Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Robinsons hutang $31.7 juta dengan 440 kreditor

Mesyuarat dalam talian dengan para kreditor bakal diadakan pada 26 November
Nov 19, 2020 | 05:30 AM



ROBINSONS, gedung setempat yang bakal menutup dua cawangan terakhirnya, berhutang kepada lebih 440 kreditor dengan nilai hutang sekurang-kurangnya $31.7 juta.



Dalam satu notis yang dikeluarkan kepada kreditor bertarikh 13 November, penyelesai hutang-piutang sementara,KordaMentha, berkata satu mesyuarat dalam talian dengan para kreditor akan diadakan pada 26 November pada 2 petang.



Sebuah jawatankuasa pemeriksaan yang tidak melebihi lima anggota akan dilantik semasa mesyuarat itu dan kreditor akan menerima satu kenyataan mengenai ehwal syarikat, menurut notis itu yang dikeluarkan secara awam oleh penyelesai hutang-piutang sementara, lapor The Straits Times.



Dalam kalangan 442 kreditor yang disenaraikan sehingga 29 Oktober, menurut rekod pengurusan adalah syarikat tilam seperti Simmons, Sealy, Serta dan Tempur.



Peruncit dan perniagaan lain yang dinamakan sebagai kreditor termasuk jenama kosmetik Estee Lauder, Elizabeth Arden dan Clarins, sementara jenama tempatan seperti jenama fesyen Klarra dan Ette Tea.



Kreditor lain yang turut dinamakan ialah Persatuan Perniagaan Orchard Road, Singapore Press Holdings dan Singtel.



Pada 30 Oktober, Robinsons berkata ia telah memutuskan untuk menutup gedungnya di Heeren dan Raffles City disebabkan faktor seperti citarasa pengguna yang berubah dan tekanan kos seperti sewa.



Penyelesai hutang-piutang sementara, KordaMentha, akan mengawal aset Robinsons dan menilai pilihan bagi merealisasikan nilai agar dapat memberikan pulangan maksimum kepada para kreditor.



Pihak kreditor mempunyai sehingga 4 petang pada 25 November untuk memberikan bukti hutang dan borang proksi kepada penyelesai hutang-piutang sementara untuk layak membuang undi semasa mesyuarat berkenaan.



Mereka yang ingin menghadiri mesyuarat tersebut perlu juga menghantar e-mel kepada penyelesai hutang-piutang sementara di robscreditors@kordamen- tha.com.



Robinsons, antara gedung runcit paling lama di Singapura dengan perniagaan selama 162 tahun, akan ditutup berikutan kerugian sejak beberapa tahun lalu.



Menurut satu kenyataan Robinsons, keputusan penutupan dibuat selepas kedai itu "tidak mampu meneruskan operasi ekoran permintaan lemah di kedai gedung".



Trend lebih ramai orang membeli-belah dalam talian dan permintaan lebih rendah bagi khidmat di kedainya adalah sebab penjualan runcit semakin merosot - satu masalah yang diburukkan lagi oleh pandemik koronavirus.



Operasi runcit rangkaian itu telah dibeli oleh syarikat berpangkalan Amiriah Arab Bersatu, Al-Futtaim Group, pada 2008 dengan harga $600 juta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >