Pemergianmu
aku bersedih,
berduka,
berhiba,
tetapi,
aku tidak mahu menangis!
Pak Ghani yang kukenali,
pastinya kau mahu
bangsamu gagah,
berani,
bersatu,
beriman,
pasrah.
Jasadmu dikebumi
jasamu diingati.
Anak muda,
ambillah iktibar,
seniman bangsa yang berkarya
bukan kerana anugerah,
bukan kerana harta,
bukan kerana nama.
RIDHWAN ANUAR