Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bunga cinta muzik R&B dorong Istifarah

Feb 08, 2021 | 05:30 AM



Tidak mudah mencipta nama dalam persada seni Singapura yang banyak saingannya khususnya apabila seseorang itu masih hijau dan memerlukan bimbingan. Tiga puteri seni yang baru bertapak mencorak kerjaya muzik dalam tempoh pandemik Covid-19 ini berkongsi pengalaman mereka. BERITA HARIAN melaporkan.



BAKAT muda R&B daripada Maktab Seni Lasalle, Nur Istifarah Muhamad Fauzie, kadangkala dibelenggu rasa kurang yakin dan sangsi dengan kebolehannya.



Mujurlah, beliau miliki rangkaian kenalan dan mentor muzik seperti Ashidy Ridwan untuk memberinya semangat suaranya lunak didengar dan dirinya mampu pergi jauh jika gigih berusaha.



Istifarah, 21 tahun, yang kini di tahun kedua kursus Diploma Muzik Kontemporari di Maktab Seni Lasalle, sudah pun menghasilkan tiga lagu yang boleh distrim di Spotify.



Xoxo (bersama King '91) merupakan yang pertama diterbitkan disusuli In Love With You yang sudah distrim hampir 4,500 kali.



Denganmu, lagu Melayu pertama Istifarah, pula turut mendapat sambutan menggalakkan dengan ia distrim hampir 3,900 kali sejak dilancarkan beberapa bulan lalu.



Ketika dihubungi, Istifarah yang mula menyanyi sejak usia 12 tahun pada acara sekolah, berkata:



"Saya amat bersyukur dapat hasilkan lagu Melayu sulung saya, Denganmu, berkat bantuan Abang Ashidy Ridwan.



"Ia lagu yang sangat istimewa buat saya. Ia ditujukan buat seseorang yang amat istimewa. Teras lagu ini adalah apabila kita menyayangi seseorang, kita selalu ingin ada di sisinya, tanpa mengira susah atau senang.



"Ilham lagu ini datang apabila saya bersembang dengan Abang Ashidy. Beliau memberitahu saya akan siapkan lagu Melayu buat saya.



"Memandangkan saya lebih biasa menyanyikan lagu Inggeris dan menulis lirik dalam bahasa tersebut, Abang Ashidy membantu saya.



"Beliau bermain papan nada dan dapatkan kod dan melodi lagu ini. Apabila saya menyanyikan lirik yang sudah disiapkan dalam demo lagu itu, saya terasa bunga-bunga cintanya.



"Ia begitu indah kerana sepanjang menyanyi, saya ingatkan seorang insan yang istimewa maka penjiwaan lagu ini, kata Abang Ashidy, dapat dirasakan. Lagu itu menjalani proses pengindukan dan terhasillah lagu yang kini disenangi teman-teman."



Istifarah yang bergiat dalam koir di sekolah rendah dan terdedah pada dendangan soprano juga anggota band akustik Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat, West Unplugged, sebelum ini.



"Keluarga saya kata, saya memang suka buat persembahan sejak kecil. Saya minat menari, menyanyi dan main dram serta memetik gitar.



"Saya masih ingat sewaktu di menengah dua, saya dapat tepukan gemuruh daripada guru dan teman lain selepas mendendangkan lagu motivasi R. Kelly, I Believe I Can Fly.



"Kata-kata perangsang mereka yang membuatkan saya terus menyanyi hingga hari ini. Saya bertemu adik Abang Ashidy, Nur Alysa Ridwan, sewaktu di ITE. Kami berada dalam kumpulan yang sama bagi acara Vocal Xchange.



"Dari situ, saya kenali Abang Ashidy yang banyak menyuntik keyakinan dalam diri saya agar terus berkarya," tambahnya.



Dalam perjalanan seninya menghasilkan lagu-lagu cinta penuh susah senang, Istifarah juga menghargai kata-kata mutiara mentornya di ITE, jurutari Zaini Tahir dan pengarah muzik Julian Wong.



"Mereka selalu berkata pentingkan mutu kerja seni daripada bilangan kerja seni. Kalau tidak boleh nyanyi dari hati, mengapa harus seseorang itu berada di pentas dan menghiburkan orang lain?



"Perjalanan seni ini memerlukan kerja keras. Jangan sombong dan mudah berpuas hati. Saya selalu pegang pesanan mereka agar tidak lupa diri.



"Seberapa boleh, saya ingin pertingkat kemahiran muzik dan vokal agar kerja seni saya dapat dibawa sejauh Brunei, Indonesia, Malaysia dan persada seni antarabangsa.



"Saya ambil Yuna sebagai contoh terbaik anak Melayu yang menembusi pasaran dunia. Saya sudah bersedia membuat persembahan 'live' untuk khalayak ramai," ujar Istifarah lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >