Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA S'PURA LONGGARKAN SEKATAN COVID-19

'Keselamatan, kesihatan pekerja harus kekal diutama'

Pemerhati industri: Harus fikir cara terap teknologi dan langkah inovatif untuk manfaat tenaga kerja sepenuhnya
Mar 26, 2021 | 05:30 AM



KESELAMATAN dan kesihatan pekerja harus kekal menjadi keutamaan bagi majikan meskipun bekerja dari rumah tidak lagi menjadi pilihan utama, kata para pemerhati industri.



Menurut mereka, syarikat-syarikat juga boleh memikirkan cara menerapkan teknologi dan langkah inovatif dalam memanfaatkan tenaga kerja sepenuhnya.



Mulai 5 April, sehingga 75 peratus kakitangan boleh kembali ke tempat kerja pada satu-satu masa, berbanding 50 peratus buat masa ini, manakala sekatan yang memerlukan kakitangan bekerja dari rumah untuk sekurang-kurangnya separuh daripada masa bekerja, akan ditarik balik.



Garis panduan terkini itu dibuat berikutan semakan yang dijalankan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Nasional Singapura (Snef).



Memberikan pandangannya, Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Farid Khan, berkata dewan menggalak perniagaan supaya terus mendapatkan maklumat terkini dan memastikan aturan di tempat kerja mematuhi langkah pengurusan keselamatan yang terkini.



"Tahun lalu telah menyaksikan perubahan signifikan dalam bentuk kerja, dan syarikat harus meneroka bagaimana untuk menerapkan teknologi agar dapat memanfaatkan sepenuhnya tenaga kerja mereka, tidak kira di mana mereka berada.



"Dengan lebih banyak pekerja kembali ke tempat kerja, adalah menjadi tanggungjawab bersama majikan memastikan semua mematuhi langkah yang dilaksanakan dalam menyediakan sekitaran bekerja yang selamat untuk semua," jelas beliau.



Melahirkan sentimen serupa, pengarah eksekutif SNEF, Encik Sim Gim Guan, berkata:



"Pada masa yang sama, majikan harus dapat memperkenalkan aturan kerja inovatif yang memadankan tuntutan perniagaan dengan keperluan pekerja.



"Ini akan membolehkan pekerja kekal kompetitif dan mengekalkan pelaksanaan aturan kerja fleksibel dalam ekonomi pasca Covid-19," katanya.



Perubahan lain di bawah semakan itu termasuk aturan pasukan berasingan juga tidak lagi wajib, tetapi syarikat boleh meneruskan aturan sedemikian demi tujuan kesinambungan perniagaan.



Majikan juga digalak mengaturkan waktu mula bekerja yang berlainan untuk pekerja dan melaksanakan waktu bekerja fleksibel.



Ketua Pegawai Eksekutif SSA Group, Encik Suhaimi Salleh, berkata ia satu perkembangan menggalakkan yang mencerminkan suasana kerja akan pulih seperti sediakala dan yakin ada pekerjanya yang gembira dengan berita itu kerana bekerja dari rumah mungkin tidak begitu sesuai dengan mereka.



"Kami telah beroperasi dengan 50 peratus kakitangan bekerja dari rumah sejak peraturan ini diperkenalkan.



"Keutamaan kami kini ialah memastikan para pekerja dapat tetap bekerja dengan selamat walaupun ada lebih ramai pekerja di pejabat. Jika ada pekerja yang tidak begitu sihat, mereka harus bekerja dari rumah," terang beliau yang menggajikan lebih 110 pekerja.



Menurut Encik Suhaimi, penyesuaian juga perlu dibuat memandangkan bekerja dari rumah sudah menjadi norma sejak setahun lalu.



"Kemungkinan ada kakitangan kami akan menghadapi masalah menyesuaikan diri serta rutin-rutin mereka mengikut keadaan yang baru ini.



"Kami perlu fleksibel dan ada sikap memahami akan penyesuaian yang perlu dilakukan oleh mereka, lebih-lebih lagi dalam menangani masalah penjagaan orang tua dan anak-anak serta pengurusan rumah tangga yang mereka dapat lakukan semasa bekerja dari rumah," tambahnya.



Bagi sesetengah majikan seperti Encik Fazli Mansor, pengasas bersama ISGN Ventures Pte Ltd, beliau merancang untuk meneruskan aturan bekerja dari rumah.



"Sebagai sebuah syarikat kecil, saya menyambut baik lebih ramai pekerja balik ke tempat dan tidak perlu ada pasukan berasingan.



"Ini akan memberikan kami fleksibiliti untuk mengadakan mesyuarat secara bersemuka dalam jabatan berlainan.



"Tetapi kami akan terus membenarkan bekerja dari rumah seberapa banyak yang boleh memandangkan banyak tugasan kami dibuat dalam talian," tambahnya.



Sementara itu, timbalan setiausaha agung, NTUC, Cik Cham Hui Fong, berkata NTUC akan bekerjasama dengan syarikat untuk memastikan peralihan kepada aturan kerja baru dirancang dengan baik dan disampaikan kepada pekerja dengan jelas.




... majikan harus dapat memperkenalkan aturan kerja inovatif yang memadankan tuntutan perniagaan dengan keperluan pekerja. Ini akan membolehkan pekerja kekal kompetitif dan mengekalkan pelaksanaan aturan kerja fleksibel dalam ekonomi pasca Covid-19."
- Encik Farid Khan, Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).



"Sebagai sebuah syarikat kecil, saya menyambut baik lebih ramai pekerja balik ke tempat kerja dan tidak perlu ada pasukan berasingan...

Tetapi kami akan terus membenarkan bekerja dari rumah seberapa banyak yang boleh memandangkan banyak tugasan kami dibuat dalam talian."

- Encik Fazli Mansor, pengasas bersama ISGN Ventures Pte Ltd. 



"Kemungkinan ada kakitangan kami akan menghadapi masalah menyesuaikan diri...

Kami perlu fleksibel dan ada sikap memahami akan penyesuaian yang perlu dilakukan oleh mereka, lebih-lebih lagi dalam menangani masalah penjagaan orang tua dan anak-anak serta pengurusan rumah tangga yang mereka dapat lakukan semasa bekerja dari rumah."

- Encik Suhaimi Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif SSA Group.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >