Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN

Potensi besar di balik awan

'Cloud computing' antara bidang pertumbuhan yang dimajukan usahawan di sebalik kegelapan ekonomi
Mar 14, 2021 | 05:30 AM



Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) telah menunjukkan kepimpinan yang baik dalam kalangan pemimpin mereka yang telah mendakap teknologi dan meluaskan perniagaan mereka di tengah-tengah pandemik Covid-19. Akhbar ini telah melaporkan Presiden DPPMS, Encik Farid Khan yang terlibat dalam perniagaan robotik dalam air. Kali ini dalam ruangan Siri Kepimpinan DPPMS, Berita Minggu (BM) menemu ramah Timbalan Presiden DPPMS, Encik Abu Bakar Mohd Nor, yang terlibat dalam pengkomputeran awan. BERITA MINGGU melaporkan.




MEMBERANIKAN diri untuk meneroka bidang yang semakin berkembang di samping membantu perusahaan setempat untuk memajukan perniagaan mereka.



Itulah pendekatan yang diambil oleh usahawan Melayu setempat, Encik Abu Bakar Mohd Nor, 55 tahun, apabila beliau mula menjinakkan diri dalam bidang pengkomputeran awan atau 'cloud computing'.



Dilihat sebagai teknologi yang kini kerap digunakan dalam kehidupan seharian, ia juga membawa peluang baru kepada syarikat yang mahu mengambil langkah seterusnya dalam mengembangkan perniagaan mereka.



Bidang pengkomputeran awan merupakan proses di mana pengguna akan menggunakan Internet sebagai tempat untuk menyimpan data seperti dokumen, gambar, ataupun video.



Selepas dimuat naik, pengguna kemudian boleh mencapai data-data tersebut dengan menggunakan komputer, telefon bimbit atau alat peranti mudah alih lain melalui sambungan Internet.



Justeru, menerusi syarikat Forward Vision Pte Ltd, Encik Abu Bakar ingin membantu meningkatkan kesedaran mengenai manfaat pengkomputeran awan ini kepada para peniaga di sini.



Pendapatan khidmat pasaran 'cloud' dijangka tumbuh kepada AS$227.9 bilion ($305.45 bilion) tahun ini dari AS$129.4 bilion pada 2018, menurut satu kajian firma penyelidikan antarabangsa Gartner.



Malah, perbelanjaan awam bagi pengkomputeran awan telah meningkat lebih 38 peratus mencapai AS$36.4 bilion tahun lalu di Asia Pasifik, menurut satu lagi kajian oleh IDC Worldwide Public Cloud Services Spending Guide.



"Pengkomputeran awan merupakan satu bidang yang menyediakan pelbagai peluang baru, terutama kepada para peniaga kita yang ingin meningkatkan perniagaan mereka, kerana ia kian sering digunakan.



"Sebagai contoh, kita mempunyai platform seperti Gmail di mana ramai di antara kita lazim menggunakannya untuk menghantar e-mel dan sebagainya.



"Selain daripada itu, kita juga mempunyai iCloud di mana fail-fail atau data-data boleh disimpan menerusi teknologi pengkomputeran awan ini dan boleh diakses dengan mudah," kata pengasas syarikat Forward Vision itu.



Menurut Encik Abu Bakar, yang juga Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), terdapat beberapa faedah dalam menggunakan pengkomputeran awan ini.



Antaranya ia dapat mengurangkan kos operasi selain daripada mempertingkat produktivi sesebuah syarikat.



"Dengan pengkomputeran awan ini, anda tidak terikat dengan rintangan fizikal kerana dengan menyimpan data dalam 'cloud', ia mampu mencipta banyak peluang baru.



"Seperti contoh, bagi sektor pengurusan hubungan pelanggan, sumber manusia (HR), anda boleh menguruskan semua operasi dalaman anda di 'cloud' dan menjadikan tugas anda lebih mudah dan cekap," jelas Encik Abu Bakar lagi.



Di bawah syarikat Forward Vision, terdapat beberapa anak syarikat (Mi Planets Pte Ltd, Edge Networks, Fin (S.E) Asia) serta rakan syarikat (Yellow Leaf, InfoFabrica Holdings Pte Ltd, Vizzio Technologies Pte Ltd) yang menyediakan khidmat khusus.



Setiap perniagaan tersebut merupakan pakar dalam teknologi yang berbeza, menurut Encik Abu Bakar, yang merupakan pengerusi kumpulan firma ini.



Memberikan contoh, beliau berkata InfoFabrica Holdings Pte Ltd, merupakan firma simpanan 'cloud' dan Vizzio Technologies Pte Ltd, adalah sebuah syarikat permodelan kecerdasan buatan ruang 3D. Sementara itu, Mi Planets Pte Ltd, merupakan sebuah syarikat e-dagang.



Dengan menggabungkan kepakaran mereka, syarikat itu telah membangunkan wadah membeli-belah BazaarRia yang diperkenalkan tahun lalu, di tengah-tengah pandemik Covid-19.



Berbeza dengan kebanyakkan bazar digital lain, BazaarRia menyediakan pengalaman 3-Dimensi (3D) yang interaktif dan menyeronokkan seolah-olah membawa pelanggan ke kedai fizikal.



Sejak ditubuhkan pada 2013, InfoFrabica mempunyai rangkaian klien yang terdiri daripada syarikat kecil dan sederhana (SME) serta syarikat berbilang negara (MNC).



Ia juga telah melebarkan sayapnya di rantau ini termasuk di Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam dan Kemboja.



Dengan kepakaran yang disediakan, Encik Abu Bakar percaya firmanya dapat menyediakan akses pasaran yang dipercepat dan dapat membantu menghubungkan syarikat dengan teknologi serta vendor, bersesuaian mengikut keperluan perniagaan mereka.



Beliau berkata: "Saya rasa teknologi ini menawarkan banyak peluang bagi masyarakat kita dan kini adalah masa yang tepat kerana ia akan menjadi norma perniagaan baru.



"Para peniaga mungkin ingin meningkatkan perniagaan mereka, tetapi mereka tidak memiliki teknologi yang diperlukan. Banyak perniagaan ingin berubah kerana mereka tahu bahawa ini adalah jalan seterusnya.



"Oleh itu, satu kelebihan yang terdapat pada syarikat Forward Vision adalah kami mempunyai syarikat bersekutu, anak syarikat dan rakan kongsi yang mempunyai kepakaran mereka sendiri, yang mana kita dapat membantu menghubungkan perniagaan dengan pelbagai teknologi baru yang kian muncul."



Sejak kebelakangan ini, potensi pengkomputeran awan semakin meningkat dan ia menyediakan peluang pekerjaan baru bagi masyarakat Melayu/Islam di sini, tambah Encik Abu Bakar.



"Oleh kerana ia adalah bidang yang berkembang dalam industri digital, ia juga dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi para profesional seperti jurutera 'cloud', pakar e-dagang dan pemasaran digital," ujarnya.




BIODATA



Nama: Abu Bakar Mohd Nor

Usia: 55 tahun



Jawatan Dalam Perniagaan:



  • Pengerusi Kumpulan Infofabrica Holdings yang beroperasi di tujuh negara

  • Pengerusi MiPlanet Pte Ltd, Forward Vision Pte Ltd, Vizzio Technologies Pte Ltd.

Antara Jawatan lain:



  • Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dan Pengerusi Pusat SME@DPPMS

  • Pengerusi Panel Penasihat Pakar dan Panel Penasihat Masyarakat Wakaf Masyarakat Singapura (WMS)

  • Anggota Lembaga Pengarah Majlis Ugama Islam Singapura (Muis)

  • Anggota Lembaga Pengarah SMRT Corporation Ltd and RTS Operations Pte Ltd

  • Anggota Lembaga Pengarah Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA)

  • Anggota Lembaga Pemegang Amanah Institut Teknologi Singapura (SIT)

  • Anggota Lembaga PUB

  • Anggota Lembaga Penasihat Nakilat Keppel Offshore & Marine Ltd

  • Timbalan Presiden Majlis Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja

  • Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Rakyat Tampines Central dan M3@Tampines

  • Anggota Jawatankuasa Penasihat Our Tampines Hub

Pancapaian



  • Pingat Kepujian (Ketenteraan) (2002)

  • Pingat Perkhidmatan Awam (Pingat Bakti Masyarakat) (2009)

  • Gangsa Pingat Pentadbiran Awam (Ketenteraan) (2015)

  • Anugerah Jauhari Berita Harian (2017)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >