Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

MASJID HAJI MUHAMMAD SALLEH

Dana peningkatan diperlukan baiki makam dan masjid

Dec 16, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH masjid yang diimarahkan atas dasar takwa memainkan peranan penting untuk menghidupkan kerohanian masyarakat Islam di sini.



Tidak hanya berfungsi sebagai pusat untuk melaksanakan solat atau melakukan ibadah semata-mata, masjid juga mempunyai potensi yang besar menyatukan masyarakat dalam majlis-majlis ilmu yang diredai Allah swt.



Menurut ahli Lembaga Pentadbir Masjid Haji Muhammad Salleh, Encik Moree Joyane berkata, pelbagai kegiatan yang dianjurkan mendorong masyarakat untuk menghayati pengajaran agama Islam.



Beliau menjelaskan: "Dalam menyebarkan ilmu agama kepada masyarakat, Masjid Haji Muhammad Salleh mempelbagaikan usaha pendidikan dan dakwah seperti kelas pengajian mingguan, majlis ceramah, maulid, majlis selawat, haul Habib Noh serta hari-hari kebesaran Islam yang lain seperti Malam Nisfu Syaaban dan Israk Mikraj.



"Sebelum berlakunya Covid19, masjid sangat aktif dengan majlis-majlis besar seperti zikir atau ratib oleh banyak kumpulan tarekat dan zikrullah yang diadakan di pekarangan masjid serta makam.



"Kadang-kadang, kami mengadakan dua majlis yang berbeza dalam satu masa yang sama iaitu acara zikir atau ratib atas permohonan daripada pelbagai kumpulan yang dipimpin oleh asatizah tempatan.



"Sehubungan dengan itu, ziarah makam juga antara kegiatan yang sangat mendapat perhatian daripada orang ramai kerana di sini terletaknya sebuah makam yang dikenali dalam kalangan masyarakat, iaitu Makam Habib Noh."



Encik Moree juga menambah, tujuan utama segala kegiatan agama diadakan adalah untuk memakmurkan masjid dan makam dengan acara-acara ibadah.



"Insya-Allah, mudah-mudahan, masjid dan makam dapat menjadi pusat Darul Zikrullah seperti mana ada masjid menjadi pusat Darul Al-Quran dan sebagainya.



"Alhamdulillah, sambutan terhadap majlis agama sangat memberangsangkan, walaupun masjid berada jauh dari kawasan perumahan.



"Pihak masjid turut menyambut baik permintaan terhadap kumpulan-kumpulan zikir yang ingin mengadakan majlis di pekarangan makam.



Bagi terus memakmurkan masjid dan makam dengan program islamik, Masjid Haji Muhammad Salleh dan Makam Habib Noh memerlukan projek peningkatan demi kemaslahatan masyarakat Islam.



Sokongan masyarakat amat diperlukan, terutama sekali untuk membaiki bangunan makam yang agak usang dan mengalami kebocoran pada waktu hujan sehingga menjejas tetamu yang datang berziarah.



Pihak masjid dan makam berharap agar bangunan masjid dan makam serta sekelilingnya dapat dipertingkat untuk kebaikan para jemaah, sekali gus dapat menampung lebih ramai jemaah.



Dengan pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan juga, ia akan memberi keselesaan kepada tetamu yang terdiri daripada orang ramai, para ulama, para habib, asatizah dari dalam dan luar negara.




CARA MENYUMBANG



- Imbas kod QR yang disediakan atau PayNow ke S03MQ0039G



- Pemindahan wang ke akaun semasa OCBC 59100798-400 di atas nama 'LPM HAJI MUHAMMAD SALLEH'. Sila nyatakan di ruang rujukan sama ada untuk derma masjid atau dana makam.



- Layari www.hjmuhdsalleh.org.sg atau hubungi talian 6220-9257 untuk maklumat lanjut.




"Dalam menyebarkan ilmu agama kepada masyarakat, Masjid Haji Muhammad Salleh telah mempelbagaikan usaha pendidikan dan dakwah seperti kelas pengajian mingguan, majlis ceramah, maulid, majlis selawat, Haul Habib Noh serta hari-hari kebesaran Islam yang lain seperti Malam Nisfu Syaaban dan Israk Mikraj.



"Sebelum berlakunya Covid-19, masjid sangat aktif dengan majlis-majlis besar seperti zikir atau ratib oleh banyak kumpulan tarekat dan zikrullah yang diadakan di pekarangan masjid serta makam.''



- Ahli Lembaga Pentadbir Masjid Haji Muhammad Salleh, Encik Moree Joyane (gambar) menyeru masyarakat Islam agar menyumbang demi kemaslahatan jemaah masjid dan pengunjung makam.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >