PETALING JAYA: Blok pembangkang tampil menyatakan pendirian terkini susulan kemelut politik yang melanda Malaysia ketika ini.
Gabungan Muafakat Nasional melibatkan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) merangkumi Umno, Kongres India Malaysia (MIC), Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), selain Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah sebulat suara mengemukakan cadangan supaya Parlimen dibubarkan ketika mereka menghadap Yang di-Pertuan Agong.