Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID ABDUL GAFOOR

Buat persediaan buka semula masjid dengan norma baru

Dec 25, 2020 | 05:30 AM



SETELAH ditutup untuk tempoh yang agak lama, kini Masjid Abdul Gafoor sedang melakukan persediaan terakhir untuk membuka semula masjid kepada orang ramai.



Berita pembukaan ini sudah tentu menjadi khabar gembira buat para jemaah yang sekian lama merindui rumah Allah ini.



Ketika dihubungi, pengerusi Masjid Abdul Gafoor, Encik Paiman Supangat, memberitahu:



"Pihak masjid sedang meneliti tahap terakhir bagi mendapat kelulusan dari pihak berkuasa untuk membolehkan masjid membuka pintunya kembali kepada jemaah.



"Pastinya, detik pembukaan tersebut bakal merintis sejarah baru kerana masyarakat dapat beribadah dalam suasana yang lebih aman dan selesa."



Secara umumnya, operasi masjid ini mula ditutup secara peringkat dari Januari 2019 dan ditutup sepenuhnya dari Mac 2020, sejurus tempoh Pemutus Litar (CB).



Keputusan penutupan ini juga telah membuka ruang kepada pihak masjid untuk menguruskan proses naik taraf dan penambaikan masjid dengan lebih teratur.



"Tidak lain tidak bukan, usaha peningkatan di masjid ini dilaksanakan demi mewujudkan pembangunan yang lebih menarik dan kemudahan yang lebih berkualiti.



"Dengan pelaksanaan ini, para jemaah boleh menikmati suasana masjid lebih 'segar', berbanding dengan sebelum ini.



"Tetapi, masjid masih lagi berusaha mengumpulkan dana yang masih belum memenuhi matlamatnya.



"Oleh itu, saya menyeru agar masyarakat dapat bersama-sama memberikan sumbangan yang masih berkurangan sebanyak $500,000," kata Encik Paiman



Dalam masa yang sama, masjid turut membuat persiapan untuk melaksanakan pembukaan masjid dengan pengamalan norma baru.



Encik Paiman menyatakan lagi:



"Setelah masjid ditutup sekian lama, sudah tentu kami ingin memenuhi jangkaan para jemaah yang ingin kembali menyemarakkan aktiviti di masjid.



"Oleh itu, Masjid Abdul Gafoor sangat gembira dengan kelonggaran yang telah diberikan oleh pihak pemerintah berkaitan dengan peraturan pembukaan masjid."



Sebagai menghormati arahan pihak atasan, masjid akan memastikan notis akan ditampal di ruangan masuk masjid bagi memaklumkan langkah-langkah penjagaan yang perlu diambil oleh para jemaah, sebelum memasuki pekarangan masjid.



"Di samping itu, masjid sedang mempertingkat kualiti program dakwah, madrasah mingguan dan menubuhkan sebuah galeri warisan khas untuk pengunjung tempatan dan luar negara.



Penubuhan galeri ini menjadi satu kepentingan dalam memaparkan tentang sejarah masjid serta sumbangannya kepada keharmonian negara.



Buat masa ini juga, segala aktiviti komunikasi hanya dijalankan melalui program dakwah secara dalam talian sahaja. Semua program dan aktiviti masjid akan berjalan seperti biasa setelah masjid dibuka semula nanti.



"Sehubungan dengan itu, saya memohon agar masyarakat Islam terus memberi sokongan padu, sama ada dari segi sumbangan kewangan ataupun tenaga fizikal kepada Masjid Abdul Gafoor.



"Sokongan ini amat diperlukan agar masjid terus makmur sebagai sebuah pusat pembelajaran Islam dan pembangunan sosial untuk semua lapisan masyarakat Islam.



"Bersama-samalah kita menabung saham agama dengan bersedekah kerana setiap pemberian yang ikhlas akan dihitung oleh Allah swt dan amalan ini pasti akan menjamin masa depan manusia di akhirat kelak,'' kata Encik Paiman lagi.




"... usaha peningkatan di masjid ini dilaksanakan demi mewujudkan pembangunan yang lebih menarik dan kemudahan yang lebih berkualiti. Dengan pelaksanaan ini, para jemaah boleh menikmati suasana masjid lebih 'segar', berbanding dengan sebelum ini. Tetapi, masjid masih lagi berusaha mengumpulkan dana yang masih belum memenuhi matlamatnya. Oleh itu, saya menyeru agar masyarakat dapat bersama-sama memberikan sumbangan yang masih berkurangan sebanyak $500,000.''
- Pengerusi Masjid Abdul Gafoor, Encik Paiman Supangat.




CARA MENYUMBANG



Orang ramai yang berminat untuk menyalurkan sumbangan boleh menderma kepada:



– Akaun bank OCBC yang bernombor 5018- 5778-3001.



– Bagi memberi sumbangan melalui perkhidmatan cek pula, sila sertakan nama pusat ibadah ini iaitu ‘Masjid Abdul Gafoor’.



– Sebarang maklumat tambahan boleh diperolehi melalui laman sesawang rasmi masjid di www.abdulgafoormosque.sg dan saluran rasmi Youtube ‘Masjid Abdul Gafoor’.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >