Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06

Cara tangani anak cerewet makan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana
33
0

PANDANGAN

Cara tangani anak cerewet makan

Oct 05, 2020 | 05:30 AM

KANAK-KANAK yang cerewet dalam memilih makanan seharian mereka adalah salah satu faktor yang menyebabkan ibu bapa dan penjaga mereka hilang sabar dan menambah tekanan mereka ketika menjaga kanak-kanak kecil.

Ini kerana makanan yang dipilih kanak-kanak ini kebanyakannya kurang khasiat yang penting untuk perkembangan mereka.

Pilihan makanan yang terhad boleh mengakibatkan tekanan di antara anggota keluarga ketika makan bersama dan menjejas interaksi di perhimpunan sosial yang sering melibatkan makanan.

Kanak-kanak yang cerewet makan ialah mereka yang:

  •  Menolak kumpulan makanan yang berkhasiat seperti ikan, daging dan sayur dalam bentuk asal dan bukan dalam bentuk yang telah diproses seperti nuget dan sosej.
  •  Hanya makan satu atau dua jenis makanan sahaja pada setiap waktu makan setiap hari, contohnya makanan bergoreng atau makanan manisan sahaja.
  •  Hanya makan makanan yang kelihatan sama dan tidak boleh dimasak dengan cara berbeza, contohnya ayam mesti digoreng sahaja dan tidak boleh berkuah.
  •  Memilih makanan yang tidak mempunyai banyak tekstur dan ramuan seperti nasi goreng atau nasi putih yang digaul dengan dua atau tiga lauk. Hanya makan makanan yang mempunyai satu tekstur sahaja seperti makanan lembik yang dikisar menjadi puri atau makanan rangup dan keras.
  •  Melebihkan makan makanan ringan seperti kentang goreng, keropok dan coklat daripada makanan utama.
  •  Memakan jumlah yang sedikit sahaja pada waktu makan utama.
  •  Mengambil masa yang lama untuk makan kerana lama mengunyah makanan di dalam mulut.
  •  Kerap mengamuk jika diberi makanan baru.

Dari kecil lagi, kanak-kanak digalakkan untuk mendapatkan diet seimbang yang penuh dengan khasiat, berbentuk asal dan kurang pengawet. Ia untuk pembangunan, mencegah penyakit dan pembaikan badan selain membekalkan tenaga untuk melaksanakan kegiatan harian dan aktiviti lasak.

Cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah kesukaran untuk makan, bermula dari mereka bayi lagi.

Di bawah pemantauan ibu bapa, bayi berumur di antara enam dengan 12 bulan digalakkan untuk menyuap sendiri makanan menggunakan tangan, sudu atau garpu serta memegang sendiri botol atau cawan beserta straw ketika minum, walaupun berkecah.

  •  Hentikan minum dari botol susu dari usia 18 bulan, paling lambat umur dua tahun. Galakkan mereka menggunakan cawan atau botol dengan alat penyedut untuk meningkatkan kemahiran oral sensori-motor.
  •  Jangan gunakan alat-alat yang boleh menjejas tumpuan anak-anak ketika waktu makan, seperti gadget, televisyen dan alat mainan supaya mereka dapat berinteraksi dengan makanan mereka.
  •  Memperkenalkan makanan baru tiga atau empat kali seminggu dan tidak putus asa jika anak menolaknya. Boleh juga dihidangkan makanan baru dengan makanan kegemarannya.
  •  Jangan sesekali menyembunyikan makanan yang ditolak anak sewaktu menyuapnya! Ini boleh menyebabkan anak hilang kepercayaan terhadap ibu bapa dan membuat anak lebih keras menolak makanan selepas ini.

Tetapkan rutin makan bersama keluarga setiap hari supaya sistem deria anak-anak didedahkan dengan kepelbagaian sifat deria makanan yang dihidangkan.

  •  Tetapkan rutin makan seharian - kurangkan kekerapan memakan makanan ringan yang tidak berkhasiat yang boleh menjejas rasa lapar dan selera untuk makan pada waktu makan utama.
  •  Mengajak anak untuk bersama menyiapkan meja untuk waktu makan dan membersihkan meja setelah makan.
  • Azmah Mohamed Zain ialah Ahli Terapi Carakerja Lil Warrior Occupational Therapy Pte. Ltd.

"Dari kecil lagi, kanak-kanak digalakkan untuk memakan diet seimbang yang penuh dengan khasiat, berbentuk asal dan kurang pengawet, Ia untuk pembangunan, mencegah penyakit dan pembaikan badan selain membekalkan tenaga untuk melaksanakan kegiatan harian dan aktiviti lasak.
Cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah kesukaran untuk makan, bermula dari mereka bayi lagi."

- Penulis

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3