Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Cerita Seorang Pemuda

Apr 28, 2014 | 07:54 PM

Tatkala azan maghrib berkumandang

seorang pemuda sedang taasub

dengan penulisan

tentang kemunduran bangsa

perihal khayalnya mereka

terhadap tarikan dunia

sehingga lupa tuntutan agama

hadis dan ayat Yang Maha Kuasa

disisip sekali sekala

di celah-celah bukti dan fakta

memperkukuh hujah bicara

“Agar orang terkesan bila membaca!” tegasnya.

Tatkala azan isyak beralun sayup

pemuda itu masih menghadap komputer riba

mengetuk kekunci

“Membangun bangsa… ” bisiknya menikus kini

sambil mencari sejadah yang entah di mana.

HERMAN ROTHMAN

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >