Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

SARJANA MUDA KEJURUTERAAN SISTEM PESAWAT

Bertekad terbang tinggi capai impian

Nov 02, 2021 | 05:30 AM



Meskipun di tengah-tengah keadaan ekonomi yang mencabar kini, lebih 70 peratus lulusan Institut Teknologi Singapura (SIT) daripada kohort 2021 berjaya mendapatkan pekerjaan. Ini dapat dikecapi dengan sebahagian besarnya ekoran pembelajaran aplikasi SIT serta kurikulumnya yang memberi tumpuan kepada industri. Ia termasuk program pembelajaran pekerjaan bersepadu (IWSP) yang membolehkan pelajar membangunkan keupayaan profesional khusus dalam bidang yang dipilih. BERITA HARIAN sebelum ini mengetengahkan dua lulusan SIT yang tamat pengajian baru-baru ini. Kini kami tampilkan wawancara bersama dua lagi lulusan SIT tahun ini.



MESKIPUN beliau antara sekumpulan pelajar pertama yang menyertai program ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan sistem pesawat di Institut Teknologi Singapura (SIT), Encik Dhanie Ardiyan Suyanto tidak gentar.



Malah, anak sulung dalam keluarga tiga beradik itu memikul tanggungjawab sebagai presiden pertama Jawatankuasa Pengurusan Pelajar Kejuruteraan Sistem Pesawat di universiti itu.



Beliau turut dianugerahkan Biasiswa Jurutera Pesawat Pelatih SIA Engineering Company (SIAEC) semasa pengajiannya.



Encik Dhanie, 25 tahun, yang menerima ijazahnya baru-baru ini kini berkhidmat sebagai Jurutera Pesawat Pelatih di SIAEC.



Menurutnya, beliau terdorong melanjutkan pengajiannya ke menara gading kerana ingin menjadi lulusan universiti pertama dalam keluarganya dan membanggakan orang tua beliau.



Namun, beliau juga ingin meraih pengalaman bekerja sambil mengejar ijazahnya dan ini yang ditawarkan program yang diikutinya di SIT.



"Kerjasama antara SIT dengan SIAEC bagi kursus ini yang mendorong saya mengikuti pengajian ini kerana saya mahu menyertai SIAEC, sebuah syarikat berprestij dalam industri penerbangan, selepas tamat pengajian," ujar bekas pelajar Politeknik Singapura itu.



Dalam peranan kepimpinannya selaku presiden pertama Jawatankuasa Pengurusan Pelajar Kejuruteraan Sistem Pesawat, beliau antara lain menjadi penghubung antara pensyarah dan pengarah programnya di SIT dengan SIAEC untuk menyampaikan maklum balas pelajar serta memainkan peranan utama menjayakan acara Hari Kejuruteraan SIT yang menarik 2,000 pengunjung pada Julai 2019.



Dengan biasiswa yang diterimanya Oktober tahun lalu, tempatnya untuk menyertai SIAEC selepas tamat pengajian terjamin.



Ini memberinya sedikit kelegaan selepas berasa agak bimbang apabila pandemik Covid-19 mula menular tahun lalu.



Pada awalnya, Encik Dhanie risau sukar mendapatkan pekerjaan dalam bidang yang diceburinya itu, memandangkan ketika itu beliau bakal menyertai tenaga kerja tidak lama lagi.



"Saya agak sedih kerana tidak pasti tentang prospek pekerjaan saya dan saya bimbang tidak dapat capai impian saya.



"Ini bermakna saya mungkin harus menyertai industri lain yang sebenarnya saya sudah pun pertimbang ketika itu.



"Apabila saya bercakap dengan ibu bapa saya, ibu berkata rezeki saya sudah pun ditetapkan dan adalah lebih penting saya berusaha sebaik mungkin, berdoa bagi yang terbaik serta yakin dan tawakal," ujarnya.



Kini, beliau sedang menjalani program pelatih di SIAEC yang akan berlangsung selama 28 bulan, di mana beliau akan melalui pelbagai kursus dan pengalaman dengan pesawat.



Selepas selesai latihan nanti, beliau ingin menimba pengalaman bertugas sebagai jurutera pesawat selama sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum mempertimbang pilihan lain seperti memimpin sepasukan jurutera atau mengikuti laluan pengurusan kanan untuk menyumbang kepada pembangunan dan menetapkan hala tuju bagi sektor ini.



Malah dalam jangka masa lebih panjang, anak muda itu juga bercita-cita ingin menyumbang semula kepada sektor itu dan membangunkan bakat muda dengan memainkan peranan sebagai pendidik atau instruktor.




MAHU SERTAI SYARIKAT BERPRESTIJ



"Kerjasama antara SIT (Institut Teknologi Singapura) dengan SIAEC (SIA Engineering Company) bagi kursus ini yang mendorong saya mengikuti pengajian ini kerana saya mahu menyertai SIAEC, sebuah syarikat berprestij dalam industri penerbangan, selepas tamat pengajian."



NAMUN APABILA COVID-19 MELANDA...



"Saya agak sedih kerana tidak pasti tentang prospek pekerjaan saya dan saya bimbang tidak dapat capai impian saya.



Ini bermakna saya mungkin harus menyertai industri lain yang sebenarnya saya sudah pun pertimbangkan ketika itu.



Apabila saya bercakap dengan ibu bapa saya, ibu berkata rezeki saya sudah pun ditetapkan dan adalah lebih penting saya berusaha sebaik mungkin, berdoa bagi yang terbaik serta yakin dan tawakal."
- Encik Dhanie Ardiyan Suyanto, penerima Biasiswa Jurutera Pesawat Pelatih SIA Engineering Company (SIAEC).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >