Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

NUR INSAN

Cari dana $500,000 untuk tampung program pendidikan

Apr 15, 2022 | 06:33 AM



SEPANJANG bulan Ramadan ini, Nur Insan menyajikan rancangan-rancangan dakwah menarik secara langsung dalam talian.



Rancangan ini diadakan bagi menyemarakkan lagi bulan yang mulia ini dan juga sebagai usaha mencari dana sebanyak $500,000 setahun untuk menampung program-program pendidikan Islam secara percuma kendalian Nur Insan.



Rancangan dakwah yang disiarkan adalah seperti Tadarus Ramadan, Wardah Ramadan, Hikmah Ramadan dan Akustik Ramadan dan disiarkan secara langsung di Facebook Nur Insan.



Menurut Naib Presiden Nur Insan, Encik Muhammad Hilmi Abdul Wahid, pihaknya berharap rancangan yang disiarkan akan memberi manfaat kepada orang ramai.



TADARUS RAMADAN



Rancangan Tadarus Ramadan, yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pada 9.30 malam, diharapkan dapat mengajak penonton untuk sama-sama menghidupkan malam-malam Ramadan dengan tahsin (bacaan pantas) Al-Quran bersama asatizah-asatizah mapan Singapura, antaranya ialah :



1. Ustaz M Zuhal A Lathif pada setiap Isnin.



2. Ustaz Tamlikhaa Khamsani dan Ustaz Md Hafizd Abd Wahab pada setiap Selasa.



3. Ustaz Ahmad Daniyal pada setiap Rabu.



4.Ustazah Nurrawida Abd Moomen pada setiap Khamis.



WARDAH RAMADAN



Pada setiap Jumaat mulai 9.30 malam pula, rancangan Wardah Ramadan adalah program khas untuk Muslimah pada bulan Ramadan. Rancangan ini akan membincangkan isu-isu Muslimah yang akan dihoskan oleh Cik Ainon Talib. Saksikan pencerahan oleh para Ustazah undangan seperti:



1. Ustazah Kalthom Isa, bertajuk 'Menjadi Ibu Seperti Saiyidatina Hajar ra - 8 April.



2. Ustazah Farhana Munshi, bertajuk : Menjadi Anak Seperti Saiyidatina Fatimah ra - 15 April.



3, Ustazah Syariati Sulaiman, berajuk : Menjadi Isteri seperti Saiyidatina Khadijah ra - 22 April.



4. Ustazah Nurhidayah Azman, bertajuk : Menjadi Pemimpin Seperti Saiyidatina Aisyah ra - 29 April.



HIKMAH RAMADAN



Melalui Hikmah Ramadan, setiap Sabtu pada 9.30 malam, isu-isu semasa bakal dikupas di rancangan santai ini bersama asatizah-asatizah tempatan. Antaranya:



1. Ustaz TM Fouzy Jumat dan hos AB Shaik, bertajuk "Andai Kata, Ini Ramadan Terakhir Kita" (1 April).



2. Ustaz Mazdiuky Md Ishak dan hos Khairuddin Samsudin, bertajuk "Menenangkan Akal Di Bulan Ramadan." (9 April).



3. Ustaz Haron Hassan Akhtar dan hos AB Shaik bertajuk "Hijrah Hati Di Bulan Murni." (16 April).



4. Dr Mohd Feisal dan hos Khairuddin Samsudin, bertajuk "Mengenal Roh Di Bulan Yang Barakoh." (23 April).



5. Dr Mohd Hannan Hassan dan hos AB Shaik, bertajuk "Kesan Ramadan Dalam Menjadikan Kita Seorang Insan." (30 April).



AKUSTIK RAMADAN



Pada setiap Ahad pula, 9.30 malam, rancangan akustik Ramadan menampilkan artis-artis tempatan mendendangkan lagu ketuhanan dan turut menyelami maksud bait-bait lagu tersebut.



1. Adeep Nahar dan Ustaz Khairul Anwar pada 10 April.



2. Fuad Rahman dan Ustaz Alawi Ahmad pada 17 April.



3. Hady Mirza dan Ustaz Nuzhan pada 24 April.



4. Taufik Batisah dan Ustaz Hidayat dan Ustaz Shahib, 1 Mei.



Nur Insan menawarkan pendidikan Islam secara percuma untuk semua lapisan masyarakat.



Dana $500,000 ini akan digunakan untuk bayaran sewa bulanan cawangan-cawangan pusat pendidikan, gaji kakitangan dan asatizah, kos operasi dan untuk pembukaan lebih banyak cawangan di Singapura agar lebih ramai masyarakat Melayu Islam terus mendapat manfaat dari usaha ini.




INGIN MENYUMBANG?



Jika anda berminat menyumbang untuk Nur Insan, sila lungsuri https://www.nurinsan.sg/donation



Untuk menyaksikan rancangan-rancangan dakwah dalam taliannya, sila lungsuri Facebook: nurinsansg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >