Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID BENCOOLEN

Masih harap derma ramai untuk penuhi dana peningkatan

Apr 22, 2022 | 05:30 AM



MESKIPUN kerja peningkatan Masjid Bencoolen berjalan lancar, masjid ini masih lagi kekurangan dana yang diperlukan.



Ia merupakan salah satu masjid bersejarah di sini, dan telah dibina sejak 1845.



Menurut Pengerusi Masjid Bencoolen, Encik Mohamed Rafeeq Mohamed Yusoof, 56 tahun, masjid ini perlu melakukan pengubahsuaian demi memenuhi keperluan masyarakat Islam setempat.



Setakat ini, ia masih lagi memerlukan dana sebanyak $125,000 bagi projek peningkatan ini, dan dijangka siap pada suku kedua tahun ini.



Masjid yang berusia 196 tahun dan terletak di 51 Bencoolen Street ini masih dalam proses diubah suai dan perlu membangunkan kemudahan lain seperti bilik darjah, lif dan sebagainya.



Ini bertujuan memberikan keselesaan kepada jemaah untuk beribadah serta memudahkan lagi warga senja menggunakan kemudahan di masjid yang terletak di kawasan berdekatan bandar ini.



Biarpun sibuk dengan kerja peningkatan di waktu ini, pembelajaran agama dan dakwah tetap diteruskan melalui wadah dalam talian.



Encik Mohamed Rafeeq berkata, pada 2001, kawasan masjid telah dibangunkan semula sebagai sebuah bangunan campuran blok komersial dan kompleks setinggi 12 tingkat.



Pembangunan semula masjid ini telah dibuka kepada umum pada Mei 2004 dan mampu memuatkan sehingga 1,100 jemaah untuk bersolat dalam masjid ini, sebelum pandemik melanda.



Beliau turut menjelaskan, banyak juga aktiviti yang telah dijalankan bagi pihak masjid, dan semuanya telah dilakukan secara dalam talian, dan mendapat sambutan menggalakkan.



Sehubungan dengan Ramadan yang mulia ini, pihak masjid turut menyediakan "Salam Ramadhan Pack" untuk pemberian zakat atau sedekah dan berharga $100 setiap satu.



Pek ini mengandungi barang makanan dan bakal diberi kepada dua keluarga susah.



Selain itu, Masjid Bencoolen juga turut menawarkan pelbagai produk lain yang menarik untuk membantu pembangunan masjid.



Di antaranya, pelbagai jenis sejadah dan tasbih yang telah dihasilkan dari luar negara seperti di Turkey.



Kupon amal martabak berharga $10 setiap satu turut ditawarkan.



Masjid Bencoolen amat mengharapkan bantuan masyarakat Islam setempat dalam usaha mengumpul dana yang masih lagi kekurangan ini.




CARA MENYUMBANG 



  • Berilah sumbangan dengan pemindahan wang ke akaun bank OCBC bernombor 506-010925-001 atau lungsuri https://masjidbencoolen.org/donate.

  • Untuk cek, sila hantar cek dengan menyertakan nama 'Masjid Bencoolen' dan hantar kepada alamat berikut: 51 Bencoolen Street, #01-01, Singapura 189630.

  • Hubungi talian 6333-3016 untuk sebarang maklumat lanjut dan layari Facebook@Masjidbencoolen atau Youtube@masjidbencoolenTV.

  • Lungsuri https://masjidbencoolen.org/eshop/ untuk mendapatkan pelbagai produk jualan dari Masjid Bencoolen.

  • Anda boleh juga imbas kod QR di bawah ini untuk menyumbang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >