Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN - Cabaran sektor jual beli kereta dalam pandemik

Pembeli lebih hemat, penjual tidak berani simpan banyak bekalan kereta

Sep 30, 2020 | 05:30 AM



Premium bagi Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) untuk kenderaan ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru bulan ini dengan premium bagi Kategori A naik hampir 2 peratus. Ini juga menyaksikan kuota yang lebih rendah dan tempoh bidaan yang lebih lama sekali gus meningkatkan tekanan yang dirasakan ejen dan syarikat kereta terpakai di sini. BERITA HARIAN (BH) meninjau.




KIAN ramai pembeli mengambil sikap lebih cermat dengan tidak berbelanja besar apabila ingin mendapatkan kereta.



Daripada membeli sebuah kereta baru, ramai di antara mereka memilih untuk mendapatkan kereta yang diperbaharui tempoh Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE), mahupun memperbaharui COE kereta mereka sendiri.



Ini kerana kereta sebegini lebih berpatutan berbanding kereta yang baharu dalam keadaan ekonomi suram kini.



"Tidak dapat dinafikan pasaran kereta secara umum amat lemah dengan kelembapan ekonomi disebabkan Covid-19, dan ini mungkin mengehadkan kemampuan pengguna membeli kereta baru sekarang.



"Justeru pelanggan kini lebih cermat ketika ingin membeli kereta," kata pemilik firma Dr Kereta, Encik Ismail Haji Yusof, yang menyatakan jumlah kereta yang dijualnya tahun ini merosot hampir lebih 80 peratus.



Dalam bidaan terbaru bulan ini, harga COE ditutup bercampur-campur, namun harga kenderaan masih berada di antara tahap tertinggi tahun ini.



Premium bagi Kategori A atau 1,600cc ke bawah dengan kuasa tidak melebihi 130bhp, naik 2 peratus kepada $38,504, berbanding $37,766 dalam taruhan dua minggu lalu. Ia merupakan yang tertinggi sejak Mei 2018.



Bagi kategori B (lebih 1,600 cc), ia turun 1.3 peratus daripada $41,510 kepada $40,989, manakala bagi Kategori Terbuka, yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan, harganya naik kepada $41,001 daripada $40,790 - yang tertinggi sejak Oktober tahun lalu.



COE motosikal pula susut kepada $7,331, berbanding $7,399 dua minggu lalu.



COE bagi kenderaan komersial ditutup lebih tinggi - $28,589, berbanding $26,644 sebelum ini, yang tertinggi sejak April tahun lalu.



Encik Ismail berpendapat harga COE yang meningkat adalah disebabkan pesanan melonjak selepas tempoh Covid-19.



Beliau juga menjangkakan kuota COE akan berkurangan disebabkan permintaan yang tinggi dan harga COE yang meningkat.



"Sepanjang tempoh pasca Covid-19 ini, kita dapat melihat permintaan melonjak. Dengan permintaan tinggi ini, kuota juga akan berkurangan," ujarnya.



Dalam pada itu, menurut Encik Ismail, sepanjang tempoh pemutus litar yang lalu, banyak kereta yang tidak terjual, sekali gus menyebabkan stok yang banyak.



Lantas, ramai dalam kalangan ejen dan penjual kereta kini mengambil strategi pemasaran baru untuk menjual kereta yang ada misalnya dengan memberikan potongan besar harga kereta, kongsi beliau lagi.



"Dalam pasaran kereta pasca Covid-19 ini, penjual kereta terpakai tidak berani untuk menyimpan stok kereta yang banyak.



"Oleh itu mereka sanggup menjualnya dengan harga yang lebih murah," tambah beliau yang akur kebanyakkan ejen dan penjual kereta perlu menepati perubahan pasaran ini.



Encik Ismail menjangkakan harga COE akan hanya merosot dalam jangka masa setahun hingga setahun setengah lagi.



Dengan harga yang meningkat ini, ditambah dengan kuasa berbelanja pelanggan yang tidak begitu tinggi, beliau berkata pendaftaran untuk kereta baru juga mula berkurangan.



Ini kerana, lebih ramai pembeli lebih cenderung untuk mendapatkan kereta yang diperbaharui tempoh COE.



Pemilik kereta yang ingin terus memiliki kereta mereka selepas 10 tahun tidak perlu membida bagi COE tetapi dapat memperbaharui COE lama mereka dengan membayar Premium Kuota Sedia Ada (PQP), yang merupakan purata harga tiga bulan bagi kategori kereta itu.



Namun begitu, beliau menyifatkan harga COE terkini masih lagi berpatutan sepanjang tempoh ini.



"Mereka yang mempunyai kereta dan ingin menukar kepada kereta baru, boleh melakukannya sekarang selagi ia berada pada harga kini.



"Bagi yang ingin membeli kereta untuk kali pertama, ia bergantung kepada kemampuan mereka.



"Jika mereka tidak mempunyai bajet yang besar, mereka mungkin boleh mempertimbangkan kereta COE.



"Anda perlu bijak apabila ingin membeli kereta mengikut kemampuan kewangan anda. Ia lebih baik daripada menjadi hamba kepada kereta yang anda miliki," ujarnya.




"Tidak dapat dinafikan pasaran kereta secara umum amat lemah dengan kelembapan ekonomi disebabkan Covid-19, dan ini mungkin mengehadkan kemampuan pengguna membeli kereta baru sekarang. Justeru pelanggan kini lebih cermat ketika ingin membeli kereta... Anda perlu bijak apabila ingin membeli kereta mengikut kemampuan kewangan anda. Ia lebih baik daripada menjadi hamba kepada kereta yang anda miliki."
- Pemilik firma Dr Kereta, Encik Ismail Haji Yusof.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >