Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buka kafe, muzium mini peringati S. Kadarisman

Jan 10, 2021 | 05:30 AM



WAJAH bengis pelakon antagonis filem Melayu klasik, S. Kadarisman, terpahat di ingatan sehinggakan anak-anaknya mengingati peristiwa ayah mereka diludah atau dicemuh penonton yang tidak dapat membezakan dirinya dengan watak yang dijayakan.



Di sebalik sikap panas baran di alam nyata, anak-anak dan cucu-cucunya menganggap Allahyarham Kadarisman, yang nama sebenarnya Shahadat Kadarisman Raden Deswaren, sebagai anak wayang yang gigih menyimpan hasrat membuka studio filemnya sendiri tetapi tidak kesampaian.



Beliau yang juga pengarah dan penulis naskhah asal filem komedi P. Ramlee, Labu Labi dan Madu Tiga, malah sering mencetus inspirasi buat 10 anaknya dalam bidang pendidikan dan perniagaan.



Justeru, di atas ingatan terhadap jasanya menyemarakkan dunia filem Melayu di Singapura dan Malaysia, cucunya, Cik Rozeelawati Mohd Amin, 43 tahun, mengambil langkah membuka kedai makan S. Kadarisman Cafe di 128 Tembeling Road, pada 1 Januari lalu.



Suaminya Encik Normanshah Omar, 44 tahun, pula menyarankan muzium mini disediakan di satu sudut kafe tersebut.



Ia mempamerkan keratan akhbar mengenai pencapaian dan sejarah hidup Allahyarham, piala Festival Filem Malaysia yang dimenangi serta barangan milik peribadi seperti alat bantuan pendengaran, kaca mata dan koleksi paip tembakaunya.



Allahyarham Kadarisman yang menghidupkan watak orang kaya Tengku Mukri dalam filem Antara Dua Darjat meninggal dunia pada usia 66 tahun sekitar 1989 kerana serangan jantung dan penyakit kencing manis.



Ketika ditemui kelmarin, Cik Rozeelawati berkata kafe dengan jualan spesialiti nasi beriani yang disiapkan bapanya merupakan peluasan pada khidmat katering majlis kahwin yang ditawarkan keluarganya sejak 2004.



"Terus terang semasa kecil, saya tidak tahu datuk bintang filem. Apabila tonton filem P. Ramlee, saya hairan mengapa datuk pun ada sekali? Pelakon lain seperti Siti Tanjung Perak pun selalu datang ke rumah kami.



"Setelah dewasa, saya tahu tentang jerih payahnya memperjuangkan seni. Maka apabila merancang bersama suami untuk buka kafe dan muzium mini ini, kami abadikan namanya agar generasi muda sedikit sebanyak tahu tentang beliau sebagai anak bangsawan dan karyawan filem klasik," katanya.



Bapa Cik Rozeelawati, yang juga anak Allahyarham, Encik Mohd Amin, 68 tahun, pula berkata:



"Perniagaan yang kami usahakan sebagai bisnes keluarga ini adalah sebagai penerus semangat arwah yang gigih ingin meniaga dan membuka studio filem sendiri.



"Semuanya tak kesampaian meneliti faktor kos yang terlalu tinggi. Alhamdulillah, bisnes kedai makan ini dapat merapatkan lagi ukhuwah kami sekeluarga."



Mengulas barangan muzium mini, anak perempuan Allahyarham, Cik Khairubi, 58 tahun, berkata:



"Selain keris, kancing kemeja dan pemetik api, beliau suka menyimpan paip tembakau. Ada sekitar 50 buah dalam koleksinya. Setiap kali bergambar atau dalam filem, memang paip tak lepas.



"Sayang sekali, kad raya peribadi dengan cetakan wajah ayah dan ibu bersama tiada dalam simpanan.



"Saya akan sentiasa kenang Allahyarham sebagai insan tegas, serba boleh dari segi lakonan, pencetus semangat dan tempat saya bermanja.



"Moga kafe yang kami usahakan akan terus pahatkan namanya sebagai antara tokoh seni Singapura yang dikenang."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >