ADA kelainan besar pada usaha mengadakan kongres ketiga persuratan Melayu, kenang Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad atau Cikgu Ariff.
"Pada 2 Januari 1954, Kongres Persuratan Melayu Malaya (KPMM) Kedua telah memutuskan supaya kesusasteraan Melayu di Malaya diperkembang dengan tulisan Rumi," ceritanya.