Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MERANCAKKAN LAGI KAWASAN GEYLANG SERAI

Tanjong Katong Complex diberi 'nafas baru' jelang 2026

Lebih banyak ruang runcit, pilihan F&B lebih luas, ruang bagi kegiatan masyarakat dan kemudahan dan khidmat lebih baik selepas projek naik taraf tiga tahun
Dec 09, 2021 | 05:30 AM



PARA pengunjung ke bangunan Tanjong Katong Complex (TKC) yang dinaik taraf boleh menjangkakan lebih banyak ruang runcit, pilihan makanan dan minuman (F&B) lebih luas, ruang bagi kegiatan masyarakat dan kemudahan dan khidmat lebih baik.



Apabila siap menjelang Julai 2026, TKC akan juga menjadi bangunan kontemporari, yang masih mengekalkan ciri ikoniknya, akan mempunyai rangkaian hubungan lebih baik dengan kemudahan berdekatan, menurut Penguasa Tanah Singapura (SLA), yang memantau TKC sebagai hartanah milik pemerintah.



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), SLA berkata kerja-kerja naik taraf itu akan bermula dari Ogos 2023 dan dijangka berakhir menjelang Julai 2026.



"SLA sedar bahawa TKC mempunyai tempat istimewa dan unik di Singapura dan maklum balas awam menunjukkan (bangunan) TKC yang ikonik perlu dikekalkan. TKC yang dinaik taraf akan menambah kerancakan di kawasan itu dan menjadikan Geylang Serai sebagai kawasan budaya bagi masyarakat dan rakyat Singapura. Penduduk dan masyarakat boleh melihat pembangunan yang dibaik pulih yang mempunyai lebih banyak ruang runcit, plihan F&B dan kemudahan dan perkhidmatan lebih baik,'' kata ketua eksekutif SLA, Encik Colin Low, dalam kenyataan SLA, semalam.



SLA memberitahu BH bahawa selepas kerja-kerja naik taraf itu, ruang keluasan lantai kasar (GFA) dijangka bertambah sekitar 20 peratus. Ketika ini, GFA TKC adalah sekitar 19,000 meter persegi.



Bangunan TKC itu merupakan kompleks beli-belah berhawa dingin pertama yang dibangunkan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada 1984. SLA telah menguruskan TKC sejak Mac 1998.



Sejak dibangunkan, TKC belum lagi menjalani kerja-kerja peningkatan besar dan sistem mekanikal dan elektrik perlu diperbaru.



Dalam merancang kerja-kerja naik taraf ini, SLA telah mengambil kira maklum balas masyarakat yang diperolehi dari Oktober 2019 hingga Januari 2020 bagi kawasan budaya Geylang Serai.



Menurut SLA, maklum balas itu termasuk langkah mengekalkan bangunan itu memandangkan kaitan rapat masyarakat dengan TKC serta nilai-nilai warisannya.



Kerja-kerja naik taraf itu amat bertepatan bagi bangunan itu yang diperbaru dan diberi 'nafas baru' bagi melengkapi bangunan baru di sekitarnya seperti Wisma Geylang Serai (WGS) dan pusat beli-belah Paya Lebar Quarter (PLQ).



Ia merupakan sebahagian usaha merombak Geylang Serai sebagai jalur budaya Melayu seperti diumumkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam Rapat Hari Kebangsaan 2018.



Jalur itu merangkumi kawasan TKC hingga Kelab Masyarakat (CC) Kampong Ubi, iaitu sepanjang Geylang Road dan Sims Avenue.



Dalam pada itu, SLA telah bertemu dengan para penyewa untuk memaklumkan kerja-kerja naik taraf itu semalam.



Tempoh sewa 106 penyewa TKC itu sepatutnya berakhir 31 Disember 2022.



Namun, SLA menyatakan ia memahami kesukaran dihadapi para penyewa sejak dua tahun lalu disebabkan Covid-19.



"Oleh itu, SLA diberi tempoh lanjutan sewa selama enam bulan sehingga 30 Jun 2023 agar mereka boleh memanfaatkan penjualan Hari Raya pada April 2023,'' ujar SLA.



Notis awal selama satu setengah tahun ini akan memberikan penyewa masa untuk membuat rancangan pemindahan, tambah SLA.



Oleh kerana kerja-kerja naik taraf dijangka bermula pada separuh kedua 2023, SLA berkata tidak ada lanjutan sewa bagi para penyewa selepas 30 Jun 2023.




''SLA sedar TKC mempunyai tempat istimewa dan unik di Singapura dan maklum balas awam menunjukkan TKC yang ikonik perlu dikekalkan. TKC yang dibaik pulih akan menambah kerancakan di kawasan itu dan menjadikan Geylang Serai sebagai kawasan budaya bagi masyarakat dan rakyat Singapura.''
- Ketua eksekutif SLA, Encik Colin Low.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >