Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

KESIHATAN & PERUBATAN

Bukan kerana masuk habuk...

Aug 23, 2021 | 05:30 AM



DUA belas hari.



Itulah tempoh masalah bebola mata menjadi merah yang saya alami sebelum akhirnya saya berjumpa pakar mata.



Alasan saya atas kelewatan itu adalah kerana tugasan. Mujur kelengahan itu tidak menyebabkan masalah menjadi lebih teruk.



Kali pertama saya menyangka ia masalah sakit mata biasa, menjejas hanya bahagian putih mata kiri saya.



Justeru saya menunggu empat hari sebelum saya berjumpa seorang doktor keluarga.



Awalnya doktor mengesyaki saya mengalami masalah kalazion (tumbuhan kecil atau bengkak di bawah kelopak mata). Beliau memberi ubat mata untuk dibubuh.



Namun selepas lebih seminggu kemudian dan selepas mematuhi segala nasihat doktor, masalah pada bahagian putih mata kiri saya yang merah tetap belum reda.



Saya menjadi hairan dan kemudian mengambil keputusan kembali ke klinik tersebut untuk mendapatkan rawatan susulan.



Doktor yang memeriksa kemudian bertanya jika saya berasa sakit akibat keadaan tersebut.



Selain rasa tidak selesa, saya menjelaskan bahawa sakit yang saya alami hanyalah seperti tekanan atau stres apabila bebola mata kiri saya memandang ke sebelah kanan.



Beliau kemudian memberi ubat baru sebelum membantu menyediakan surat rujukan kepada pakar mata.



Dua hari kemudian, saya berjumpa Profesor Madya Klinikal, Dr Mohamad Rosman Othman yang juga konsultan kanan oftalmologi di Jabatan Pembedahan Refraktif di Pusat Mata Nasional Singapura (SNEC).



Beliau juga konsultan kanan di Jabatan Katarak Awam dan Oftalmologi menyeluruh di SNEC.



Semasa di sana, saya diberitahu bahawa masalah itu yang diberi nama episkleritis tiada kaitan dengan masalah masuk habuk.



"Biasanya masuk habuk boleh dicuci dengan air sahaja.



"Namun ini masalah berlainan dan saya hairan mengapa anda tunggu sehingga hampir dua minggu sebelum berjumpa pakar mata," katanya.



Ia merupakan masalah radang yang menjejas mata sehingga menyebabkannya merah.



Biasanya ia menimbulkan rasa tidak selesa tapi tanpa sebarang gejala ketara.



Selepas diberi penjelasan itu, saya bertanyakan Dr Mohamad Rosman apa yang akan dilakukan beliau dan apakah yang patut saya lakukan.



Bebola mata kiri saya yang terjejas kemudian dibubuh dengan sejenis ubat sebelum diambil gambar, dan kemudian saya dirujuk semula kepada Dr Mohamad Rosman.



Beliau kemudian menunjukkan hasil imej bahagian mata saya yang terjejas menerusi komputernya.



"Nampak bahagian ini yang terjejas akibat radang. Ada sedikit benjolan kecil pada bebola mata putih kiri anda.



"Buat masa ini apa yang saya akan lakukan ialah memberi anda ubat, dan anda dinasihatkan agar berehat di rumah dan pantau keadaan. Saya beri anda cuti sakit selama dua hari.



"Tapi anda perlu kembali berjumpa saya dalam tempoh seminggu. Selepas itu kita lihat bagaimana keadaannya dan apa yang perlu dilakukan sebagai langkah rawatan selanjutnya," kata beliau.



Sepanjang tempoh itu, saya diberi ubat yang memerlukan saya membubuhnya sehingga lima kali sehari selama seminggu.



Saya perhatikan kemerahan pada bebola mata kiri saya agak berkurang namun belum sepenuhnya.



Benjolan pada bebola putih mata kiri masih ada.



Semasa ke SNEC, saya menjalani pemeriksaan untuk menentukan sekiranya saya mengalami masalah glaukoma. Mujur saya diberitahu yang saya tidak mengalaminya.



Selepas bertemu Dr Mohamad Rosman untuk rawatan susulan, saya diberitahu yang kemerahan pada mata saya yang terjejas itu berkurang.



"Tapi memandangkan benjolan masih ada, saya perlu berikan anda ubat baru yang merupakan steroid.



"Saya jadualkan rawatan susulan untuk periksa keadaan mata anda selepas dua minggu kemudian," katanya.



  • Penulis mantan wartawan akhbar ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >