RAMAI yang mengenali Ustaz Shaik Hussain Shaik Yakob sebagai presiden Persatuan Muhammadiyah, satu jawatan yang disandangnya sejak sekitar 30 tahun lalu.
Namun, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa Ustaz Shaik Hussain, 71 tahun, suatu ketika dahulu pernah membantu bapanya berniaga di Happy World, pernah menaiki kuda semasa majlis khatam Quran dan pernah mencari rezeki sebagai pemandu teksi.