Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID DARUL MAKMUR

Pendidikan agama jadi tumpuan bagi bentuk generasi berakhlak mulia

Oct 28, 2022 | 05:30 AM



PEMBELAJARAN Islam menjadi tumpuan utama Masjid Darul Makmur bagi memantapkan pembangunan modal insan yang bermutu tinggi daripada aspek rohani dan sahsiah diri.



Bertepatan dengan hasrat itu, Masjid Darul Makmur ingin terus bersedia mengemudi program pendidikan agama yang sesuai dalam membentuk modal insan yang bukan sahaja berintelektual tinggi, malah generasi Islam yang berakhlak mulia dan murni.



Menurut Pegawai Agama Kanan Masjid Darul Makmur, Ustaz Mohamed Hanafie Mohamed Yusoff Al Hafiz, kelas-kelas pengajian agama di Masjid Darul Makmur mencakupi kesemua peringkat umur, daripada kanak-kanak, golongan muda hingga ke dewasa.



"Bagi peringkat umur kanak-kanak, kelas aLIVE telah berlangsung seperti biasa tahun ini, meskipun keadaan Covid-19 belum pulih sepenuhnya.



"Namun begitu, pelan pengurusan selamat hendaklah dijalankan dengan ketat dan pelajar juga perlu bergilir-gilir untuk menghadiri kelas secara fizikal atau dalam talian," ujar beliau yang telah berkhidmat di Masjid Darul Makmur dari 2007.



Pihak masjid memberitahu, peringkat seterusnya disasarkan untuk para remaja dan golongan muda.



Bagi mereka yang ingin meneruskan dan mendalami pengajian agama, masjid menawarkan dua program yang berbeza iaitu program Adil, yang merupakan sambungan daripada kelas aLIVE dan Sijil Lanjutan Pengajian Islam (SLPI) daripada Pergas.



Melalui kedua-dua tawaran ini, para pelajar boleh membuat pilihan masing-masing.



"Jika mereka inginkan pembelajaran secara santai dalam suasana bilik darjah, mereka boleh menyertai program Adil.



Program Adil merupakan singkatan untuk Pembelajaran Islam Dewasa di bawah kelolaan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis). Apa yang lebih istimewa, program Adil tidak lagi bermodul, tetapi ia berasaskan tahun akademik sejak dua tahun yang lalu," tambah Ustaz Hanafie.



Jika pelajar berminat untuk menyertai pembelajaran agama secara intensif pula, mereka boleh memilih program SLPI.



Di samping belajar atau bekerja secara sambilan, pelajar dapat meneruskan cita-cita untuk menggapai sijil pembelajaran Islam yang diiktiraf.



Dalam mengangkat agenda pendidikan ini juga, Masjid Darul Makmur sendiri melakarkan pelan pembelajaran Islam yang mudah difahami oleh setiap lapisan masyarakat.



Jelas Ustaz Hanafie lagi: "Kami menyediakan program Islamik yang mudah diikuti dengan kepelbagaian dan struktur yang sistematik. Sebagai contoh, kami menganjurkan kuliah agama yang diadakan secara berterusan sepanjang minggu dalam talian.



"Kemudian, kami mengadakan program bersiri yang membincangkan topik-topik terpilih untuk dibahaskan seperti siri Al-Quran, tauhid dan lain-lain."



Seterusnya, pihak masjid juga menganjurkan program asas agama seperti klinik Al-Quran dan kursus fardu ain yang dijalankan melalui talian.



Mengikut sambutan penerimaan daripada masyarakat, program ini diberi perhatian yang tinggi kerana asas agama memainkan peranan penting dalam proses mempertingkat diri seseorang.



"Berdasarkan tema 'Bacaan Disanjung, Al-Quran Dijunjung', aktiviti pemerkasaan bacaan Al-Quran juga akan diketengahkan dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa melalui progam Iqra'.



Bagi mereka yang ingin memperbaiki atau mempertingkat bacaan surah dalam solat, pihak masjid sangat mengalu-alukan penyertaan klinik Al-Quran.



Fokus masjid juga termasuk untuk menghidupkan dan membudayakan pembacaan Al-Quran dalam kalangan masyarakat.



Apa yang boleh dirumuskan, pembelajaran Islam yang diperuntukkan di Masjid Darul Makmur bukan sahaja ingin memperkasakan pemahaman Islam, bahkan memperkukuh kekuatan ibadah sebagai seorang Muslim.



Justeru, masjid ialah platform yang paling sesuai untuk menghulurkan khidmat pembelajaran dan keperluan asas agama kepada masyarakat.



"Dengan bantuan pendidikan secara dalam talian, insya-Allah, kami akan menjangkau seluruh masyarakat Islam Singapura untuk menyertai program agama tanpa mengira kawasan dan peringkat umur,'' kata Ustaz Hanafie.



Kini, Masjid Darul Makmur amat mengharapkan sokongan padu seluruh masyarakat untuk terus menyokong projek Dana Peningkatan Masjid yang sedang diusahakan.



Pihak masjid baru mengumpulkan setengah daripada kos pembangunan yang bakal dilakukan tidak lama lagi.



Untuk pertanyaan mengenai sumbangan kepada Projek Peningkatan Masjid, sila hubungi 6752-1402 pada waktu pejabat.




CARA MENYUMBANG 



Untuk menyumbang kepada Masjid Darul Makmur, sila layari laman: campaigns.darulmakmur.sg, PayNow UEN:S87MQ0033J atau melalui cek ke atas nama: 'MASJID DARUL MAKMUR' dan dihantar melalui pos ke 950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099.



Untuk pertanyaan mengenai cara menderma atau pengambilan dari rumah, hubungi masjid di talian 6752-1402 pada waktu pejabat atau lungsuri laman web https://campaigns.darulmakmur.sg untuk derma atau wakaf bagi menyokong projek dana peningkatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >