Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Cabar diri cipta lagu dengan 4 penyanyi

Nov 09, 2021 | 05:30 AM



JIKA kebiasaannya seorang dua penyanyi ditampilkan di gelanggang pertandingan Projek Lagu, malam ini, finalis Aisha Ayesha dan Andy Gan ingin ketengahkan empat vokalis wanita sekali gus.



Selain Aisha sendiri, tiga vokalis bukan calang-calang, Tiesha, Zalelo dan Ilina Hats akan tampil mendendangkan lagu bertema pemerkasaan diri.



Demikian jelas Aisha, yang nama sebenarnya, Huraisha Mohd Rafee, 24 tahun, ketika dihubungi Berita Harian menerusi Zoom, baru-baru ini.



"Lagu peringkat akhir dengan tema 'Masterpiece' ini yang paling mencabar sebab ia menggabungkan semua elemen dalam tiga lagu ciptaan saya dan Andy sebelum ini.



"Ia lebih rancak dan berbeza daripada lagu perlahan berirama R&B yang pernah kami sajikan. Ada lontaran lirik 'rap' malahan dalam lagu kali ini. Selepas menghasilkan lagu perlahan, kami ingin lagu peringkat akhir kami dapat dijadikan irama berdansa.



"Empat penyanyi wanita sekali gus akan ditampilkan. Setiap seorang berbakat dan memiliki vokal tersendiri yang bertenaga.



"Tiesha misalnya boleh tarik suara pada nada tinggi sepertimana dalam lagunya Boneka manakala Zalelo boleh naik turunkan suara atau bikin 'riffs and runs' (skala nota naik cepat dan turun cepat juga) yang lunak didengar. Sebagai pencipta lagu, kami rasakan lapisan vokal yang perlu kami atur bagi mencapai keharmonian empat suara penyanyi kini lebih kompleks dan mencabar," jelas Aisha yang mempunyai album EP digital, Epitome of Love, yang sudah distrim lebih 40,000 kali di Spotify.



Beliau akur penglibatan dalam Projek Lagu memberinya pengajaran tentang pengurusan masa dan tekanan.



"Sebab saya ada tugas sepenuh masa sebagai spesialis pemasaran, maka saya terkejar-kejarkan masa untuk mencipta karya bagi peraduan ini dan memperhalusinya.



"Alhamdulillah, sekitaran sosial yang baik dalam kalangan peserta peraduan memberi saya semangat meneruskan perjuangan saya dalam pertandingan ini," tambahnya.



Gan, 25 tahun, yang merupakan rakan pengajian Aisha di Maktab Seni Lasalle pula bertuah diberi peluang mengenali ramai bakat muzik berkebolehan besar dalam peraduan ini.



"Saya yang terbiasa dengan lagu balada kini dapat meneroka genre berbeza di luar zon selesa dalam keterbatasan masa. Komposer yang menjadi sumber inspirasi saya kerana menggunakan muzik orkestra, klasikal dan permainan piano adalah komposer skor filem, Joe Hisaishi," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >