Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Beri anak ruang kejar impian, minat sendiri

Nov 09, 2020 | 05:30 AM



RAMAI yang mempersoalkan keputusan Encik Noorhimli Ali dan Cik Faridah Ahmad apabila mendapat tahu bahawa tiga daripada anak mereka menjalani kursus dalam bidang seni.



Pertanyaan yang biasa diterima termasuk sama ada bidang tersebut mempunyai masa hadapan yang cerah serta mengapa mereka tidak mendorong anak-anak ke arah laluan yang lebih mainstream.



Namun, bagi pasangan tersebut dorongan yang dapat diberikan kepada anak-anak mereka untuk mengejar impian serta minat lebih utama.



Tiga anak mereka, Safiah, Maryam dan Sarah, telah menjalani program di Sekolah Seni Singapura (SOTA) dan kini melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati masing-masing di institut pengajian tinggi dalam dan luar negara.



Pasangan tersebut percaya apabila anak-anak mendalami kursus yang dipilih sendiri dan diminati, mereka akan meraih lebih banyak manfaat berbanding jika 'dipaksa' ke arah laluan sistem pendidikan yang biasa.



Cik Faridah, seorang guru bahasa Inggeris, berkata: "Dengan mengikut laluan SOTA, mereka dapat membentuk laluan sendiri berdasarkan impian mereka, bukan hanya mengikut 'acuan' sedia ada."



Encik Noorhimli menambah beliau ingin anak-anaknya mempunyai ruang untuk meneroka dan mendalami minat sendiri tanpa gangguan.



Dua anak mereka yang lain juga telah menuruti minat mereka sendiri; anak sulung mereka merupakan seorang peguam, manakala anak bongsu lelaki lebih tertarik kepada sukan.



"Semua orang mempunyai minat serta pandangan yang berbeza dalam melihat dunia sekeliling mereka, dan sebagai ibu bapa penting untuk memberi ruang di mana mereka dapat berkembang dan membina keperibadian sebagai individu," ujar jurulatih kepimpinan dan pasaran.



Anak sulung mereka, Cik Safiah, 22 tahun, kini menuntut di Universiti Nasional Singapura (NUS) dalam kursus Seni Bina selepas menjalani program Seni Visual di SOTA selama enam tahun.



Katanya, minat melukis memang wujud dalam dirinya sejak di peringkat sekolah rendah dan beliau menghargai usaha ibu bapanya dalam memperkembangkan lagi minat tersebut.



"Program di SOTA juga bukan hanya tertumpu kepada kesenian tetapi ia juga menerapkan kemahiran penting seperti daya pemikirian kritikal yang mendorong saya untuk mendalami pengetahuan dan teori seni," ujarnya.



Cik Safiah berazam untuk menyumbang kepada perkembangan seni bina Islam di mana ciri-ciri Islamik diterapkan dalam reka bentuk bangunan.



Cik Sarah, 19 tahun, pula teruja melihat kakaknya yang bersemangat mengejar impian dan telah memilih kursus yang sama di SOTA dalam Seni Visual.



Beliau yang kini melanjutkan pelajaran di Maktab Seni Lasalle dalam kursus Seni Halus berkata pengalamannya di SOTA membantu meningkatkan keyakinan diri dan juga keberaniannya keluar daripada zon selesa.



"Pada saya, seni merupakan wadah untuk memahami dunia di sekeliling kita.



"Sekarang ramai hanya tertumpu kepada usaha untuk dapatkan kerja, tapi pada saya kehidupan lebih daripada itu," ujarnya.



Kakaknya, Cik Maryam, pula telah menjalani kursus teater di SOTA dan kini melanjutkan pelajaran di England dalam jurusan yang sama.



Menyampaikan hasratnya untuk menyumbang kepada arena seni teater di Singapura, Cik Maryam berkata:



"Impian saya adalah untuk membina tadika untuk anak-anak Melayu/Islam di mana mereka boleh teroka minat dalam bidang seni sejak usia kecil lagi, tidak kira latar belakang mereka.



"Saya ingin mewujudkan peluang untuk lebih ramai anak muda mendapatkan pendedahan terhadap seni dan meneroka minat mereka."




" Dengan mengikut laluan SOTA, mereka dapat membentuk laluan sendiri berdasarkan impian mereka, bukan hanya mengikut 'acuan' sedia ada.
- Cik Faridah Ahmad.



Semua orang mempunyai minat serta pandangan yang berbeza dalam melihat dunia sekeliling mereka, dan sebagai ibu bapa penting untuk memberi ruang di mana mereka dapat berkembang dan membina keperibadian sebagai individu.
- Encik Noorhimli Ali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >