Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU

Bersedekah dengan harta yang disayangi untuk masjid

Feb 25, 2022 | 05:30 AM



BULAN Rejab yang mulia ini datang dengan mengingatkan kita tentang peristiwa Israk dan Mikraj. Di sana, Allah swt telah menghadiahkan sesuatu yang sangat istimewa, itulah ibadah solat yang agung. Solat merupakan salah satu rukun Islam, dan ia diletakkan setelah dua kalimah syahadah. Beginilah perkongsian oleh Penolong Ketua bahagian Dakwah, Masjid Alkaff Kampung Melayu, Ustaz Sheikh Umar Abdul Aziz.



Dalam hadis riwayat Imam Muslim, Baginda saw bersabda:



"Islam itu dibina atas lima perkara iaitu: bersaksi bahawa tiada sesembahan yang berhak disembah kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadan."



Antara keistimewaan solat, Baginda saw ketika menerima perintah solat, perintah itu diberikan langsung oleh Sang Pencipta, tanpa perantaraan Jibril as seperti ibadah yang lain, dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Disebabkan itu, Baginda sangat menitikberatkan solat, bahkan ia merupakan ibadah pertama yang akan diperhitung pada hari akhirat kelak.



Dalam sebuah hadis riwayat Imam Abu Daud, Baginda saw bersabda:



"Sesungguhnya amal seorang hamba yang pertama sekali akan dihitung pada hari kiamat ialah solatnya. Apabila solatnya baik, dia akan beruntung dan mendapat keselamatan. Dan apabila solatnya rosak, dia akan menyesal dan mendapat kerugian."



Sekiranya kita merenung sejenak, sudahkah kita berusaha agar solat yang dikerjakan selama ini layak dilihat Allah swt sebagai solat yang baik? Seorang yang beriman pasti berusaha memperbaiki solatnya.



Ada berita baik bagi golongan ini, kerana sambungan daripada hadis riwayat Imam Abu Daud itu dapat memberi semangat. Baginda bersabda:



"Jika ada yang kurang daripada solat wajibnya, Allah Tabaraka wa Ta'ala mengatakan, 'Lihatlah apakah hambaku ini memiliki amalan solat sunah?' Maka solat sunahnya itu akan menyempurnakan solat wajibnya yang kurang. Begitu juga amalan lainnya (dihitung) seperti itu."



Dalam riwayat lainnya:



"Kemudian zakat akan (diperhitung) seperti itu. Kemudian amalan lainnya akan dihitung seperti itu juga."



Besar manfaat bagi seorang yang menjaga solatnya, kerana dia sebenarnya telah menjaga agamanya dengan baik. Solat yang dikira baik ialah apabila ia dikerjakan dengan hati yang khusyuk dan penuh rendah diri di hadapan Allah swt. Dalam keadaan itu, ia dapat menjadi solat yang mencegahnya daripada melakukan kemungkaran. Firman Allah swt dalam Surah Al-'Ankabut ayat 45 yang bermaksud:



"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada Al-Quran dan dirikanlah solat (dengan tekun); Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."



Baginda saw juga, melalui riwayat Imam Ibnu Majah, pernah memberi penekanan agar hadirkan rasa khusyuk dengan bersabda:



"Apabila kamu berdiri untuk mengerjakan solat, maka solatlah seumpama solat lambaian selamat tinggal".



Di sini, ertinya supaya anggaplah solat yang akan didirikan itu adalah yang terakhir. Seakan berpisah buat selama-lamanya.



Sekiranya kita memberikan penghayatan pada usia yang Allah berikan. Keberadaan kita di dunia ini ada tarikh luputnya, namun ia tidak diketahui. Dan bukan matlamat kehidupan memiliki usia yang panjang atau selama-lamanya. Akan tetapi matlamat kita adalah apa yang digambarkan pada awal ayat 1 dan 2 Surah Al-Mu'minun iaitu mendapatkan Syurga Firdaus yang tertinggi:



"Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya."



Dan pada ayat ke 11:



"... yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya."



Sering kali juga perintah solat disebut seiringan dengan perintah menunaikan zakat. Solat memelihara perhubungan dengan Allah swt, manakala zakat pula memelihara perhubungan sesama manusia.



Membelanjakan sebahagian daripada harta yang dikurniakan-Nya pada jalan kebajikan dapat mendidik jiwa kita. Berkongsi dan memberi tidak pernah rugi. Terlebih lagi apabila kita sumbangkan pada rumah ibadah seperti Masjid Alkaff Kampung Melayu, yang sedang giat berusaha mengumpulkan Dana Peningkatan bagi kemudahan jemaah yang datang ingin menunaikan ibadah.



Masjid Alkaff Kampung Melayu juga merancang menyediakan binaan yang akan memberi kemudahan kepada jemaah yang datang dengan berkerusi roda atau alat bantuan mobiliti peribadi seperti membina tanjakan (ramp), dan juga pembinaan lif bagi memudahkan jemaah menuju tingkat dua dan tiga masjid.



Semoga sumbangan yang diberikan, sokongan yang berterusan dan doa yang tidak putus-putus daripada masyarakat, dapat disempurnakan usaha murni masjid.



Baginda saw bersabda:



"Barangsiapa yang mendirikan masjid kerana Allah swt (dengan keikhlasan - tidak mengharapkan ganjaran selain daripada Allah) maka Allah akan mendirikan baginya rumah di Syurga". (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)



Doa kami sekalian warga masjid, moga Allah sediakan rumah di syurga bagi setiap mereka yang menyumbang pada Dana Peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu.




CARA HULUR DERMA



Cara menderma untuk Dana Peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu.



  • Pemindahan bank - OCBC: 581-608668-001.

Sila nyatakan "Dana Peningkatan" di bahagian "Add Reference No." atau "Bill Reference No." dan e-mel tangkap layar transaksi anda kepada finance@alkaffkm.mosque.org.sg



  • Melalui cek atas nama LPM ALKAFF KG MELAYU.

Sila nyatakan "Dana Peningkatan", nama, alamat dan nombor telefon anda di belakang cek dan kirimkan kepada



Masjid Alkaff Kampung Melayu, 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221.



  • PayNow UEN : S94MQ0017D; atau Imbas kod QR yang tertera di galeri.

Sila nyatakan "Dana Peningkatan" di bahagian "Bill Reference No."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >