Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bos kedai gunting kembali menghibur

Nov 09, 2021 | 05:30 AM



SETELAH sekian lama berehat daripada pentas hiburan, bos kedai gunting moden The Golden Rule Barber Co., Yanto Sani, kembali mengasah kemahirannya berseni semula.



Hasilnya memang menggalakkan apabila Yanto, yang nama sebenarnya Aryan Siswanto Kamsani, 38 tahun, muncul sebagai peserta dengan markah tertinggi bagi dua pusingan Projek Lagu dan kini finalis yang akan berentap kemahiran malam ini.



"Saya seronok dapat berkecimpung semula dalam bidang muzik. Agak lama juga saya tidak aktif bikin muzik atau membuat persembahan di pentas. Selain itu, Projek Lagu adalah platform di mana saya dapat pelajari cara menghasilkan lagu yang segar daripada pencipta muda seperti Aisha dan Zul.



"Yang membuatkan saya terdorong menyertai peraduan ini adalah situasi pandemik Covid-19 di mana kita tidak dapat melancong dan saya banyak terperap di rumah. Biasanya, banyak perkara yang boleh saya usahakan sebelum ini seperti bertemu teman di luar negara untuk urus niaga dan tujuan riadah. Sebelum ini memang tumpuan saya pada perniagaan gunting rambut. Ibu bapa dan isteri beri galakan kerana mereka mahu saya tebarkan bakat saya dalam bidang ciptaan lagu," jelas Yanto yang sudah 15 tahun terlibat dalam bidang muzik.



Beliau akur tertekan hasilkan lagu dengan tema 'Masterpiece' kerana tidak menganggap kerja seninya punya status segah itu.



"Saya justeru itu hasilkan sesuatu yang jujur dan bersandarkan identiti dan jenama saya sebenar selaku penghibur dan pencipta lagu bagi peringkat akhir ini. Namun, saya masih lagi belajar memandangkan Projek Lagu adalah percubaan pertama saya bertanding. Saya perlu kaji gaya penggubah lagu lain dan apa yang masyarakat suka sebab mutu lagu itu subjektif dan bergantung pada cita rasa setiap orang yang berbeza-beza," tambah Yanto yang ingin mencari keseimbangan antara muzik eksperimental dengan muzik pop.



Menurutnya, Projek Lagu memberinya jaminan beliau mampu menjadi penggubah dan penulis lirik serba boleh, baik dalam menghasilkan lagu santai atau irama pop yang digemari.



"Malam ini, saya akan tampilkan naib juara Anugerah iaitu band Saat. Walaupun kerana langkah keselamatan, kita tak dapat ketengahkan seluruh band ini, kehadiran vokalis dan gitaris kumpulan ini sangat saya hargai.



"Saya selesa dengan pendekatan Saat kerana saya dan mereka berasal dari muzik 'underground' yang keras. Bagi saya, Saat memberi kesegaran pada industri pop Melayu di sini. Lagu mereka dapat diterima anak kecil dan belia yang terbiasa dengan lagu Barat. Diharapkan konsep muzik sebegini akan mendorong lebih ramai generasi muda kita mencintai lagu berbahasa Melayu dan tidak setakat 'dipancing' muzik Barat sahaja," jelas Yanto yang tertarik pada ciptaan lagu Noh Hujan, Datuk Ramli Sarip dan ALYPH.



Katanya lagi:



"Saya cipta lagu mengikut 'mood'. Ia sesuatu yang tidak boleh dipaksa. Dengan penglibatan dalam Projek Lagu, saya tukar 'mode' menjadi penggubah lagu sepenuh masa yang fokus dan 'menggali' sedalamnya keikhlasan jiwa saya untuk mencipta lagu.



"Bagi saya, ALYPH adalah contoh penggubah lagu Singapura yang menjadi rebutan di seberang Tambak kerana setiap sentuhannya 'menjadi'. Budak-budak sukakan lagu ALYPH yang tular."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >