosot sejajar dengan pendapatan yang berkurangan (kerana bilangan pelanggan berkurangan). Harga sewa adalah kos tetap dan jika selepas mengurangkan pekerja, pendapatan penjualan masih tidak boleh menampung kos, huraiannya adalah menutup kedai dan kurangkan kerugian, tambahnya.



Ia terpaksa dilakukan kecuali seseorang itu mempunyai simpanan yang banyak dan boleh menampung perbelanjaan buat masa ini.



Bagi Encik Ali, yang juga memiliki restoran The Landmark dan Royal Palm, beliau memperkenalkan restoran baru itu bagi menyokong perniagaan restoran miliknya yang lain yang terjejas dengan Covid-19.



Perniagaan restoran bufet seperti yang ditawarkan di The Landmark, amat terjejas dan masih susut 70-80 peratus dengan peraturan yang perlu dituruti akibat Covid-19.



Ini kerana pelanggan tidak dapat menikmati persekitaran bufet sebenar dengan mereka bebas mengambil apa sahaja makanan yang diinginkan.



"Oleh kerana strategi lama tidak boleh dipakai, saya memperkenalkan strategi baru di Royal Palm Meat & Dine yang menyediakan bufet high tea mewah yang dihidangkan kepada pelanggan. Dalam sekitaran ini, pelanggan masih mendambakan konsep baru yang menyegarkan,'' kata beliau.



Ia menawarkan daging wagyu, makanan laut, kaviar dan shawarma.



Sejauh ini, konsep bagi bufet high tea dari 12 tengah hari hingga 6.30 petang disambut baik, dengan Jumaat dan hujung minggu sudah laris ditempah.



"Membuka perniagaan baru dalam wabak ini juga menelan kos lebih rendah mungkin sekitar 20 peratus berbanding sebelum Covid. Ini kerana barang-barang seperti membeli perabot dan pinggan mangkuk adalah lebih rendah,'' kata Encik Ali lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >